P Panthiyan @ Siva
Mangsa berusia 34 tahun yang sedang duduk atas sofa di premis itu, ditembak pada kepala disaksikan isterinya, K Kala, serta dua anak mereka yang baru tiba di premis berkenaan bersama mangsa dari bandar Teluk Intan.Kejadian jam 3 petang itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Kala, 42, berkata tidak sampai beberapa minit mereka tiba di premis itu, beliau ternampak seorang pembonceng motosikal berpakaian gelap dan bertopi keledar penuh masuk, lalu terus ke arah suaminya, manakala rakan suspek menunggu atas motosikal di luar premis.
“Pada mulanya saya tidak syak apa-apa kerana mangsa sering dikunjungi rakannya untuk pelbagai urusan, termasuk mengenai kebajikan masyarakat.
“Namun, dalam sekelip mata saya terdengar bunyi seperti mercun dan apabila menoleh, saya nampak suami sudah terbujur atas sofa berlumuran darah. Pada masa sama, suspek berlari keluar dan membonceng motosikal yang sedia menunggu dan memecut ke arah Langkap,” katanya ketika ditemui semalam.
Kala berkata, beliau masih trauma dan terkejut dengan kejadian itu kerana suaminya seorang yang peramah dan suka membantu orang lain serta tiada musuh perniagaan atau politik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata mangsa ditembak dari jarak dekat.
Katanya, penyerang dan seorang rakannya menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna hitam dan oren dengan nombor pendaftaran dipercayai palsu.
"Pembonceng motosikal melepaskan dua das tembakan. Satu tembakan tersasar, manakala satu lagi mengenai kepala mangsa menyebabkannya mati di tempat kejadian," katanya.
Goh berkata, polis melancarkan gerakan memburu suspek namun setakat jam 8 malam tadi tiada sebarang tangkapan dibuat.
Katanya, polis menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Salman Saleh dalam kenyataannya kepada media mengutuk keras pembunuhan itu dan meminta polis membuat siasatan menyeluruh bagi memberkas suspek
berita hairan
1 comment:
Dah sahlah penyokong umno yang tembak
Post a Comment