BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, August 17, 2010

Melayu Benggong PP..mana hangpa..takkan tak nampak ini

mana mamat -mamat melayu yang benggong diPP..takkan tak nampak kes-kes macam ini..kenapa tak juang utk Melayu yang miskin dah hampir 50tahun..sebelum ini 50 tahun siapa yg perentah PP..bukan ke Melayu Gerakan dan Mca..melayu UMNO...tetap dgn bahlol mereka..kenapa boleh jadi macam ini..takkan tak jumpa mereka diPekan Jelutong tak jumpa...benggong benggong..MELAYU JAGA PERUT SENDIRI SAJA....wayang lebih dari cerita..


Rumah 'warisan' yang tidak diperlukan...
Georgetown, ibu negeri Pulau Pinang boleh berbangga dengan bangunan pencakar langitnya dan pada masa yang sama dengan statusnya sebagai tapak warisan Unesco yang meraikan ulang tahun keduanya dalam acara gilang-gemilang bulan lalu.
Namun di sebalik kejayaan itu, masih ada penduduk miskin di negeri itu, khususnya di pinggir bandar yang menghuni di tempat yang tidak layak digelar sebagai kediaman.

Antara mereka adalah pasangan Md Abu Bakar Abbas, 58 dan isterinya Majimin Mohamad Yusoff, 50 yang menghuni di Jelutong - mereka tinggal di sebuah pongok usang yang menunggu masa untuk menyembah bumi di kawasan paya yang memeritkan hidung.

Pondok pasangan warga emas itu kekurangan banyak kemudahan asas. Ia hanya mempunyai tempat memasak, katil dan beberapa perabot usang dan telah bertahan sejak hampir 40 tahun lalu di Kampung Jalan Kota Giam.

Dapur dan sebahagian daripada bilik air yang didirikan dengan kayu lapis yang kini reput dan hanya menunggu masa sebelum ranap. Namun pasangan itu belum bercadang untuk berpindah kerana mereka tidak mempunyai pilihan.

“Kami tidak mempunyai anak. Ahli keluarga yang membantu dari semasa ke semasa tetapi mereka juga mempunyai bebanan masing-masing,” kata Majimin yang sebelum ini bekerja sebagai pembersih.

Terdapat 34 rumah kayu dan 250 orang menghuni di Jalan Kota Giam yang kini menjadi paya setelah Lebuhraya Jelutong bernilai RM700 juta yang terletak berhampiran siap dalam 2006. Kampung itu terletak di kawasan tanah kerajaan negeri dan betaraf sementara.

Menurut beberapa penduduk, kampung ini asalnya didirikan di sebuah pantai yang cantik yang dinamakan Pantai Jelutong tetapi mereka pada 1998 diarahkan berpindah. Namun projek perumahan itu terbelangkai dan tidak diteruskan.

Kebanyakan keluarga yang menetap di sana berpendapatan kurang RM1,000 dan bergantung kepada lebih dari satu pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Majimin, terpaksa berhenti bekerja bagi menjaga suaminya yang lumpuh dari bahagian pinggang dan ke bawah sejak tahun 2007.

Ini kerana Abu Bakar, yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan dan juga nelayan pada waktu terluangnya diserang angin ahmar dan menghadapi kesulitan bertutur serta amat bergantung kepada isterinya untuk menjalani kehidupan hariannya.

“Saya terpaksa lakukan segala-galanya untuk dia, bagi dia makan, minum, mandi, dia tak boleh semua itu sendiri,” kata Majimim.

“Saya juga terpaksa papahnya ke bilik air, jika tidak dia akan jatuh, saya tak larat untuk dukungnya,” katanya sambil menambah dia amat bersyukur kerana jiran-jiran kerap-kali datang membantu.

Keadaan Majimin sendiri juga boleh dikatakan tidak terurus dengan keadaan kesihatannya dilaporkan tidak baik. Dia juga menghadapi masalah pendengaran dan menghadapi kesukaran mencari pekerjaan baru. Pasangan ini tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap kecuali RM300 yang Abu Bakar terima setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun baru-baru ini, jawatankuasa masjid melakukan kerja-kerja membaik-pulih rumah pasangan itu tetapi berkata mereka memerlukan RM15,000 lagi bagi melengkapkan kerja mereka.
Simpanan KWSP Abu Bakar yang hanya berjumlah RM2,800 telah digunakan untuk membuat kerja-kerja permulaan baik-pulih berkenaan.

Pengerusi, biro aduan dan kebajikan Jelutong, Khairil Annuar Kamaruddin sedang memungut derma bagi membantu pasangan itu.

“Banyak sektor telah menjalankan tanggung-jawab mereka termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN Sungai Pinang Koid Teng Guan,” kata Khairil Annuar, yang juga adalah ahli jawatankuasa PKR cawangan Jelutong.

“Kami berharap lebih ramai orang akan tampil bagi membantu pasangan ini mendapatkan rumah yang lebih baik sebelum hari raya,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails