Thursday, December 2, 2010
Kedai Minyak BHP ,T.Murugiah dan disebaliknya BHG2.
Bahagian 1 klik disni:
seterusnya...susulan aduan rakyat kg Batu 14....dan lawatan Datuk T Murugiah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
aduan rakyat: bau yang teramat busuk..memang berbau walau pun berdiri dekat petrol pam BHP itu..sooo rakyat buat aduan dengan ditandatangani seramai 206 orang penduduk disitu..mohon diambil tindakan keatas kilang itu samada tutup,pindah atau mengarahkan penguasa kilang itu mengunakan mesin atau oven yang canggih seperti digunakan disebuah kilang sebelum Pekan trong..
koorang Tau apa kata siMenteri ..menjawab aduan rakyat...simenteri menawarkan sejenis Ubat yang diImport dari INDIA kepada taukeh kilang itu...yang dapat mengurang dan seterusnya hilangkan bau busuk yang menggangu rakyat kg Batu 14...
Rakyat yang hadir bersama dalam lawatan itu geleng kepala dan melahirkan perasaan tidak puashati diatas tindakan siMenteri ..bukan datang untuk menyelesaikan masaalah dan aduan Rakyat tapi datang untung menjual UBAT,,ini cara dan taraf pemikiran siT.menteri BN....kalau macam ini mampus rakyat keluh seorang penduduk yang dikenalai annamali...
saya pulak pecah perut dan pening kepala...memikirkan mentataliti seorang yang bertaraf menteri dari BN....
apa kata korang..
penduduk penduduk yang melaporkan... hadir bersama Si Menteri
wooooi tahi ayam.bukan selori...eloknya dibuat sambal bagi kat pegawai-pegawai yang angguk .macam ayam.
YANG INI PULAK CERITA DARI SINARHARIAN:
Dua bulan hidu bau najis ayam
TRONG – Penduduk dari Kampung Salak, Kampung Sumatera, Rancangan Kawasan Tersusun (RKT) Batu 14 dan Ladang TRP mengadakan demonstrasi secara aman bagi meluahkan rasa tidak puas apabila terpaksa menghidu bau busuk dari sebuah kilang pemprosesan najis ayam di sini.
Seorang penduduk, Kwang Loong, 30-an, berkata, masalah itu berlaku sejak dua bulan lalu dan kebelakangan ini menjadi lebih teruk.
Menurutnya, dalam sehari terdapat lebih kurang lapan hingga 10 lori yang keluar masuk membawa muatan najis untuk dihimpunkan di kilang itu.
“Kilang ini bersifat terbuka setinggi 15 meter dengan memiliki lima gudang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Manakala, S Subramaniam, 51, berkata, walaupun kilang itu berada satu kilometer dari kedai dan rumahnya, namun bau busuk najis tetap ada.
Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana lori yang membawa najis ayam itu akan melalui jalan besar di hadapan kedainya.
"Bayangkan setiap hari, lori itu akan lalu di kawasan ini dan masalah bertambah teruk apabila lori berkenaan dibersihkan di stesen minyak berdekatan,” katanya.
Penduduk hidap pelbagai penyakit
Seorang pesara, Kok Keow, 62, berkata, sejak bau itu menghantui penduduk, ramai dalam kalangan mereka sering mendapat batuk, demam dan sebagainya.
Menurutnya, kewujudan kilang itu menjejaskan kehidupan penduduk di sini.
"Saya mengalami batuk dan sehingga kini masih belum sembuh.
"Sebelum ini tidak pernah berlaku seperti ini,” katanya.
M Vijayakumar, 33, berkata, bau busuk itu akan menjadi lebih kuat selepas hujan.
Menurutnya, anaknya yang berusia setahun selalu mengalami selesema dan deman.
"Walaupun diberikan ubat selepas dua atau tiga hari, penyakit itu datang semula," katanya.
Manakala, C Morgan, 43, berkata, masalah itu bukanlah satu perkara kecil, malah jika dibiarkan ia boleh menjejaskan kesihatan penduduk, di sini.
Menurutnya, bau yang kuat itu turut melekat di baju yang dicuci.
"Kami juga menghadapi kesukaran untuk makan memandangkan bau itu mampu menutup selera selain masalah lalat yang banyak.
"Kami sudah menghantar surat kepada pihak terlibat tetapi masih tiada jawapan,” katanya.
Guna najis tidak diproses
Manakala, pemilik kilang, Ong Soon Ping berkata, pihaknya mempunyai ladang menternak ayam telur dan memproses najisnya.
Menurutnya, bau busuk itu mungkin berpunca apabila penduduk menggunakan najis ayam tanpa diproses sebagai baja bagi tanaman buah-buahan dan kelapa sawit yang terdapat di kawasan berdekatan.
“Sesekali mungkin bau itu dari kilang ini kerana kedudukannya dikelilingi bukit dan apabila angin bertiup ia akan menghala ke kampung terlibat,” katanya.
BPA sudah terima aduan
Sementara itu, Timbalan Menteri, Datuk T Murugiah berkata, Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri Cawangan Ipoh sudah menerima aduan penduduk mengenai bau busuk yang dikeluarkan kilang memproses najis ayam itu.
Menurutnya, pihak terlibat sudah dipanggil untuk berbincang dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Taiping dan Kementerian Kesihatan di mana siasatan terperinci serta laporan daripada agensi itu akan diserahkan kepadanya pada 9 Disember 2010 untuk tindakan lanjut.
“Jika bau itu masih berada dalam standard yang ditetapkan, kita akan mencari jalan untuk mengurangkan baunya. Kita akan mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin untuk keadilan kedua-dua pihak.
“Kita tidak boleh menghalang pembangunan di sesuatu tempat. Selepas laporan diterima, barulah keputusan akan dibuat sama ada memindahkan kilang, menggunakan pengadang dan sebagainya bagi memastikan ia tidak mengganggu penduduk,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment