BANTING - Seramai 200 pemandu bas Cityliner Selangor melancarkan mogok selama lapan jam bermula pukul 5 pagi semalam berikutan kegagalan majikan memenuhi tuntutan mereka.
Mogok tersebut berjalan serentak di semua stesen di Shah Alam, Kapar, Klang, Kuala Selangor dan Banting.
Ia sekali gus mengakibatkan kira-kira 5,000 penumpang terutama pekerja pejabat dan kilang menghadapi masalah untuk ke tempat kerja masing-masing.
Situasi itu turut mendorong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah turun padang pada pukul 2 petang bagi menyelesaikan masalah.
Ketika ditemui selepas mengadakan rundingan dengan wakil pemandu bas berkenaan, beliau berkata, tindakan tersebut tidak mencerminkan budaya 1Malaysia.
Katanya, pemandu terbabit sepatutnya membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam dan bukan mengadakan mogok yang hanya menyusahkan orang awam.
"Kita akan panggil semua pihak yang terlibat untuk membincangkan masalah ini pada 23 April nanti.
"Bagaimanapun, kita akan bantu mereka untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," katanya
No comments:
Post a Comment