
Pakatan Rakyat penumpang pembangunan BN
HULU SELANGOR - Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata Pakatan Rakyat (PR) di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.
“Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di sini semalam.
Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak “kumpulan penumpang” agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.
MENUMPANG DENGAN YANG DIPILIH.....KENA bagi kursus khas buat si TIMBALAN MENTERI BERTARAF DATUK...HAHAH HAHAH HAHHA HAHHA HHA
sinarharian





No comments:
Post a Comment