BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, April 9, 2010

Ini baru dikatakan PERUBAHAN..ADALAH MIRIPMIRIP..

JOMpara Ahli dan penyokong Pas...merebut rm3000..ini baru dikatakan perubahan ala-ala UMNO...selepas ini..pertandingan mereka cipta Buku Laporan Pulak...??kan gitu...lepas itu..pertandingan mereka cipta Banner tercantik,dan seterusnya entah apa-apa lagi.....!!!waaa fening maaa..dgn perubahan-perubahan sebegini....jgn biarkan PAS..menuju jalan kekubur..yang disempitkan...

RM3,000 untuk pencipta logo muktamar PAS
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 9 April: Para ahli termasuk penyokong PAS, berpeluang merebut wang tunai sebanyak RM3,000 sekiranya menjuarai pertandingan mencipta logo Muktamar Agung PAS Kali Ke-56.

Pengarah Muktamar tahun ini, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata, bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu, pihak urusetia akan mengiklankan dalam akbar Harakah keluaran terdekat ini.

“Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. Oleh itu, kepada meraka yang berminat boleh mencipta logo berkenaan bermula dari sekarang,” katanya.

“Kami akan mengiklankannya di dalam akhbar Harakah untuk maklumat lanjut. Kami juga menentapkan tarikh tutup pertandingan mencipta logo ini pada akhir bulan April 2010,” katanya lagi.

Muktamar PAS tahun ini dijangka 10 hingga 12 Jun 2010 bertempat di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.

Sementara itu, kerja-kerja persiapan bagi persedian Muktamar Agung PAS itu juga telah pun bermula pada hari ini.

Seramai 200 orang yang terdiri dari anggota Unit Amal Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bahru-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), melakukan kerja-kerja pembersihan Putik

(Gambar: Anggota Unit Amal sedang menjalankan kerja-kerja awal persiapan Muktamar di Putik)

Kerja-kerja kebersihatan itu merupakan program awal bagi muktamar pada tahun ini.

“Memandangkan Muktmar PAS akan diadakan di negeri Kelantan tahun ini, kerja-kerja awal bagi persiapan muktamar perlu dimulakan sekarang,” ujarnya.

“Menerusi program ini, kita telah member tumpuan kepada pokok-pokok di sekeliling Putik dengan mencantas dahan-dahan dan memeriksa struktur kemudahana bagi memastikan yang mana patut dibaiki ataupun di tukar kepada yang baru,” ujranya lagi.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails