BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, March 31, 2010

zambberi...PLEASE HELP..........


NASIB MUALAF DI NEGARA ISLAM, 1MALAYSIA
Wednesday, 31 March 2010 07:38

Saudara Pengarang,

Assalamualaikum wbkth.

NAMA saya Nurzulaikha Jacqueline Abdullah. Saya adalah mualaf dan kini masih menetap di negeri Perak, Darul Ridwan. Pada awalnya saya adalah seorang Kristian dan sekarang telah memeluk Islam pada 15 September 2009. Aduan saya adalah terhadap bekas suami saya yang masih beragama Kristian yang bernama Leslie Pauld'silva, yang memegang Mykad bernombor 630630-08-5587.

Masalah saya bermula apabila Mahkamah Syariah tidak memberi kata putus tentang perceraian saya. Bekas suami saya pula kerap datang ke rumah saya dan menganggu saya mengatakan saya masih isterinya.

Selain itu, dia juga mengupah orang untuk memerhatikan gerak geri saya dan mengawasi kehidupan saya. Saya benar-benar tertekan dengan kehidupan saya sekarang.

Saya juga telah menghantar emel dan surat kepada Mahkamah Kehakiman Syariah Putrajaya dan juga kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan juga Jakim Putrajaya serta beberapa badan kerajaan lain.

Namun saya tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Peguam yang saya lantik, Adham juga seperti lepas tangan terhadap saya.

Bekas suami saya menggunakan anak-anak saya untuk mengugut saya. Saya berasa risau dengan keselamatan anak-anak saya. Dia juga meminta RM9,000 dan rumah yang saya diami sekarang jika inginkan perceraian.

Saya benar-benar sedih kerana tiada pihak yang membantu saya. Saya benar-benar berharap pihak tuan dapat membantu dan menyelesaikan masalah saya sekarang.

Saya harap aduan saya akan mendapat perhatian dan tindakan dari pihak berwajib yang membaca keluhan saya di laman web tuan, terutama ke bawah duli Raja Perak, Menteri Besar Perak dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam).

Salam Hormat,

NURZULAIKHA ABDULLAH



cuba fikir......?



ikut maklumat...yang berbaju biru muda itu adalah POLIS..menyamar Petugas DUN..

*Mengawal Speaker Haram...(berbangsa India)..
persoalan saya disini..mengawal dari apa..????
*oooooo..saya dah tahu...jumpa seorang INDIA dan ULAR pukul INDIA dulu..siapa yang berkata-kata macam itu sewaktu YB Sivakumar jadi SPEAKER.(berbangsa india juga).
*jadi POLIS Penyamar itu mengawal Ganeson dari di ketuk KAK MIDAH leeee...
2.*siapa yang sembur serbuk lada kepada YB Aulong...YB jelapang le..
*Polis Juga mengawal Ganeson dari YB Jelapangle tu...
3.*Tapi siapa yang tolong angkat YB Siva masuk dalam STOR..
INI KES GANESON SUDAH LUPA KE....JGN PERCAYA OOO NANTI ITU POLIS JUGA ANGKUT AWAK MASUK DALAM TANDAs.,,,,,hahah haha hahha hahha .














dehh macca jgn lupa..lupa percaya itu POLIS..last sekali dia orang angkat hang sumbat dalam Tandas...ini POLIs jadi CIKGU kepada Anjing Polis..mesti lebih pandai,garang dan cerdik dari itu ANJING..ada betoi ke?...
ini ragam negeri ku perak...sampai terberak kalau jadi speaker PR..

Ganeson Gila Pakai Baju Speaker HARAM..???

adalagi yang dilupa...tandas tak asingkan ke??

Tuesday, March 30, 2010

Hangus...terbakar..

30/03/09.jam 3 petang.
Sebuah motosikal EX5,hangus terbakar di persimpangan Taman Damai jam 3 petang tadi.
Penunggang seorang remaja dalam perjalanan balik ke rumah beliau di Kuala kangsar,terkejut dengar letupan, dan sambaran api di Karburator lari meninggalkan Motor beliau menyelamatkan diri.
Beliau terselamat dari sebarang kecederaan ,motosikal seperti dibawah..hangus.../end






sedar tak sedar dah jadi NENEKKKKK...BRUTAL..

AHA AHA AHAH pecah tembelang..dalam diam-diam rupanya 1lady Msia dah berisi..ramai dok sibuk nak pangkat datuk Tapi DS rosmah dapat pangkat NENEK dah 2 kali oooooo....tapi nenek dengan suami dulu..dgn suami sekarang belum lagi....kesian cucu ini sampai melwat /ziarah pun tak mau........

Tahniah... Selamat Menimang Cucu, Rosmah

sedaka sejahtera



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi nenek bagi kali kedua apabila anak perempuan beliau Azrene Soraya Abd Aziz melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Damansara pada hari Sabtu 20 Mac lalu.

Anak yang diberi mana timangan 'Piyash' adalah anak kedua Azrene bersama suaminya Fazley Yaakob.

Anak sulung pasangan tersebut, Ahmad Fariedz atau nama timangan Payish dilahirkan pada 29 Oktober 2008.

Dalam menyambut kehadiran anggota baru dalam keluarga Azrene sudah tentu belaian nenek tersayang amat dinantikan bagi cucu sulung dan juga bayi yang baru berusia seminggu ini.

Namun harapan hanya tinggal harapan kerana sehingga kini Rosmah didakwa tidak kunjung tiba untuk menjenguk kedua-dua cucunya.
Malah dakwa seorang ahli keluarga isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak pernah berkesempatan untuk membelai cucu pertamanya sejak dilahirkan.
"Kami berasa sedih kerana sebagai seorang nenek beliau sepatutnya datanglah menjenguk cucu sendiri. Ini sejak dapat cucu pertama sehinggalah cucu kedua tak pernah nak datang tengok cucu.

"Orang lain pun sibuk tapi bila bab cucu dan keluarga semua yang lain tidak penting," dakwa ahli keluarga tersebut.

Azrene adalah anak kedua Rosmah bersama bekas suami beliau, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas manakala Fazley merupakan anak Senator Datuk Yaakob Mohamad.
Pasangan tersebut berkahwin pada 7 November 2006.

Rosmah adalah Pengerusi Jawatankuasa Dasar Permata Negara, iaitu projek perintis pusat pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau baru-baru ini mendapat pujian berhubung Permata Negara di dalam titah Yang DiPertuan Agong semasa baginda merasmikan Penggal ketiga Parlimen penggal ke-12.

Kalau Tokeh anak MPM..ini jadinya

iini mesti promosi haram HEBAT....mentang-mentang tokeh dia anak mantan peeeem..itu yg msia jadi hebat ..uhhhh rm1.75 billon....berapa kosong belakang pun tak reti....kita kira 5 % utk tokeh dia cukup sampai anak cucu kut..binawe betoi puak-puak ini..cilakoo besarle mereka mereka yg terlibat....

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

Ceramah.Perdana Menangani Fitnah,,


ceramah di Markas Pas Negeri..pd 28/03/10

Ust misbha..diDewan Tan..sri Kota..


YB khalid Samad

Yb Azmin Ali.....
YB Khali Samad:Yb Lompat..yb katak di beri penghormatan didalam parlimen
Ucapan titah diraja YB Bebas di beri masa hampir sama dengan YB Bn..kenapa?

yb zulkifli nordin membawa cerita seakan di orang penting dalam kes Altantuya..sedangkan dia ada apa dalam kes Altantuya yang terlibat siPolis-polis..dalam Parlimen dikatakan bagaimana dia diumpan untuk membuat fitnah terhadap najib...ini gila ke apa??

YB zul juga dalam ceramah dia sebelum ini pernah mengatakan betapa susahnya nak melawat DS Anwar dipenjara..dia kena lalui sampai 9 pintu.....saya sendiri terkejut bila tanya dia kata pintu itu dikira dari rumah dia seterusnya pagar,kereta dan pintu luar penjara dsb..orang macam ini lebih baik duduk dalam dari berada dalam PR.

YB Zul ini kalau yg dicakap 10 ..12 tak boleh dipercayai.dia ini sewel ke tak ..bila kita berhujah dlm kes soal kalimah Allah dia buat laporan Polis,ini perangai UMNO BN...sebab UMNO BN memang dari dulu sampai sekarang mereka tak mampu berhujjah kerana mereka pembohong.ini yg jadi sejiwa dgn YB Zul.

Pemergian mereka..katak-katak adalah satu proses pembersihan dalam PR yang akan mengukuhkan lagi PR pada masa akan datang.

zon perang di sekitar suk perak...????

ahhh.polis masih lagi jadi KK(kuda kayu)..alasan mencari rezeki halal...ha ha ha ha ha ....

30 Mac 2010

Sekitar bangunan Dewan Negeri Perak kembali jadi "Zon Perang ">

Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.

Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.

banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.

Siapakah mereka ?























UTUSAN MELOYA mulakan edisi ..kerja lebih masa,utk mengumpul duit HARAM JADAH

jeng-jeng..INI BARU PERMULAAN....akan ada lagi..banyak lagi kes-kes seperti ini...bukan setakat ratus ..mungkin akan jadi ribuan keluar PKR..tapi kena tambah sikit: KELUAR PKR SERTAI PERKASA//ha ha ha ha utusan meloya tak pernah belajar dari kesilapaan...ayoooh jom kita bangkrapkan UM....yg lebih rendah nilai dari kertas tandas....

berita 1.

Cukuplah, kami tak mahu lagi ditipu PKR'

SUNGAI PETANI 29 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini dilanda pelbagai kemelut terus menerima tamparan apabila satu lagi cawangannya di Kedah iaitu di Kampung Pengkalan Lebai Man di sini yang dianggotai oleh 217 ahli masyarakat India dibubarkan malam tadi.

Pembubaran dan pengisytiharan keluar parti itu didorong rasa tidak puas hati terhadap tindak-tanduk Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR Bahagian Sungai Petani yang tidak ikhlas memperjuangkan nasib kaum India.

Ketua PKR Cawangan Pengkalan Lebai Man, Mohd. Rahim Prabakaran Abdullah mendakwa, mereka tiada pilihan selain meninggalkan parti tersebut kerana kepimpinan sudah dikuasai oleh golongan yang mementingkan kedudukan manakala golongan bawahan disisihkan.

berita2:


KELUAR PKR BERAMAI-RAMAI


V. SUBRAMANIAM bersama sebahagian daripada 300 ahli PKR yang hadir melaungkan kata-kata semangat untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Tengku Hussein Hujung, Manjoi, Ipoh, Perak, kelmarin. - UTUSAN/Mohd. Najib Mohd. Nor


KECEWA dengan sikap dan cakap tidak serupa bikin para pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan seramai 700 ahli Pemudanya dari Bahagian Ipoh Barat bertindak keluar parti itu beramai-ramai, kelmarin.

Ketua Pemudanya, V. Subramaniam menjangkakan lebih ramai ahli parti itu akan keluar kerana telah sedar dengan apa yang berlaku.

Pengumuman keluar parti itu dilakukan di Kampung Tengku Hussein Hujung, Manjoi, Ipoh.


Monday, March 29, 2010

Masyarakat Cina dan Pas...

5 tahun lepas..pas takut cina...cina takut kat PAS...tapi sekarang.....lihat sendiri
Perstiwa DITOKONG KUALA SEPETANG Bersama YDP pas Kawasan Bkt Gantang..dlm majlis sumbangan Beg sekolah....

budak-budak pun seronok mendampingi PAS..kalau UMNO atau Perkasa..ahah ahah ??

PERLANTIKAN AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS - KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM

ahh.diam saja.jgn buat kecoh..blogger yg ngaku ahli Pas..tapi fikiran UMNO totok

Posted by MisbahulMunir Monday, March 29, 2010
Pemilihan Ahli Majlis Syura PAS cuba dipolemikkan oleh penulis-penulis blog ahli PAS seolah-olah mereka lebih tahu berbanding dengan pimpinan PAS itu sendiri. Pada saya lebih baik diam dan tunggu sahaja dengan memberi kepercayaan kepada pimpinan sepenuh hati daripada mengulas perkara yang kita tidak tahu menahu. Beberapa penulisan dalam blog yang saya baca, sekiranya diamati dengan teliti ternyata mereka tidak menahu tentang perkara tersebut.

Ulasan yang diberi seolah-olah mereka benar-benar faham kandungan Perlembagan PAS sehingga mereka mempertikai pindaan-pindaan yang telah buat. Pada hal mereka jahil dan tidak tahu menahu. Saya bukan pimpinan PAS yang ada autoriti untuk menjawab polemik ini. Tetapi saya tahu apa yang mereka tulis tidak betul dan berniat jahat bagi memburukkan pimpinan tertinggi PAS. Saya rasa bertanggung jawab bagi menjawab persepsi yang slah ini.

Muktamar Agung Khas bagi meminda beberapa fasal dalam Perlembagaan PAS telah dibuat pada tahun 2006 di Negeri Kedah. Kertas-kertas mengenai pindaan tersebut telah dibentang oleh Ust Hj Hassan Shukri, antara kandungan-kandungan pindaan ialah mengenai Majlis Syura Ulama, perlantikan-perlantikan penolong Setiausaha dan sebagainya. Deraf pindaan kemudian dibahas oleh perwakilan.

Muktamar seterusnya pada tahun 2007 di Kelantan dibentangkan semula pindaan tersebut setelah mengambil kira pandangan dan cadangan dari perwakilan ketika dibahaskan pada tahun 2006. Dan ia diluluskan sebulat suara. Selepas Muktamar berakhir, PAS Pusat telah menghantar pindaan-pindaan tersebut ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk diluluskan. Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengambil masa dua tahun bagi meluluskan pindaan tersebut. Pada tahun 2009 Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan tersebut.

Sesalinan deraf Perlembagaan PAS yang telah dipinda dan diluluskan telah dihantar kepada semua pejabat Perhubungan Negeri-negeri, saya sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Perak salah seorang yang menerima deraf tersebut.

Pindaan-pindaan tersebut tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur Kerajaan Perpaduan, ada penulis blog yang terang-terang menuduh ini kerja Cikgu PA dan beberapa pemimpin PAS yang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan. Kononnya sejak Cikgu PA menjadi Setiausaha Agung banyak sungguh pindaan dibuat, dipertikai pula kononnya pindaan tersebut tidak dibawa ke mesyuarat agung dan macam-macam lagi tohmahan jahat penulis blog yang mengaku ahli PAS. Cetek dan jahil betul pemikiran mereka ini.

Pindaan ini dibuat ketika Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung, ketika itu cadangan pindaan perlembagan dibuat belum timbul isu Kerajaan Perpaduan.

Isu pemilihan Ahli Majlis Syura dikaitan dengan pindaan Perlembagaan yang kononnya bertujuan menyingkirkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ust Ahmad Awang yang dikatakan merekalah penghalang Kerajaan Perpaduan.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan para blogger ini terlalu jahil untuk memahaminya atau sengaja menimbulkan polemik supaya mereka dilihat lebih tahu dan hebat berbanding dengan pimpinan PAS, dan mereka mahu menjadi juara reformasi dalam PAS.

Tidak sukar memahami pindaan-pindaan yang dibuat dalam perlantikan Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat diberi kuasa melantik 4 orang AJKnya menganggotai Ahli Majlis Syura Ulama, perlantikan telah dibuat. Anggotanya ialah YB Datuk Presiden, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Hj Abdul Halim Abdul Rahman. Dewan Ulama pula diberi kuasa melantik 4 orang AJKnya, perlantikan juga telah dibuat. Ahlinya ialah YB Ust Harun Taib, YB Datuk Hj Ahmad Yaakob, Datuk Dr.Mafuz dan Ust Nik Zawawi. Manakala Dewan Pemuda melantik Ust Nasaruddin Hasan dan Ust Zaharuddin, Manakala Dewan Muslimat melantik Ustazah Wahibah Tahir, seorang lagi saya tidak pasti.

Ini semua terkandung dalam Perlembaaan PAS (pindaan baru) dalam FASAL 7A.
(2) Ahli-ahli Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah terdiri daripada tidak lebih tujuh belas orang iaitu:
(a) Seorang Mursyidul ‘Am
(b) Seorang Timbalan Mursyidul ‘Am
(c) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak, dan
(d) Tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura‘Ulamak

(3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura
‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalahmasalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

(4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

(5) Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun. Walau bagaimanapun ahli-ahli majlis ini boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura 'Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan Fasal 7A(3) dan sebab-sebab
seseorang ahli itu patut diberhentikan.

(6) Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yang dikenali sebagai Mursyidul 'Am dan seorang Timbalannya yang dikenali sebagai Timbalan Mursyidul 'Am hendaklah dipilih di
dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

(7) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah dilantik oleh Mursyidul ‘Am di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak dari kalangan ahli-ahlinya, dan hendaklah memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

(8) Mursyidul 'Am hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak. Sekiranya ketiadaan Mursyidul 'Am dengan apa-apa sebab sekalipun, tugas mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dijalankan oleh Timbalan Mursyidul 'Am. Jika kedua-duanya berhalangan atas apa-apa sebab, maka mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak hendaklah melantik salah seorang dari kalangan ahli-ahlinya untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

12 orang Ahli Majlis Syura yang telah dilantik ini telahpun bermesyuarat bagi melantik 5 orang lagi. Mesyuarat pertamanya bersetuju melantik Datuk Presiden mempengerusikan mesyuarat bagi menjalankan perlantian 5 ahli Majlis Syura yang lain. Di pilihnya Presiden bagi mempengerusikannya kerana atas faktor ketika itu beliaulah yang paling kanan dan senior dalam parti. Ketika itu Mursyidul Am belum dilantik lagi. 5 orang yang dipilih itu, salah seorangnya ialah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Dr. Harun Din juga turut dilantik, tidak silap saya turut dilantik Ust Hashim Jasin dari Perlis dan YAB Ust Azezan Razak dari Kedah. Saya tidak pasti siapa seorang lagi.

17 orang Ahli Majlis Syura Ulama ini akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini, tidak silap saya petang ini satu mesyuarat Majlis Syura akan diadakan bagi melantik Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul AM PAS.

Tidak timbul penyingkiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ust Ahmad Awang. Ada Penulis Blog menimbulkan mengapa mesyuarat Ahli Majlis Syura yang lalu tidak menjemput Tuan Guru dan ust Ahmad Awang sedangkan mereka masih Ahli Majlis Syura. Nampak sangat mereka ini tidak tahu apa-apa, tanpa usul periksa mereka menuduh ini semua kerja Cikgu PA dan geng-geng kerajaan perpaduan. Jahat sungguh pemikiran mereka.

Untuk pengetahun,pada hujung bulan 2009 yang lalu, Majlis Syura Ulama telah mengadakan Mesyuarat terakhirnya kerana tempoh perkhidmatan mereka telah tamat. Oleh kerana tempoh perkhidmatan mereka telah tamat pada akhir tahun 2009, mereka sebenarnya sudah tidak lagi menjadi anggota Majlis Syura Ulama. Mesyuarat jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lalu (saya tidak pasti mesyuarat ke berapa) tetapi awal tahun 2010 telah melantik ahli-ahli barunya berdasarkan peruntukan dalam perlembaaan PAS yang baru.

Mesyuarat pertama dihadiri oleh 12 orang tadi, 12 orang tadi akan melantik 5 ahli barunya yang lain. 17 ahli ini pula akan bermesyuarat bagi melantik Mursyidul Am dan Timbalan Mursidul Am. Mesyuarat pertama dulu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ust Ahmad Awang tidak dijemput sebab mereka bukan lagi Ahli Majlis Syura, perlantikan tambahan untuk 5 orang belum lagi dibuat. Ini yang penulis blog tidak faham.

Mengapa tidak lantik ust Ahmad Awang ?. Perlantikan Ahli Majlis Syura mengikut quata. Quata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Kebetulan ust Ahmad tidak menganggotai mana-mana jawatankuasa tersebut, sebab itu tidak ada quata untuknya.

Kesimpulannya, para penulis blog yang mengaku ahli PAS janganlah buang masa kamu untuk menulis perkara yang kamu tidak mahu menahu. Asal sahaja ada tulisan dari mana-nama blog yang mengkritik pimpinan, tanpa usul periksa terus sahaja mengulas dan menokoh tambah dan memuatkan tulisan tersebut dalam blog masing-masing.

Insaflah, tulisan seumpama itu sedikitpun tidak menguntungkan parti dan Islam, malahan ia lebih menguntungkan UMNO BN apabila blogger PAS sendiri menjadi lidah kepada UMNO BN itu sendiri. UMNO BN sangat seronok apabila peranan blogger dan media mereka diambil alih oleh ahli PAS.


Madey..duduk rumah saja..jgn sibuk..Gerakan..?

Gerakan menyelar mahdey..ah ah ah dia pun rupanya baru sedar.....dahle bukan melayu 100% tapi sibuk dengan kumpulan mereng kaum melayu haha haha haha haha haha haaa ...kita dah tau LAMAAAA DAH.....perangai situa Mahdeyyyy....

Naib Presiden Parti Gerakan, Teng Hock Nan berpandangan bahawa Mahathir Mohamad mengambil kesempatan untuk mengkritik gagasan 1Malaysia oleh PM Najib Razak ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA. Untuk Teng Hock Nan, ucapan bekas Perdana Menteri ini adalah keras, malah sarat dengan retorik perkauman yang amat memualkan.

Tuduhan Mahathir bahawa "tuntutan bukan bumiputera semakin melampau" dianggap Teng Hock Nan (gambar kiri) sebagai tuduhan yang tidak berasas. Ini kerana gagasan 1Malaysia memberi jaminan agar semua warga Malaysia menerima layanan yang adil dan saksama, tanpa mengira kaum dan agama.

Malah, beliau berkata hujah Mahathir Mohamad akan dibidas DAP dan PKR, yang akhirnya memanfaatkan kedua-dua parti ini. Malah, ia tidak memberi kesan kepada asas sokongan politik terhadap PAS.

Teng Hock Nan menambah, PERKASA adalah satu pertubuhan yang berasaskan ekstremis perkauman dan fahaman agama yang radikal. Jelas, pertubuhan ini mengingkari konsep 1Malaysia yang menyarankan toleransi, mesra dan berbaik-baik antara satu sama lain.

"PERKASA adalah sebuah pertubuhan NGO, mereka berhak untuk menghambat visi dan matlamatnya. Malah, warga Malaysia yang bersetuju dengan ideal mereka, bebas untuk menyertai mereka."

Tetapi Teng Hock Nan membidas tindakan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali untuk menjulang dan menguncup keris, kerana ia mencerminkan pertubuhan ini adalah penggerak fahaman perkauman yang tidak bermakna.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana UMNO dan ramai pemimpin menjarakkan diri dari PERKASA.

"Ini juga membawa makna bahawa pimpinan PM baru Najib bertekad untuk membina sebuah parti yang berhemah, sederhana, tetapi mampu mempertahankan hak kepentingan orang Melayu. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Najib juga menjamin layanan yang adil dan saksama terhadap semua warga Malaysia."

Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang ini juga yakin bahawa, seandainya UMNO terus menunjukkan tekadnya untuk memperbaharui partinya, dan berjanji untuk menjamin kepentingan semua orang Malaysia, maka Gerakan percaya parti ini akan diterima dan disokong oleh rakyat Malaysia yang sederhana dan bijaksana.

"Selagi UMNO bertekad untuk berubah, dan menekankan kesederhanaan, berusaha untuk mempertahankan hak dan kepentingan semua kaum, maka Gerakan akan terus memberi sokongan kepadanya," kata Teng Hock Nan.

*Kenyataan media oleh Teng Hock Nan, selaku Naib Presiden Gerakan merangkap Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang. Diterjemah dari kenyataan media edisi bahasa Cina.

ha ha ha Tabung semakinRingan

oleh kerana perbelanjaan besar menguruskan BIGMAMA..keperluan shopping dsb nya..IPT diarah mencari dana..untuk tambah tabung..K`jaan dah tak mampu..nak songlap,nak bergaya le dan macam-macam lagi..

Semua institusi pengajian tinggi (IPT) diminta menjana pendapatan mereka sendiri antara 15 hingga 20 peratus berdasarkan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sektor pendidikan memerlukan biaya yang sangat besar secara berterusan sedangkan kerajaan tidak mungkin mampu menanggung keseluruhan kos secara total.

Beliau berkata, sesebuah IPT pada dasarnya mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri kerana mereka didukung oleh kelompok cendekiawan yang mampu merumus kaedah sesuai dalam menghasilkan pendapatan sendiri.

"Ada sebilangan universiti yang mampu menghasilkan sehingga 30 peratus pendapatan dari peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, tetapi beberapa yang lain menghasilkan sekitar satu hingga 20 peratus sahaja.

"Kami belum tetapkan sebarang sasaran tetapi memang kementerian akan memberi penekanan khusus dalam aspek ini apatah lagi apabila selepas kerajaan berikan mereka autonomi,” katanya kepada pemberita dalam satu persidangan akhbar selepas melancarkan Taman Sains Putra di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, matlamat itu boleh dicapai menerusi penghasilan produk-produk dan penemuan terbaru yang diperolehi dari pengkomersialan kaedah pembangunan dan penyelidikan (R&D).

- Bernama


Ghani 4 tahil ada share 4 percent ke??

kenapa CSL tidak didakwa.ghani4tahil ada share dlm wayang yg dilakunkan oleh CSL ke???...dlm kes anwar dia terlampau laju..tapi dlm kes CSL dia buat tak tahu aje????

Mon, Mar 29, 2010


sankara KUALA LUMPUR: Peguam Negara Abdul Gani Patail dituduh bersikap "double standard" berikutan keputusannya tidak mendakwa presiden MCA yang baru dilantik, Dr Chua Soi Lek kerana perlakuan seks melampau.

"Tuduhan salah laku Chua di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, adalah peruntukan undang-undang sama yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan," kata peguam Sankara Nair.

"Meskipun beberapa laporan polis telah dibuat (tentang kes Chua ini) dan terdapat bukti-bukti yang sah, peguam negara enggan mendakwa Chua," kata Sankara yang mewakili Anwar dalam kes pertuduhan liwat itu.

Dalam satu kenyataannya, Sankara berkata, "ini merupakan satu bentuk diskriminasi tahap tertinggi dan jelas Gani bersikap berat sebelah."chua-soi-lek

Katanya, terdapat bukti dalam bentuk video, yang dimiliki orang ramai, menunjukkan bekas menteri kesihatan itu terlibat dalam perlakuan seks "oral" dengan seorang wanita.

Beliau (Chua) telah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang telah pun dewasa.

Sankara juga berkata, Chua mengakui secara terbuka bahawa orang dalam video itu adalah beliau sendiri dan kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri.

Beliau berkata, seks "oral" secara sukarela atau tidak ada beza dengan perlakuan liwat dan oleh itu beliau menggesa peguam negara menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar.

Semalam, Chua memenangi kerusi presiden MCA dengan mencatat 901 undi.

Beliau menewaskan bekas presiden Ong Ka Ting yang meraih 833 undi dan penyadang presiden Ong Tee Keat dengan 578 undi.



DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER ??


DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Buah Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

email:ami

LIM Guan Eng...menindas Melayu..

ini tak boleh jadi....apahal Pulak Si LGE nak masuk campur hal melayu....Bukan ke Melayu Umno cukup peka kepada Kaum mereka sendiri....mereka lupuskan saham-saham tersebut diatas keselamatan kaum melayu juga...dengan melupuskan tanpa pengetahuan, melayu terjamin saham selamat masuk POKET..(52billion)....JOM..Perkasa Pejuang melayu ...Kita bangkit menetang LGE kerana cuba menyelamatkan BANGSA MELAYU dari jadi PAPA KEDANA angkara KAUM melayu sendiri...hahah hhaha hahha hahah ..kes macam ini sah..perkasut takkan nampak......kerana mastermind benda-benda macam ini adalah kaum puak mereka juga...

Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan 'hilang' daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni BN.

Baru permulaan.PRK Hulu Selangor..

kena tanya ketua cabang:sdr Fauzi muda..berapa ramai anhli Pemuda cabang ipoh barat..sedangkan setahu saya Pas Ipoh Barat pun hanya mempunyai 3 cawangan dimana YDPnya Ust Nor Azli Musa...
selepas ini akan ada ramai PKR masuk UMNO..ingat sementera nak habis prk HS..beribu-ribu ahli pkr akan menyertai UMNO.....tapi selepas BN di bungkuskan dlm prk....ramai pulak ahli UMNO akan menyertai PKR..ahhh ahhh ahhh taktik dah lapuk dahhhhh..

700 anggota Pemuda PKR keluar parti
Mac 28, 10 8:30pm
Lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh.

Wakil kumpulan itu yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ADUN Manjoi dari BN Datuk Mohd Nadzri Ismail.

- Bernama

Sunday, March 28, 2010

Dlm BN ..lagi kuat anda merogol ..lagi cerah harapan utk jadi Pemimpin

Dah jadi prinsip BN lagi banyak kes-kes pencabulan lagi cerah harapan anda untuk menjadi PEMIMPIN..??.jangan leka Pimpinan BN ..kalau nak menang PR..yg terbaru Hulu Selangor..calon MIC kena rogol wanita MIC..harapan tinggi utk menang PRK seterusnya jadi AP..Hulu selangor..???hahaha hahaha hahhaa hahaha hahha haha kalau boleh siap dgn BOM sekali siwanita malang itu.......,,,

Chua menang presiden, Tiong Lai timbalan
Mac 28, 10 10:33am
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat ialah:

1. Tan Ken Ten
2. Koh Nai Kwong
3. Loh Seng Kok
4. Tan Cheng Liang
5. Gan Tian Loo
6. Chong Itt Chew
7. Hou Kok Chung
8. Lee Chee Leong
9. Wee Jeck Seng
10. Chuah Poh Khiang
11. Hoh Khai Mun
12. Heng Seai Kie
13. Kong Sing Chu
14. Teh Kim Poo
15. Wong Koon Mun
16. Tee Siew Kiong
17. Tan Ah Eng
18. Ti Lian Ker
19. Tan Chai Ho
20. Por Choo Chor
21. Lee Wei Kiat
22. Ong Ka Chuan
23. Liew Yuen Keong
24. Yoo Wei How
25. Toh Chin Yaw

Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.

nak bca lagi kilk disini




Zambre di lempang Tajol Rosli..?

ada sedaq ke si zamberi..ini..Mantan MB BN ..iktiraf sIvakumar sebagai SPEAKER..?

TAJOL ROSLI IKTIRAF SIVAKUMAR SEBAGAI SPEAKER YANG SAH

Posted by MisbahulMunir Sunday, March 28, 2010
YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.


Perkasa itu UMNO..UMNO itu Perkasa....?

berita semalam..kehadiran lebih 4 ribu orang..haaa hhaa hhha ..rupanya semua kes angkut macam program program UMNO yang lain juga....

semalam 27hb kebetulan saya dan sahabat otw ke johor..kami bertolak sekitar jam 230 pagi dari tpg..singgah di hentian sebelah sg buloh jam 530 pagi untuk solat subuh.

wa ramai umat berbangsa melayu sedang bersiap dan ada yang dah siap solat subuh....emmm terkejut juga dng kerenah-kerenah mereka
saya tegur seorang ...awal solat....jawabdia apa...yaaale itu nanti tak sempat solat....emmm rasanya bang pun belum lagi...jawab dia apa takpe kita musaffir solat awal sikit..nanti kat kl susuah pulak nak solat..oooo gitu..diam saya dengar jawapan cepumas dia..(baru dengar bunyi bang dari masjid berdekatan)
dalam bilik air lelaki pun pakat ramai pompuan-pompuan masuk ..ada yg seterika baju dan macam-macam gelagat mereka...yang salin baju macam lelaki pun ramai..

saya perati gelagat depa...macam-macam perangai solat lelaki campur pompuan pun ramai juga...issi isiii melayu sungguh depa no...

assalamualikum....terkejut aku siapa dia..ooooi mat w`salam apa hal ramai ini..
pegi PWTC jawab seorang kenalan kampung aku...ketua umno kampung sewa bas ajak kami semua g melawat KL dan pwtc....
oooo gitu macam mana dengan perbelanjaan ...ahhh free saja ada dapat duit poket sikit jawab dia
ahh okllah itu jawab saya selamba..malas pulak nak layan banyak-banyak simat itu..

din...apahal pulak //gi pwtc ke tegur saya ..seorang lagi kenalan saya..jawab dia apa....ah..serupa le kita ke pwtc...hampeh betoi..rupanya dia ingat saya pun sama nak g pwtc..
hang mai naik bas ke...tak saya naik kereta dengan kawan....jawab saya....ah ok nak g solat nanti lambat.....ahhhh muka ini nak solat bila g kl itu pun sebab nampak ramai yg g solat..


ahh itu serba sikit perangai umno perkasa..sampai naik pekasam perangai depa ...naik lali ditipu MELAYU yang cerdik sikit...



gelagat pompuan melayu dalam bilik air lelaki..nak seterika dan salin baju...esss kurang ajar betoi..ada bilik air pumpuan ..sebab dah penuh dia ambil mudah masuk bilik air lelaki..
risau juga aku kalau tak banyak lagi gambar yg boleh diambil...nanti kena luku free saja ...


salah sebuah bas yg angkut pejuang-pejuang melayu..bernilai 30 ringgit..


mELAYU DI TIPU HIDUP HIDUP OLEH IBAHIM KATAK

ooooi IBRAHIM KATAK..kata pertubuhan MELAYU PERKASA...hang betoi betoi tunjuk belang hang yg hang p panggil mamak anak kutty sebagai tetamu undangan khas apa hal
Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat..yang lagi dajjalnya hang anugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama.kepada mamak firaun ini..haahh hhhaa hhha hhha hha..dulu cina tipu melayu..zaman milineum melayu kencing melayu..ini negaraku dibawah pimpinan umno..haaaa hhaaaa haaaaa


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang pertama meskipun sebelum ini menerima beberapa tamparan terhadap imej NGO itu.

Minggu lalu, tetamu kehormat yang diundang ke AGM Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menolak jemputan berkenaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Tindakan yang sama diambil oleh beberapa Ketua Pegawai Eksekutif daripada syarikat yang berkepentingan kerajaan (GLC) selang beberapa hari kemudian.

Namun semua itu, tidak mematahkan semangat presidennya, datuk Ibrahim Ali daripada meneruskan agenda perjuangan Melayu dengan kehadiran tidak kurang 4,000 ahli dan tetamu hari ini.

Sebagai ganti, bekas Perdana Menteri diundang khas merasmikan AGM Perkasa dan kemudiannya dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama.

Selepas majlis perasmian, Perkasa kemudiannya membuat 13 laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu “16 September” yangdidakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan politik.

Kira-kira 50 anggota pertubuhan itu sebelumnya berarak daripada PWTC di ibu negara ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.




kalau teringin nak baca lagi klik disini..
ESOK ada lagi berita saya akan tulis mengenai ..melayu diangkut...

Friday, March 26, 2010

Jenuh menjawab..tapi ada ringkasanNYa...ha


kalau nak tunggu LANUN menjawab 216 soalan berkemudikan Kapitan Haram..aha ahah ahah kena tunggu sampai berrudu menjadi kataks..kataks ditimpa kejut.. mati tengah Jalan.distop JANTUNG..baru namanya mati kataks......boleh hantar saja DS.....akan dibakul sampahkan oleh UBN.........

Nizar : ADUN PR hantar 216 soalan.

DS. Nizar didampingi oleh Dato Ngeh dan ADUN PR lain dalam sidang akhbar berkaitan Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini.


IPOH, 26 Mac;- ADUN pakatan Rakyat telah menghantar 216 soalan untuk sidang DUN Perak yang akan bermula pada 30 Mac akan datang. Demikian seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat Perak disini sebentar tadi.

Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak dan Mesyuarat ADUN Pakatan Rakyat Perak. DS. Nizar didampingi oleh 11 ADUN yang menunggu untuk sidang tersebut.

Beliau mengatakan mesyuarat telah membuat beberapa ketetapan termasuk kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak , Sdr. Siva dan meminta pihak keselamatan mengadakan siasatan siapa yang terlibat, dan juga kami telah sedekahkan alfatihah kepada Almarhum Ahli Parlimen Hulu Selangor .

DS. Nizar juga mengesahkan semua ADUN PR telah menerima dua surat, satu dari Setiausaha Dewan yang mewakili oleh lelaki yang menyamar sebagai speaker, satu lagi dari spaeker yang sah YB. V.Sivakumar.

"Kami buat keputusan untuk hadir bedasarkan surat Speaker yang sah YB. V.Sivakumar pada perasmian dan perbahasan 31 haribulan." Jelas Nizar

"Kita membuat keketapan untuk ikut serta pada hari perasmian da sesi perbahasan kerana rakyat perak melantik kami dan kami akan ikut serta berbahas"

Beliau juga mengesahkan telah hantar surat kepada zambry dan memohon diadakan satu mesyuarat dengan Zambry dan Ganesan pada 29 Mac jam 9 pagi di Dewan Bandaraya Ipoh.

"Tujuan mesyuarat adalah untuk kepentingan negeri perak yang lebih cemerlang." tegas Nizar.

Beliau juga menyatakan permohonan untuk diberi peluang untuk perbahasan dan soal jawab, kepada ketua pembangkang dan ADUN dalam perbahasan, "Insyaallah menjadi persidangan yang baik" jelasnya.

"Kita juga cadangkan persidangan dilanjutkan selama lima hari hingga 4 April".Kata Nizar.

Beliau juga berharap pertemuan dapat menghasilkan persidangan yang baik, dan tempoh yang sesuai bagi membahas isu-isu dan kemelut negeri Perak.

Nizar juga menegaskan Keputusan mahkamah pada 9 Feb adalah penentuan siapakah MB Perak, namun tidak mengenai siapakah speaker yang sah. Ganesan telah melanggar 6 ketetapan dan dia tidak diktiraf sebagai speaker.


Muslimat Pas Kawsn......sumbangan.mangsa Ribut

26hb.mac.Muslimat Pas Kawasan bersama Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Bukit Gantang,telah menyalurkan sumbangan kepada Mangsa-mangsa Ribut di sekitar Taman Pengkalan Ayu dan Taman Aur Utama petang tadi.
Berita sebelum ini sila;Klik disini.









Pengumuman Penting..SPR..?


oleh kerana
ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad di Takrifkan mati mengejut,jadi SPR UBn memutuskan Pilihan raya kecil Tidak Perlu diadakan sekarang..hah haha ?
ada betoi ke cerita ini...lebih dari itu pun SPRUBN boleh buat...
Pengarah SPRUBNm mengarahkan mana-mana wakil Rakyat Khasnya dari PR yang ingin Mati perlu memohon Permit Kematian dari UBN sebelum mereka Mati..hahaha hahaha haha macam ini boleh jadike???.
PeeeeM,selaku Ketua 1negara menyokong Penuh kenyataan Pengarah SPRUBN dan berjanji yang Ahli parlimen hulu Selangor akan hadir keParlimen dan sijil kematian beliau akan ditarik balik...TUUUUUDIIIIIIIAAAA..hahaha hhhhhhhhhhhaaaaaa...?????..

kita perlu bertindak sedimikian demi menyelamatkan WANG RAKYAT..kerana kroni kroni kami kekurang wang untuk disonglap tambah PeeeeeeM kesayangan Katak-katak sealam Negaraku..haaaaaa.haaaaaa.....?




Mana dia UMNO>>>JOM...kita bergerak..

mana umno mana perkasa..takkan semua dah jadi pekasam..adakah patut MIC nak letak calon INDIA...ini memang UMNO CUKUP ANTI punya..jom kita berdemo bantah calon MIC....KITA itu hangpa saja le yg AHLI bahlol UMNOsaja..bukan aku....aku LAWAN TETAP LAWAN..MAMPUSKAN UBN...hah haha haha haha ..berani sungguh MIC umum calon ,sedangkan UMNO Baru nak susun stratejik nak ambil kerusi itu dari MIC...syok juga nak tengok kaum kerabat BN bergaduh..ayooi JOM Kome...
samy urti urti nak hubungi TUHAN ah ah ah ah ah sapa dia???...TUHAN sisamy.namadia pun samy....apa maknanya itu?...

Sah: MIC akan calonkan Palanivel
K Pragalath
Mac 26, 10
1:59pm
MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang sekarang."

Sementara itu, ketua penerangan MIC, P Kamalanathan berkata Palanivel yang mewakili parlimen Hulu Selangor selama dua penggal (1999 dan 2004) - sudah turun padang sejak kalah kepada PKR pada 2008.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam tadi.

Kamalanathan berkata, Umno tidak akan menuntut kerusi tersebut kerana bukan amalan BN untuk bertukar kerusi dalam pilihan raya kecil.

Sementara itu, Parti Hak Asasi Manusia (HRP) pula akan mengumumkan Ahad ini sama ada akan bertanding di kerusi tersebut.

"Pendirian parti akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya Ahad ini," kata setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata parti itu akan menunggu sehingga jenazah Zainal Abidin selamat dikebumikan sebelum memutuskan soal calonnya.

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus) dan India (19 peratus).

BN mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi semula kerusi tersebut kerana dalam pilihan raya umum lalu, ia menang kesemua tiga kerusi DUN dalam parlimen Hulu Selangor - Kuala Kubu Bharu (MCA), Batang Kali (Umno) dan Hulu Bernam (Umno).

Ini merupakan pilihan raya kecil kesepuluh selepas pilihan raya umum 2008 dengan Pakatan memenangi tujuh daripadanya dan BN pula menang dua kerusi.

aii..mentang-mentang MIC dah hilang Taring..

takkan sebab MIC dah hilang Taring..umno nak rampas Kerusi Hulu Selangor dari MIC..????baguih juga UMNO buat macam itu...MIC duduk dalam BN kempen Untuk PR..teruskan usaha-usaha UMNO utk mengambil kerusi HS....kita dengar apa kata TOK sami nanti...?kalau pun MIC ada calon senang saja maa dalam zaman meleset ini...setakat poket atas saja calon pilihan MIC akan terkantoi..kita.jangan risau....tapi Datuk Samy naik pening dengan stratejik UMNO sampai boleh jadikan cermin muka kat kepala dia..haah haha hahah hha hahah .
tajuk kena ubah sikit.KAMI MAMPU RAMPAS KERUSI HULU SELANGOR DARI MIC...TUUUU DIAAAA(gaya mahfuz)

Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
Abdul Rahim Sabri
Mac 26, 10
11:24am
BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008.

Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

UMNO Juara pertikai Keputusan Rakyat,Juara Kacau Bilau...

UMNO.juara segala kemungkaran dan Juara Pertikai keputusan Mahkamah,Juara Mengengkari Undang-Undang..apa nak diherankan kalau Rakyat Mempertikaikan...

Jangan salahkan rakyat, Umno juga pertikai keputusan mahkamah
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.


Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia

Thursday, March 25, 2010

saya percaya......



pada pendapat saya ..ini mesti ada campur tangan UMNO...kalau tak takkan jadi kecoh macam ini...dimana ada campur tangan UMNO disitu akan ada gelora naik barah..??..cilako punya UMNO sampai RAJA pun tido tak lena..ingat kalau rajkapoor mai sini pun kepala dia akan botak dek gelagat UMNO...betoi tak ??

Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 25 Mac: Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengisytiharan yang dibuat Datuk Wan Hashim Wan Daud yang melucut kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra (gambar) adalah tidak sah.

“Saya merujuk kepada salinan perisytiharan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku Seri Utama Raja, selaku pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan Wan Hashim bertarikh 24 Mac yang menamatkan pelantikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja adalah sama sekali tidak mewakli keputusan Majlis Perajaan Negeri,” katanya kepada media di sini petang ini.

Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu katanya, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri telah bertindak secara bersendirian tanpa memanggil anggota-anggota Majlis Perajaan Negeri bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan di atas adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya ketika menunggu keberangkatan pulang Tengku Muhammad Faris Petra di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini.

Pagi tadi Wan Hashim yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan mengumumkan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa hari ini. Beliau digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah iaitu bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan.

Sedangkan semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menjelaskan hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Negeri mempunyai kuasa sekarang memandangkan Sultan Kelantan masih gering.

Mohd Aiseri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berkata, Pemangku Raja dilantik di atas sebab Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.

Mengikut Perkara 22A(1)(b) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian Kedua, maka Pemangku Raja akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehinga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan seterusnya berdasarkan undang-undang.

Mohd Aiseri juga berkata, majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan tetap akan diadakan di Balai Besar pada 30 Mac ini.

"Malam ini akan diadakan solat hajat di Masjid Muhammadi yang dijangka dihadiri pemimpin kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berdiri teguh di belakang Pemangku Raja berdasar kepada peruntukan undang-undang.

Ditanya cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri supaya diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi menyelesaikan konflik membabitkan istana, katanya ia dianggap tidak perlu buat masa ini kerana undang-undang yang ada sudah cukup jelas.

Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Negeri, Shafei Ismail berkata, persatuan berkenaan tetap dengan berpendirian awal mendokong Pemangku Raja berdasar kepada undang-undang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails