BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, March 24, 2010

Malaysia maju setepak lagi...

hi hi nak syak apa..mmg dah pasti dah ini kerja sapa..???takkan ini pun tak tahu..tapi kalau depa guna c4..mmg dah konfirm...

Rumah pengarang buku 'Altantuya' dibom
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Rumah Badrul Hisham Shaharin, pengarang buku 'Di Sebalik Pembunuhan Altantuya' di Seremban dibom dengan molotov cocktail kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Akibat dibom menggunakan bom minyak itu, menurut Badrul, terdapat kesan kebakaran yang kecil di halaman rumahnya.

Pun begitu, beliau mengesahkan tidak ada sebarang kecederaan berlaku ke atas beliau, isterinya dan dua anaknya.

Ujarnya lagi, kedua-dua anaknya hanya mengalami kesesakan nafas akibat asap yang berkepul-kepul dalam rumahnya.

Beliau yang juga Majlis Kepemimpinan Tertinggi (MKT) PRK berkata, laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Seremban 2.

Dalam laporannya, beliau menjelaskan bahawa jirannya ternampak dua orang pemuda berkeliaran di sekitar kediamannya, sebelum melontar molotov cocktail ke halaman rumahnya.

Bagi Badrul sendiri, beliau tidak mengesaki sesiapa pun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails