BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, April 13, 2010

Agak.korang apa keputusan Kes INI...??



emmm agak korang kalau duduk dalam mahkamah...jadi le kita macam makcik kat atas ini..asyik nguap...sementera nak nunggu keputusan yang sudah pun bermain di fikiran semua...walau PUN MB (Mahkamah Bagi) sedih eksyen...nak tunggu keputusan KONON ..adil...katak happy walau pun musin kemarau melanda negara...haha haha haha haha....

Kes Rasuah Bekas Exco Tiada Kaitan Dengan Kejatuhan Pakatan Di Perak

IPOH, 12 April (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini diberitahu sama ada pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS di Perak jatuh atau tidak, ia tiada berkaitan dengan kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang membabitkan dua bekas Exco kerajaan Perak dan tiga yang lain, kata Peguam Kanan Persekutuan Datuk Abdul Razak Musa ketika sesi penghujahan hari Isnin.

Beliau berkata tidak ada sebarang keterangan dalam perbicaraan sebelum ini bahawa saksi pihak pendakwaan berkomplot dengan parti politik.

Katanya mahkamah perlu mempunyai fikiran tentang apa yang ada dalam pemikiran tertuduh-tertuduh semasa mereka menerima wang suapan dan habuan perempuan kerana ia berkaitan dengan lawatan tapak projek terbabit.

Lawatan ke tapak projek pembangunan itu menjelaskan memang ada sesuatu di belakang pemberian wang itu, katanya ketika sesi penghujahan kes pendakwaan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Abdul Razak berkata elemen penyerahan wang adalah lengkap dan tertuduh masing-masing mengetahui bahawa ia bukan semata-mata sumbangan untuk pilihan raya kecil yang diadakan di Parlimen Permatang Pauh tetapi adalah untuk cadangan berhubung projek berkenaan.

Terdahulu, peguam Surjan Singh memberitahu mahkamah bahawa kes berkenaan merupakan satu rancangan untuk menjatuhkan kerajaan pakatan DAP-PKR-PAS di Perak dan ia bertujuan memalukan pakatan kerana pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata tidak ada bukti bahawa tertuduh Zul Hasan dan Fairul Azrim Ismail mengetahui mengenai lawatan tapak berkenaan dan tidak ada sebarang bukti sama ada kawasan tapak tanah yang ditunjukkan itu milik Majlis Daerah Perak Tengah atau hak persendirian.

Wang yang diterima tertuduh-tertuduh bukanlah rasuah sebaliknya untuk disumbangkan kepada parti pakatan bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, katanya.

Sementara itu, peguam M. Saravanan berkata sewajarnya pihak pendakwaan memanggil perempuan yang ditawarkan kepada tertuduh kerana hanya perempuan terbabit boleh mengesahkan tuduhan berkenaan.

"Orang yang penting untuk tuduhan (habuan seks) dibuktikan adalah perempuan terbabit. Sama ada anak guaman saya ada (melakukan) hubungan seks, hanya perempuan itu boleh mengesahkannya. Kenapa dia tidak dipanggil (memberi keterangan)? Adakah dia masih hidup? Adakah masih berada atau keluar dari negara ini? Sekurang-kurangnya apakah namanya?," katanya.

Hakim Azhaniz Teh yang selesai mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan kemudiannya menetapkan 23 April ini untuk keputusan kes berkenaan.

Dua bekas Exco kerajaan negeri Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, 58, dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53, bersama-sama Usaili Alias, 57; dan Zul, 46, didakwa melakukan kesalahan rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar itu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini, dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos 2008.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada pukul 8.10 malam, 14 Ogos 2008 di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Tertuduh keenam, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos 2008 untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah turut dibicarakan secara bersama dengan empat tertuduh berkenaan.

Peguam Surjan Singh mewakili Usaili, Mohd Asri Othman mewakili Fairul Azrim, M. Saravanan mewakili Zul dan Abdul Roni Rahman mewakili Mohd Osman dan Jamaluddin.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails