BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, August 26, 2010

ceritakan KEBENARAN...merupakan DOSA BESAR..kata syeik..apa cerita KALAU..?

APA HUKUMNYA KALAU Para Pimpinan yang bersokongkol meratah dan mencuri harta NEGARA untuk kepentingan individu..?pemimpin yang guna segala kemudahan NEGARA untuk diri sendiri dan kaum keluarga ..APA HUKUMNYA.SYEIK JAMILLL?

Jamil Khir anggap Nurul Izzah berdosa burukkan negara

August 26, 2010
Jamil berkata mempertahankan maruah negara merupakan satu jihad. —
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.

Katanya sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri. Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik. — Bernama

2 comments:

Anonymous said...

sudah lah jamil... kalau nak cerita pasal dosa yang hang pi masuk belah geng-geng sesat yg tak berhenti buat fitnah lepas tu hang pi bela pulak guna hukum yg hang ambil sini sikit sana sikit nak bagi ikut selera depa tu tak dosa ka.... Iman bukan buleh diukur dengan degree berlori-lori bang oiii... dah terang depa buat keja sesat hang pi tumpang sekaki sebab nak jaga balasan dunia yg sedikit, nak jaga pangkat... hang dapat la dato, dapat la jadi menteri tapi hang tukang jilat depa laaaa buat hukum ikut sedap depa.. bodo

gebang said...

sudah lah jamil... kalau nak cerita pasal dosa yang hang pi masuk belah geng-geng sesat yg tak berhenti buat fitnah lepas tu hang pi bela pulak guna hukum yg hang ambil sini sikit sana sikit nak bagi ikut selera depa tu tak dosa ka.... Iman bukan buleh diukur dengan degree berlori-lori bang oiii... dah terang depa buat keja sesat hang pi tumpang sekaki sebab nak jaga balasan dunia yg sedikit, nak jaga pangkat... hang dapat la dato, dapat la jadi menteri tapi hang tukang jilat depa laaaa buat hukum ikut sedap depa.. bodo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails