pemberian wang atau sumbangan RM 100 kepada warga emas dia tuduh RASUH..tapi yang mereka dok songlap ratusan Juta..dia buat diam...cinabeng betoi...ahli umno ..mamu mami yg dok sokong umno bn 52 tahun kira bernasib baik no dapat juga rasa duit sumbangan rm100..secara bulanan ,jangan lepas makan ...kutuk lagi PR...nanti perut penuh dengan cacing ..cacing umno...berkarat biru...mamu mami dari yang bertanah dia kurung dalam sangkar burung ...kija sapa itu kalau bukan PARTI KEBANGSAATAN YANG KITA sokong 52 tahun le...anak mami dia sapu habis bawa pegi Kuala lumpur...pikaq guna akai jangan pikaq guna Jubor....
Warga emas PP dapat RM100 melalui pos | |
|
Dalam satu kenyataan medianya, Lim berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua.
“Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun.
“Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk,” katanya.
Lim berkata kerajaan negerinya mampu berbuat demikian berdasarkan amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik melalui CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) yang berpaksikan 'amar maa'ruf nahi mungkar'.
“Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun menurut Lim, pihaknya berasa kesal pihak lawan politiknya cuba mensabotaj program Warga Emas dengan menuduh pemberian wang RM100 kepada golongan berusia sebagai tindakan rasuah.
Beliau berkata penghargaan wang tunai itu merupakan kesinambungan kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar di Pulau Pinang.
Pulau Pinang, kata Lim, juga berbangga kerana berjaya memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan mampu menyumbang beras percuma sepanjang tahun 2008 dan 2009 kepada golongan berkenaan.
No comments:
Post a Comment