BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, March 22, 2010

Pimpinan Umno..Buka saja Mulut..10yg diucap 11..temberang..

takkan seorang pieem tak tahu yg diucap sikatakis itu dimana..boleg atau tidak disiasat,ucapan dalam palimen siapa yg berkuasa halang???....ini contoh pemimpin tertinggi umno BN...yg buka cerita dibiar yg dok diam-diam dikatakan buat salah....kepala bapak dia punya NEGARA ke????..kalau pemimpin 1 malaysia ...bersikap macam taik kucing apalagi balcai-balaci dia...bohong belaka le...

Anwar mungkin langgar undang-undang bila 'jual' nama Agong: Najib

KUALA LIPIS - Datuk Seri Najib Razak menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai Perdana Menteri sekiranya rancangan '16 September 2008' menjadi kenyataan.

Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa akan meneliti sama ada berlaku pelanggaran undang-undang berhubung dakwaan Anwar, yang juga Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Terserah kepada pihak berkuasa meneliti dan memutuskan apa yang patut dilakukan.

“Dari segi siasatan, mungkin ada undang-undang dilanggar, jadi saya serah kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, di sini, semalam.

Tiga hari lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan dalam sidang Dewan Rakyat bahawa Anwar menjaja nama Tuanku Mizan Zainal Abidin, kononnya baginda menunggu di Istana Negara untuk mengesahkan bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melompat parti untuk menyertai PR.

"Saya percaya, rakyat semakin sedar dengan pembohongan besar pembangkang yang bercita-cita untuk memerintah negara," katanya.

Najib juga diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyifatkan pendedahan Zahrain itu sebagai tidak berakhlak kerana sanggup membuka rahsia parti yang pernah disertainya.

“Nampaknya seorang sahaja buat kenyataan, tidak semuanya menyokong. Ada yang faham apa yang dibuat itu tidak betul,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, kerajaan akan mengkaji akta-akta lain yang dilihat berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan satu perubahan besar berlaku dalam usaha menangani keselamatan negara.

“Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet kelmarin.

“Jemaah Menteri berpendapat, jika kita hanya pinda ISA tetapi akta-akta lain yang berkaitan keselamatan tidak dipinda, maka akan berlaku keadaan yang janggal,” katanya.

Najib berkata, kerajaan serius dalam usaha membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara.

“Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat,” katanya. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails