BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, March 29, 2010

ha ha ha Tabung semakinRingan

oleh kerana perbelanjaan besar menguruskan BIGMAMA..keperluan shopping dsb nya..IPT diarah mencari dana..untuk tambah tabung..K`jaan dah tak mampu..nak songlap,nak bergaya le dan macam-macam lagi..

Semua institusi pengajian tinggi (IPT) diminta menjana pendapatan mereka sendiri antara 15 hingga 20 peratus berdasarkan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sektor pendidikan memerlukan biaya yang sangat besar secara berterusan sedangkan kerajaan tidak mungkin mampu menanggung keseluruhan kos secara total.

Beliau berkata, sesebuah IPT pada dasarnya mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri kerana mereka didukung oleh kelompok cendekiawan yang mampu merumus kaedah sesuai dalam menghasilkan pendapatan sendiri.

"Ada sebilangan universiti yang mampu menghasilkan sehingga 30 peratus pendapatan dari peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, tetapi beberapa yang lain menghasilkan sekitar satu hingga 20 peratus sahaja.

"Kami belum tetapkan sebarang sasaran tetapi memang kementerian akan memberi penekanan khusus dalam aspek ini apatah lagi apabila selepas kerajaan berikan mereka autonomi,” katanya kepada pemberita dalam satu persidangan akhbar selepas melancarkan Taman Sains Putra di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, matlamat itu boleh dicapai menerusi penghasilan produk-produk dan penemuan terbaru yang diperolehi dari pengkomersialan kaedah pembangunan dan penyelidikan (R&D).

- Bernama


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails