BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, March 22, 2010

apa kata kementerian pelajaraan


apa kata kementerian Pelajaraa n..kena naik gaji guru guru pulak...takkan nak jaga POLIS saja....
tapi yg tak sedapnya guru buka gerai haram..ntah-ntah makan dia pun haramke???...ini kena tanya Mufti sekupang dr perak...ha ha ha ha
GURU SMK BUM BUM MENGAJAR ATAU BERNIAGA?
Written by Admin
Sunday, 21 March 2010 08:52

Oleh: JUMAHAT LANDAU

MUNGKIN gaji yang diterima oleh Cikgu Zul Asrin dan Samsul tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka di Pekan Lepa-Lepa Semporna, mereka terpaksa membuka warung secara haram di Simpang Jalan Taman Sempaul Semporna.

Akibatnya, seperti Filem P Ramlee, murid-murid sekolah SMK Bum Bum sering kali mengulangi dialog dalam filem 'Masam-Masam Manis' tersebut, “Hari-Hari Cikgu Tidur” kerana kedua guru berkenaan letih berjaga hampir tiga suku malam.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Karim berkata, beliau telah menulis surat kepada Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah Semporna dan disalinkan kepada Pengarah Pelajaran Sabah, Pegawai Pelajaran Semporna dan Pengetua SMK Bum Bum, namun tidak mendapat sebarang respon.

“Kita tidak larang mereka berniaga untuk menambah pendapatan, namun sebagai kakitangan kerajaan kumpulan A, mereka harus mendapat kebenaran daripada majikan untuk berniaga kerana mereka mungkin tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran,” ujar Karim yang memaklumkan gerai berkenaan tutup antara jam dua hingga tiga pagi.

Karim mendesak agar Majlis Daerah Semporna memindahkan atau merobohkan gerai tersebut kerana kedudukannya yang membahayakan dan menghalang lalu lintas.

“Kita alu-alukan guru-guru daripada Semenanjung mengajar di daerah ini, tetapi kalau mereka berniaga dan mendirikan gerai sesuka hati, kita rasa tidak patut, seolah-olah mengajar kepada penuntut sekolah bahawa boleh berniaga tanpa lesen dan mengajar ala kadar,” ujar Karim yang mendesak Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan masalah guru berniaga tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Walaupun mendapat bantahan penduduk setempat, namun Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah Semporna, Mohd Jaafar Bin Hj. Amat gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap gerai yang dibina secara haram sehingga menyekat laluan penghuni Taman Sempaul untuk masuk atau keluar daripada laluan belakang rumah mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails