BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, August 26, 2010

aiiiiiy setakat..Minta MAAF saja..tapi kalau PR..dicanang 1Malaysia

ini dia tindakan berstandard-standard..PIMPINAN UMNOBN..kalau ini kerja PR..fuuuh akan dicanang dan digoreng,ditambah dgn cili dan asam..habis 1malaysia dan semua kertas Tandas dicatit isu itu...

Kenyataan rasis: Pengetua sekolah rendah Kedah mohon maaf

August 25, 2010

ALOR SETAR, 25 Ogos — Seorang pengetua sekolah rendah di Kedah, yang didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kira-kira 10 muridnya awal minggu lalu, telah memohon maaf kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Pelajaran Kedah Shahidan Abdul Rahman berkata, permohonan maaf itu dibuat ketika pengetua terbabit mengadakan pertemuan dengan ibu bapa murid-murid berkenaan Ahad lalu.

Bagaimanapun kata beliau, siasatan mengenai isu itu masih dijalankan.

“Siasatan masih dijalankan dan pengetua masih menjalankan tugas seperti biasa,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru beliau juga menafikan laporan akhbar berbahasa Mandarin bahawa pengetua itu telah dipindahkan.

Terdapat kira-kira 80 pelajar bukan Islam di sekolah itu yang terletak di Bukit Selambau dekat sini. Ia mempunyai keseluruhan 780 pelajar.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai berkata pengetua sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa meminta murid-murid Cina supaya “pulang ke China”.

Pengetua wanita itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu semasa menegur murid-murid Cina bahawa tidak sensitif kepada rakan-rakan mereka yang beragama Islam dengan makan di kawasan sekolah ketika bulan Ramadan.

Kata beliau, pengetua itu meminta mereka kembali ke China jika mereka tidak boleh menghormnati budaya kaum lain.

“Mengeluarkan kenyataan seperti ‘penumpang’ di negara ini sama sekali tidak berasas,” kata Cheah.

Sehubungan itu beliau meminta pentadbiran Najib mengambil tindakan disiplin.

Kes itu merupakan insiden kedua dilaporkan melibatkan pengetua sekolah.

Sebelum itu, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor diperintahkan untuk mengambil cuti oleh Jabatan Pelajaran Negeri berikutan terdapat kira-kira 20 laporan polis telah dibuat pelajar yang menuduhnya membuat kenyataan menghina pelajar Cina dan India.

Pelajar-pelajar tersebut mendakwa Siti Inshah Mansor menggelar mereka sebagai “penumpang” dan menyamakan pelajar India yang memakai tali keagaamaan sama seperti anjing.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails