BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, August 11, 2010

ekk elll..senyum meleret...Keputusannya saya PUN DAH AGAK DAH...

SEJAK AKHIRAKHIR INI..MACAM DAH BOLEH TEKA SEMUA KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG MELIBATKAN SESETENGAH ORANG BESAR DARI BN DAN JUGA DARI PR..kenapa sampai jadi macam itu..jawapannya pun dah boleh dijawab semua orang...

Poligami: Mahkamah ketepi hukuman penjara Bung

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman penjara sebulan ke ahli parlimen Kinabantangan, Datuk Bung Moktar Radin atasnya itu dan menggantikannya dengan denda RM1,000.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.

Bagaimana

pun jika gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama enam bulan.

Bung Mokhtar, ketika ditemui di luar mahkamah kemudian, berkata ia adalah hadiah Ramadan baginya.

"Pengalaman itu telah mengajar saya. Saya akan terus berkhidmat kepada pengundi kawasan saya.

"Terima kasih kepada semua pihak terutama ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak media yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya dengan sebak.

Isteri kedua beliau, pelakon Zizie Izette A Samad yang hadir menemani Bung Moktar turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan kepada mereka.

Tepuk bahu suami

Pasangan itu kelihatan mengalirkan air mata kegembiraan. Zizie yang memakai tudung dan berbaju kurung moden berwarna merah jambu, dilihat mententeramkan Bung Moktar berulang kali sambil menepuk-nepuk dan memeluk bahu suaminya.

Zizie Izette juga berkata beliau bersyukur kerana kemelut itu sudah berakhir.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Beliau membayar denda itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails