BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, August 17, 2010

Langkah-langkah sumbangan dari Otak Umno..

adakah macam ini punya syarat dikenakan oleh MBI..apa tujuan dia buat macam itu..dia ingat kalau buat macam ini semangat Patrotisim semangat cintakan Negara boleh dicambahkan dihati-hati rakyat ke..benggong benggong sama benggong dengan Ketua Lanun..
Pemerentah yang ADIL lagi bijaksana.Pemerentahan ADIL dan SAKSAMA,tiada Rasuah ,kroni dan MACAM-MACAM KERENAH seperti sekarang...ini yang dapat naikkan semangat RAKYAT CINTAKAN NEGARA DAN PEMIMPIN..BUKAN MACAM SEKARANG.umum diDUN dapat diterpijak extraordinary..RUPANYA jUAL tanah MELAYU KAT CINA...cilako le kau orang..


MBI tetap syarat dapat lesen


IPOH - Majlis Bandar raya Ipoh (MBI), menetapkan syarat kepada semua peniaga supaya mengibarkan jalur gemilang serta bendera negeri Perak di premis masing-masing pada tarikh 19 April dan 31 Ogos setiap tahun bagi setiap lesen perniagaan yang dikeluarkannya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, langkah berkenaan sebagai inisiatif bagi memastikan bendera-bendera berkenaan dikibarkan sempena sambutan dua hari bersejarah pada tarikh-tarikh berkenaan iaitu 19 April pada Hari Keputeraan Sultan Perak dan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Menurutnya, syarat berkenaan bertujuan menggalakkan masyarakat supaya mengibarkan bendera pada kedua-dua hari bersejarah ini bagi melambangkan rasa kasih sayang kepada negara serta negeri.

“Sebenarnya perkara berkenaan tak perlu masuk dalam syarat pun, cuma sikap masyarakat yang seakan tidak endahkan perkara-perkara seperti ini kerana menganggapnya tidak penting.

“Mahu tidak mahu, saya terpaksa letakkan syarat ini kerana dalam suasana ekonomi yang baik pada ketika ini, saya rasa rakyat tidak memiliki masalah untuk menyediakan bendera berkenaan.

“Kadar harga yang murah seperti RM2, RM10 atau mungkin sekitar RM16 bagi bendera yang besar tidak membebankan. Janganlah hanya harap bendera percuma sahaja.

“Saya juga berharap agar mana-mana bendera yang telah uzur ditukar kepada yang baru bagi melambangkan bahawa Malaysia sentiada dalam keadaan ‘segar’,” katanya kepada pemberita.

Roshidi berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat MBI, di Perkarangan Dewan Mesyuarat Majlis MBI di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Majlis, MBI, Datuk Rahim Mat Ariff serta barisan Ahli-Ahli Majlis MBI.

Roshidi berkata, sempena bulan Ramadan ini, majlis sambutan Hari Kemerdekaan kali ini bakal dilangsungkan di Stadium Perak dan ianya adalah penglibatan menyeluruh pihak MBI.

“Kita juga berbangga kerana telah dilantik sebagai urusetia bagi Majlis Pelancaran Sambutan Hari Malaysia yang pertama di Ipoh, pada 16 September depan,” katanya.

Sementara itu, Roshidi berkata, tema Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu ‘1 Malaysia, Menjana Transformasi,’ dilihat begitu tepat bagi menjayakan hasrat Menteri Besar serta Perdana Menteri bagi menyatukan rakyat Malaysia.

Katanya, penyatuan berkenaan juga dilihat bakal menjadikan rakyat Malaysia lebih kuat serta seterusnya membantu menjana transformasi dalam pelbagai bidang seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan di peringkat negeri Perak kita ada gagasan Perak Aman Jaya.

“Semoga kita semua dapat menghayati slogan berkenaan bagi demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara di masa hadapan,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails