BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, December 1, 2010

Gang GAGAK hitam..jgn Lupa...!

perjalanan geng Hitam ..lebih jauh dari geng Merah..sooooo.geng hitam kena ingat bekalan mesti cukup..makan minumnya kena lebih upah nya kena patut..pakaiannya kena cukup..dan segala bekalan elok dibawah bersama...taku nanti terputus ditengah jalan..akhirnya hanya ketua dan su hitam yang sampai..itu..tentu jadi hitam METALIK..bukan macam geng MERAH..tidak payah bekalan disuppley kerana geng merah ini biasanya sendiri tanggung....
SOOO SEKALI LAGI INGAT GENG HITAM..BEKALAN MESTI CUKUP..SETAKAT NASI BUNGKUS AJE..BASI TENGAH JALAN..HA HA HA HA


Istana Negara menjadi tumpuan dua kumpulan anti dan pro-kerajaan Selangor yang mahu menghantarkan memorandum masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini.

Bagaimanapun, angka kumpulan berbaju merah yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka jauh melebihi peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam.

azlanKhalid dijadual menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Manakala Gaps pula mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan.

Mengulas kemungkinan berlakunya pertembungan, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Badrul Amin Bahrom menyifatkan tindakan Gaps merancang berhimpun pada hari yang sama sebagai satu provokasi.

"Apa yang yang kita boleh buat, menasihatkan peserta kita tidak termakan provokasi mereka.

"Mereka hendak bawa, bawalah. Itu hak mereka. Cuma, kita 20,000, mereka 2,00 orang. Jadi faham-fahamlah, kita pun manusia juga," katanya yang juga pengarah komunikasi di pejabat menteri besar.

Tiada permit

Manakala Gaps pula dalam sidang media di Shah Alam pagi ini menegaskan "tak mahu bertembung dengan siapa-siapa".

"Kalau kita berkumpul pun kita berkumpul secara aman kita bukan nak bertembung pun, kalau dia (kumpulan prokerajaan negeri) nak bersalaman (pun) tiada masalah. Kita buat kerja kita, kita maksudkan demonstrasi aman.

NONE“Gaps bukan sebuah pertubuhan politik tetapi kita rasa prihatin terhadap rakyat Selangor dianggarkan 58 peratus bangsa Melayu cuba diketepikan," jelas presidennya Hamidzun Khairuddin (gambar, tidak berikat kepala).

Kumpulan berbaju merah dijadual berkumpul di Masjid Negara pada jam 12 tengah hari sebelum berarak ke Istana Negara, tidak jauh daripada tempat itu.

Manakala Gaps pula akan berkumpul di Masjid Jamek setengah jam selepas itu.

Laluan yang akan digunakan kedua-dia pihak setakat ini masih belum jelas.

Menurut kedua-dua penganjur, mereka tidak memohon permit polis dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Gaps juga akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Sultan Selangor Jumaat ini.

1 comment:

akmal said...

ahh gila la...mcm tak ada hari lain...saja nak buat kacau...orang dah tau la wei...sengal tahap dewa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails