BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, August 19, 2010

JOM KITA pakat-pakat..DEMO SECARA BESAR-BESARAN bantah Tindakan LGE.

Ini tak boleh jadi..macam mana LGE boleh bagi bonus kepada kakitangan K`jaan Neg yang majoritinya Melayu..DAP ini kan Parti perkauman..mana UMNO mana Perkasut..jom ebrahim bonggol kita demao bersar-besaran bantah tindakan LGE...PiiieM Kesayangan Perkasut pun tak buat macam ini...PieeeM kita musti pentingkan MelayuBini dia aje..bagi bonus shopping 3juta di dubai...kalau kuli-kuli diperjaBAT lantak kat hangpale..tapi hari itu dia ada buat silap mata sikit...duit FELDA dia bagi balik kat penoroka Felda..rm350.00heboh 1malaysia dan suratkhabar lap jubur satu dua hari PieeeM yang bijak silap mata...KES macam LGE mana boleh sokong mana boleh masuk SK..takde untungmaaaa...

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400


Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails