BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, March 21, 2010

Boleh boleh siasat...

“Di ATM, pegawai dan anggotanya mendukung prinsip taat setia kepada pemimpin serta kerajaan memerintah. Kita tidak akan sewenang-wenangnya menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat, itu bukan prinsip kita,” katanya..tapi yang lanun rampas perak itu prnsip siapa pulak..????
ini mamat zaharain tembak kat parlimen..PDRM kena siasat..pdrm kan cekap ..macammana yang banyak laporan dibuat PR..bila pulak nak siasat.....

Polis boleh siasat Anwar
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Mohd Iskandar Ibrahim
bharian.com.my
2010/03/21

Tan Sri Musa Hassan
Tan Sri Musa Hassan
Dakwaan Zahrain diteliti jika ada laporan

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merancang untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Susulan pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat, Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan jika ada laporan berhubung pendedahan itu, polis akan menjalankan siasatan. “Beliau (Zahrain) mendedahkan perkara itu dalam Parlimen. Polis tidak boleh campur tangan, selagi tiada pihak tampil membuat laporan kepada kita berhubung dakwaan itu. “Polis tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana ini membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong. Siasatan pula perlu dibuat secara terperinci,” katanya, semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap kenyataan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang kini bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

“Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil jika terbukti dakwaan berkenaan berasas.

“Bila perkara itu disebut di Parlimen, pastinya Zahrain mempunyai bukti jelas dan nyata. Ia sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan apabila nama Raja dan ATM diheret sama isu itu,” katanya.
Musa berkata, jika ada laporan, siasatan akan dijalankan secara telus tanpa mengira status atau pangkat mereka yang terbabit dalam komplot itu kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara dan ketenteraman rakyat.

“Polis tidak berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan suasana tegang di negara ini,” katanya.

Sementara itu, bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal meminta orang ramai tidak terkeliru dengan cubaan pihak tertentu menggunakan nama ATM dan pegawai kanan tentera untuk mencapai cita-cita politik mereka.

“ATM institusi yang bebas daripada pengaruh dan campur tangan politik. Tidak adil nama ketumbukan ini dipergunakan untuk kepentingan politik, malah semua pegawai kita masih waras dan tidak akan membiarkan mereka diperalatkan.

“Di ATM, pegawai dan anggotanya mendukung prinsip taat setia kepada pemimpin serta kerajaan memerintah. Kita tidak akan sewenang-wenangnya menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat, itu bukan prinsip kita,” katanya

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails