BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, March 25, 2010

apahal..pejuang melayu..mana...mana dia orang

aiii yaaaa mana dia pejuang melayu..yang dok sibuk hari itu di PP kerana roboh gerai yang letak di tepi jalan ,,,,melayu di pinggirkan..kes ini macam mana..mereka ini bukan melayu ke.bukan islam ke..mana YB tomBoy@ YB TomYam.. mana ibrahim kataki,mana pengusung kepala Lembu...binawr betol depa..takkan kes besar macam ini depa tak nampak..ahh ahli UMNO pulak si sulaiman ini..ini dia kenyataan dimana -mana umno kuat,lagi kuat kamu semua dijadikan BARUAH oleh pimpinan kamu..sokong lagi UMNO...kalau setakat ketua cawangan saja ..kamu tak boleh buat apa-apa..hanya akan jadi pencacai pimpinan kamu saja...

BUKAN BUMI BERTUAH TAPI BUMI BEDEBAH !


DULU DIKENALI NEGERI RAMAI KUAT UMNO ,TAPI KINI KEDAI ORANG UMNO PUN KENA ROBOH !
APA YANG RAKYAT HARAP PADA BN LAGI !
SEDARLAH PAKATAN RAKYAT PILIHAN TERBAIK MASAKINI!



CATATAN SEKITAR OPERASI MEROBOH RUMAH SETINGGAN KG. DENAI PINGGIRAN, KEMPAS
CATATAN INI ADALAH TULISAN SDR SUHAIZAN BIN KAYAT

Kita mulakan hari penuh sejarah 24.3.2010 di Surau Denai Pinggiran Kempas dengan bermunajat kepada Allah seawal jam 4 pagi di ketuai oleh Ust Ibrahim Misran. Kita mohon agar Allah memberi kekuatan dan Allah membantu golongan yg lemah di Kg Denai Pinggiran.

Jam 7.00 penduduk Kg Denai Pinggiran mula bersarapan. Mulai jam 8.30 pagi pihak berkuasa polis termasuk 2 trak FRU berada dihadapan Surau Kg Denai Pinggiran. Penduduk & penyokong membuat rantaian manusia di hadapan jalan masuk ke Kg Denai Pinggiran. Akhirnya FRU bergerak keluar dpd kawasan ini.Jam 10 am kenyataan media dibuat dihadapan lebih 10 media tempatan.

Jam 11.00 am Rumah Sdr. Ramli Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Setinggan Kempas mahu di robohkan. Sdr. Ramli merayu kepada Pegawai PTD Johor Baharu Sdr. Hishamuddin untuk dapat menangguhkan perobohan dalam masa satu hari. Pada mulanya Sdr. Hishmuddin bersetuju kemudian tidak bersetuju. Akhirnya rumah Sdr. Ramli hancur di mamah JCP. Saya tidak sempat berunding dgn pihak berkuasa kerana masa perundingannya terlalu pantas dan saya berada jauh dpd rumah Sdr Ramli.

Jam 12.00 tghari Penguatkuasa PTDJB, Polis & JCP bergerak kerumah Sdr Alias. Beliau baru lepas kemalangan jatuh pokok beberapa bulan lepas. Penguatkuasa mengepong rumah tersebut. Saya merayu kpd En. Hishmuddin agar mempertimbangkan agar memberi masa. Beliau berkeras. AKhirnya alhamdulillah hanya barang sahaja dikeluarkan. Sedikit dinding dipecahkan. Tetapi rumah tersebut tidak dipecahkan. Walaubagaimana pun bila hujan turun barang-barang Sdr. Alias mengalami kerosakkan.

Jam 1.00 tengahari JCB bergerak kerumah Sdr. Shukri & Sdr. Sulaiman. Saya cukup sedih melihat kedua-dua keluarga ini. Isteri Shukri menangis dihadapan saya mengenangkan anak-anaknya yg kecil tiada tempat perlindungan selepas ini.Lebih menyedihkan lagi keluarga Sdr. Sulaiman Kassim. Isterinya mengandung 8bulan. Sedang menunggu hari untuk bersalin. Sdr. Sulaiman & isteri menangis dihadapan saya. Beliau berkata beliau adalah ahli UMNO dan anggotai rela. Bertugas menjaga pemimpin UMNO. Tetapi rumahnya mahu dirobohkan. Saya cukup sebak melihat anaknya menangis dihadapan saya. Kebetulan anaknya sebaya dengan anak saya. Sdr. Sulaiman ada 5 org anak. 3 berada di asrama di KL. Beliau sebenarnya memiliki rum sewa di Projek Perumahan Kempas (PPR Kempas) tetapi sudah 7 bulan tidak dpt membayarnya kerana kesesakkan wang ringgit. Rumah tersebut telah disita. Dia tiada pilihan terpaksa mendiami rumah setinggan di situ. Saya agak lama berada dirumah beliau dengan harapan dpt merayu kpd PTDJB. Alhamdulillah 2 rumah ini tidak diroboh setakat hari ini.

Jam 2.00 ptg YB Osman Sapian, Adun Kempas lalu dihadapan kelompok penduduk Kg Denai Pinggiran. Apabila penduduk mohon pertolongan. YB Osman Sapian berkata " Pergilah jumpa hero awak Sdr. Suhaizan Kayat. Dia boleh tolong awak semua" Penduduk bertambah berang dgn kenyataan seorg yg bergelar YB. Nasib baik dpt ditenteramkan oleh rakan-rakan mereka.

Jam 3.00 ptg Penguatkuasa ingin merobohkan Kedai Raja Sulaiman Ketua Cawangan UMNO Denai Pinggiran. Berlaku sedikit pertengkaran. YB Osman Sapian pun turut hadir & cuba merayu. Tetapi malangnya YB Osman tidak mampu menghalang kedai Raja Sulaiman dirobohkan. Saya tidak sempat pergi kelokasi tersebut sebab membuat persediaan di kawasan Surau Denai Pinggiran yg mahu dirobohkan.

Jam 5.00 ptg Penguatkuasa bergerak di Surau Denai Pinggiran. Mulanya elektrik dipotong. Penduduk & penyokong cuba membuat rantaian manusia sambil berselawat. Semakin lama semakin ramai anggota polis datang. Saya berada ditengah-tengah manusia itu sambil memberi semangat kepada mereka. En Hishamuddin datang berjumpa saya mempertegaskan utk merobohkan rumah penduduk. Beliau berkata persetujuan telah disepakati bahawa bila kedai Raja Sulaiman diroboh maka kawasan kawalan saya di Surau Denai mesti diroboh. Saya kata siapa yg bersetuju? Saya tak ada hantar wakil pun utk berbincang. Isu itu tidak ada kait mengait. Saya minta tempoh seminggu. Beliau tak setuju. Saya tidak layan amaran mereka. Polis merapatkan kereta black maria. Saya bangkitkan simpati pihak polis dgn anak-anak sekolah yg menangis dihadapan polis. Akhinya En Hishmuddin memberi peluang 3 hari. Saya minta elektrik disambung semula. Alhamdulilah TNB sambung semula.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails