KDN: Tiada tindakan ke atas China Press | ||
|
Sabtu lalu, akhbar harian Cina itu menyiarkan laporan bahawa Musa (kanan) telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Hishamuddin dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beberapa jam selepas berita itu disiarkan, Musa dan Hishamuddin segera menafikannya.
Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.
Katanya lagi, rombakan berkenaan bukan sahaja akan membabitkan KPN tetapi juga pegawai kanan yang lain, termasuk empat pengarahnya.
No comments:
Post a Comment