BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, March 21, 2010

UMNO dan PDRM sama cekap...

UMNO mmg terkenal dengan laporan..tapi yang peliknya yang berucap itu adalah sizahrain..bukannya anwar,jadi pelik bin ajaib..PDRM akan memanggil zahrain dan anwar utk siasatan secepat mungkin..kenapa anwar..yang cakap macam itu adalah sikatak zahrain..dia yg sepatutnya disiasat...minta dia tunjukkan bukti-bukti..ttg anwar..kalau tak dapat tunjuk..sula saja sikatak itu...PDRM terlebih cekap.....sampai berlambak laporan sebelum ini yang dibuat PR buat menyampah kat balai..bila nak siasat...ini sebab umno yg buat laporan ..pdrm terlebih cekap....kekadang laporan tak buat lagi pdrm dah mula siasat..ha ha ha ..

Umno buat laporan, polis dijangka panggil Anwar, Zahrain

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pemuda Umno membuat dua laporan polis di Lembah Klang hari ini berhubung pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen baru-baru ini mengenai rancangan “16 September” bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

Laporan polis pertama dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira pukul 10 pagi tadi manakala laporan kedua oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengah hari tadi.

Jurucakap polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan menerima laporan polis tersebut.

Suhaimi membuat laporan polis bagi meminta pihak polis menyiasat kenyataan yang mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjaja nama Yang di-Pertuan Agong dan panglima angkatan tentera dalam rancangan 16 September itu.

Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong berkenan melantiknya sebagai Perdana Menteri keenam jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan, malah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyokong pembentukan kerajaan baru itu. Selain dakwaan menjaja nama Yang di-Pertuan Agong dan panglima ATM, Rizalman dalam laporan polisnya pula turut meminta polis menyiasat dakwaan mengenai cubaan Anwar memancing anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang bagi menubuhkan kerajaan.

Dalam pada itu, Sinar Harian yang memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis menerima laporan berhubung dakwaan Zahrain.

Sehubungan itu katanya, polis akan memanggil Anwar dalam masa terdekat berhubung dakwaan tersebut.

“Memang kita ada menerima laporan hari ini (semalam) berhubung isu itu dan kita akan siasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 kerana ia menjurus kepada cubaan menghasut,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husein memberitahu pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara akan menyiasat pendedahan Zahrain Rabu lalu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails