BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, March 14, 2010

Bermulanya Episod...HJ Tempirai..1


(1) Munajat Rakyat - Pengkhianat kulaan !

Salam dari Balai Tasawwur, Simpang 4 Semanggol. Sebelum melangkah akan isi pati paparan malam ini, izinkan wak petik kata-kata ini, " sehingga akhir-akhir ini sejarah, biasanya dikaitkan dengan politik.." Maka hal-hal politiklah yang lebih biasa dijadikan bahan-bahan untuk kajian sejarah di suatu masa.

Malam ini juga di kira ada sejarahnya, jika sebelumnya Hj. Mohsin diperkenalkan kepada para pengundi di Parlimen Bagan Serai lewat 2 tahun lalu di sini, maka disini jugalah berlangsungnya satu program solat hajat untuk Hj. Mohsin. Program yang 'khusus'.

Seusai solat Maghrib tadi, program diteruskan oleh Ustaz Ahmad bin Awang yang jelas menerangkan siapa sebenarnya Hj. Mohsin dan susur galur beliau dicalonkan untuk Bagan Serai. Perinciannya akan dimuatkan pada siri ke-2 yang akan menyusur.

2 Adun turut hadir bersama jemaah ke program yang diaturkan. Adun Selinsing dan Adun Semanggol. Ketika foto ini diambil, program penerangan baru sahaja bermula. Hampir 100 jemaah khusyuk mendengar ceramah ringkas daripada mantan PJ PAS malam tadi.

40 minit tempoh masa yang diambil oleh Ustaz Ahmad Awang menerangkan dengan tepat akan hasrat dan niat solat hajat yang akan diadakan selepas Isya', dan seterusnya akan diteruskan selama 7 malam berturut-turut. Rujuk jadual di bawah.

Malam ini, bagi foto dululah. Butiran lanjut kita sambung pada siri 2 esok. Kena dengar teliti rakaman yang telah dibuat, bimbang tidak selari nanti dengan rakaman asal, jadi fitnah pulak ! Sapa nak pikul ? Foto lain juga akan menyusul esok. Apapun tahniah untuk Miezanz kerana dengan satu sms, saudara Miezanz datang jua dari Butterworth bersama-sama wak membuat liputan yang mana kampungnya juga di Bagan Serai. Blog beliau di sini.

Buat kulaan di jalan banjar, maaf aja AJ kerana tidak dapat hadir meraikan majlis BBQ Pertubuhan Banjar Malaysia di situ malam tadi. Mesti sedap kambing panggang tu. Wak sakit kepala sangat tadi, maklum ler 4 rumah kenduri diterjah siangnya. Terima kasih atas jemputan.


Dibawah, jadual solat hajat 'MUNAJAT RAKYAT' yang disusun selama 7 malam. Rujuk jadual. Klik untuk lebih jelas. Berita lanjut akan menyusul.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails