BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, March 14, 2010

emmm.kemiskinan himpit JKKP

aduh..kesiannya..kemiskinan dimana-mana,tapi yang geramnya awat jadi kepala Batu..takkan tak nampak pimpinan hang dok bolot hak rakyat..dok sokong lagi..itu yg buat ana geram..itu kira nasib baik juga k`jaan negeri tak ambil tindakan..kalau tak kena pindah p umah ketua bahagian UMNO...tak lama lagi adalah bantuan sampai..bersabar yeop...

Setiausaha JKKKP Jadikan Dewan Sebagai Rumah


BALING - Akibat tidak mampu lagi menyewa rumah untuk menempatkan keluarganya, setiausaha Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Memali di sini, terpaksa menjadikan dewan orang ramai di kampung itu sebagai kediamannya sejak setahun lalu.

Mohd Fazzeli Ahmad, 38, berkata walaupun tahu tindakannya itu tidak disenangi orang ramai, namun beliau terpaksa mengetepikan pandangan serong penduduk akibat kesusahan hidup yang menghimpit keluarganya.

Katanya, beliau telah dijanjikan sebuah rumah di bawah program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh pihak tertentu serta sudah menyediakan tapak untuk tujuan itu, tetapi hingga kini janji berkenaan masih belum ditunaikan.

"Saya kecewa kerana ada yang memohon rumah di bawah program PPRT selepas saya dah dapat rumah tu, tetapi saya telah menunggu hampir setahun hingga terpaksa hidup menumpang begini," katanya kepada Bernama di sini.

Selain terpaksa menumpang di dewan berkenaan, seorang anaknya, Nor Aini, 17, yang sepatutnya belajar di tingkatan lima tahun ini tidak dapat meneruskan persekolahan sejak 2008 akibat tiada tempat tinggal yang tetap.

Mohd Fazzeli berkata, beliau sangat berharap agar pihak yang pernah berjanji dengannya untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT menunaikan janji kerana beliau telah menyediakan tapak bagi tujuan itu.

Beliau yang hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap tinggal di dewan itu bersama isterinya, Rohani Jusoh, 34, anak-anaknya Nor Aini, Mohd Zuki, 11 dan Mohd Fahir, 6.

Tinjauan Bernama mendapati dewan berkenaan mempunyai sebuah bilik stor yang dijadikan bilik tidur Mohd Fazzeli dan isterinya manakala tiga anaknya tidur di ruang dalam dewan berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails