SPRM hairan DBKL lambat bertindak
|
|
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hairan dengan kelewatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan susulan terhadap pendedahan Kosmo! mengenai kewujudan premis menjual gajet seks secara terbuka di ibu negara.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, tindakan DBKL menyerbu beberapa premis jualan gajet seks secara senyap-senyap selepas mendiamkan diri selama seminggu memang meragukan.
2...9 premis gajet seks diserbu
KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan premis seks di sini, Subang Jaya dan Johor Bahru diserbu semalam atas dakwaan menjual gajet-gajet seks. Operasi itu berakhir dengan tiga buah kedai diarah tutup serta-merta.
Hasil rampasan daripada ketiga-tiga premis itu melebihi RM120,000.
Tindakan itu membuktikan anggapan sesetengah pegawai kerajaan khususnya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kononnya mereka tidak dapat bertindak atas alasan pengusaha premis terbabit tidak melakukan kesalahan kerana menjual cenderamata, adalah salah.
HAHAH HAHAH PEMIMPIN 1 MALAYSIA 1 Terkuzut...dengar berita macam ini..Lagak mereka lebih KARTUN DARI KARTUN ITU SENDIRI....yang lebih banggan..masih ada lagi rakyat yang sokong habis-habisan pimpinan semacam ini...3....Hishammuddin, Shahrizat terkejut
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bukan sahaja terkejut malah mengaku langsung tidak mengetahui kewujudan kedai menjual gajet seks secara terbuka di negara ini.
Berikutan itu, kedua-dua menteri itu berjanji akan menyiasat pendedahan Kosmo! mengenai isu tersebut sebelum mengambil tindakan yang lebih tegas.
No comments:
Post a Comment