BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, March 20, 2010

INI mesti kes TABAL sultan bawah POKOK di Nilam Puri..oleh UMNO

dari utusan meloya.berita yang meloyakan siumno...

Wan Hashim tidak diiktiraf

KOTA BHARU 19 Mac – Kerajaan negeri tidak mengiktiraf kenyataan Datuk Wan Hashim Wan Daud bahawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menitahkan semua perayaan dan penganugerahan darjah kebesaran sempena hari keputeraan baginda yang ke-60 pada 30 Mac ini dibatalkan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, arahan yang dikeluarkan melalui satu kenyataan media oleh Wan Hashim yang mendakwa dirinya Setiausaha Sulit Sultan, tidak perlu dipatuhi.

Kerajaan negeri kata beliau, mempunyai cara sendiri untuk mengadakan majlis tersebut, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

“Itu (arahan Wan Hashim) tidak perlu ikut, kerajaan negeri ada benda sendiri,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Wan Hashim yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri mengedarkan kenyataan media yang mendakwa titah Tuanku Ismail Petra berhubung sambutan hari keputeraan baginda.

Sementara itu pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini, Pengelola Diraja Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, sambutan sempena hari keputeraan Sultan Kelantan akan diteruskan seperti yang dirancang.

Beliau berkata, ia akan diadakan secara sederhana dengan majlis berbentuk keagamaan termasuk solat hajat di beberapa buah masjid di seluruh negeri ini.

“Begitu juga dengan majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sehingga ke hari ini tidak ada maklumat acara tersebut dibatalkan,” katanya.

Abdul Halim berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Hashim amat mengelirukan dan tidak benar disebabkan kuasa pentadbiran negeri ini adalah di bawah Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

“Sebagai Ketua Pejabat dan Pegawai Pengawal Istana, saya tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak bahawa Wan Hashim dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan Tengku Shah Buddin Tengku Mohd. Maasum sebagai Ketua Istiadat Diraja Kelantan,’’ katanya.

Beliau berkata, mengikut rekod, Tengku Shah Buddin telah tamat perkhidmatannya pada 14 Ogos 2009.

Katanya, sebagai Pemangku Raja, terpulang kepada Tengku Muhammad Faris untuk mengurniakan darjah kebesaran atau apa-apa sahaja mengikut Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Kerajaan Kelantan.

“Saya berharap semua pihak terutama orang yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan dapat merujuk kepada Perlembagaan Negeri dan tidak menjadi ‘pak turut’. Sebaik-baiknya kaji dengan teliti dan rujuk kepada orang-orang yang mahir dalam hal perundangan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), Datuk Ismail Mat Noor berkata, sehingga hari ini pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai Setiausaha Sulit kepada Sultan dan Ketua Istiadat.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails