BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, March 14, 2010

Kekal dalam UMNO sampai MATI...FUHHHH

aduh jenis ini..payah nak jadi ahli PAS.....biarkan biarkan

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata beliau akan kekal dalam Umno sepanjang hayatnya dan menafikan beliau akan melompat ke parti lain.

Sambil menafikan dakwaan pihak tertentu yang kononnya beliau akan melompat parti lain selepas isu penjelasan royalti minyak di Kota Bharu pada 28 Februari lalu, Razaleigh berkata pendiriannya mengenai isu itu sudah disalahtafsir bagi mengkhianati kedudukannya. Malahan, katanya, beliau tidak akan melepaskan jawatan Ketua Umno bahagian itu dan tetap setia dengan perjuangan parti sampai bila-bila walaupun ada pelbagai pihak mendesak dan mempertikai tindakannya dalam menjelaskan kepada umum mengenai isu royalti minyak serta pendiriannya berhubung isu itu. "Saya tetap dengan pendirian untuk kekal dalam Umno sampai mati dan jika ada yang inginkan jawatan itu tunggulah saya mati dulu,” katanya ketika berucap pada majis perjumpaan Kepimpinan Barisan Nasional (BN) di Bukit Chekati, dekat sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, beliau rasa tersinggung dengan sikap sesetengah pemimpin yang membuat pelbagai andaian mengenai kedudukannya kerana beliau berpendapat tindakannya tidak salah dalam menjelaskan isu royalti minyak kepada rakyat Kelantan sendiri.

"Malah, penjelasan saya itu bukan di pentas Pas, sebaliknya 52 badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjur ceramah itu untuk memberi ruang kepada saya bercakap dan menjelaskan perkara sebenar apa yang terkandung di dalam Akta Petroleum 1975.

"Apa pula kaitan saya dengan parti hingga ada yang mendesak supaya saya berundur sedangkan saya sanggup bubar Parti Melayu Semangat 46, yang pernah saya terajui sebelum ini, semata-mata untuk menyertai semula Umno,” katanya.
Saya tetap dengan pendirian untuk kekal dalam Umno sampai mati dan jika ada yang inginkan jawatan itu tunggulah saya mati dulu,” katanya ketika berucap pada majis perjumpaan Kepimpinan Barisan Nasional (BN) di Bukit Chekati, dekat sini, hari ini.

Katanya, perkara itu perlu difahami dengan betul dan berikutan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya menyebabkan rakyat juga turut keliru memandangkan niatnya untuk memberikan penjelasan itu adalah baik dan tidak lebih daripada itu.

"Saya juga tahu rakyat Kelantan menyokong pendirian yang saya buat itu dan bukan untuk menentang sesiapa dalam kepimpinan Umno,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai segala isu yang dibangkitkan itu kerana hanya rakyat boleh menentukan kemenangan pada pilihan raya.

Katanya, beliau juga yakin kerajaan Pas Kelantan boleh tumbang pada pilihan raya umum akan datang jika penjelasan tepat berhubung royalti minyak diterima dengan baik berdasarkan undang-undang yang terkandung dalam Akta Petroleum. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails