BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, December 2, 2010

ini baru tepat....

satu lagi contoh..dikg batu 14 trong..memang terkenal dengan kekuatan UMNO....dikhabarkan ..bahawa sebuah kilang sebelum ini ditanah kerajaan seluas 5 ekar dimana sekitarnya terdapat penduduk melayu dan juga india..bila adanya permohonan dari penduduk utk mendapatkan hak milik belasan tahun lalu...sooo..bebaru ini pejabat tanah bersetuju dgn cadangan taukeh kilang..mengosongkan tanah berdekatan dengan kampung itu dengan syarat diluluskan satu kawasan seluas 50 ekar utk membina kilang baja tahi ayam...dan pihak kilang pun berjaya memiliki..dimana umno kuat disitu Melayu dan penduduk sekitarnya merempat....yess

Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno ‘Hidup Melayu’ perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu ‘Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat’.

Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno.

Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).

Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

“Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu.

“Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.

Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

“Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?” soalnya.

Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.

“Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa.

“Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja,” ujarnya.

Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat.

Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno.

“Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

“Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno,” katanya.

Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails