Karpal Singh digantung 10 hari
|
KUALA LUMPUR, 7 April: "(Tan Sri Pandikar Amin Mulia) duduk atas kerusi (Speaker Dewan Rakyat) dan jadi diktator," Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bertegas di Dewan Rakyat. Akibat kenyataannya itu, beliau digantung dari menghadiri sidang dewan selama 10 hari. Bercakap dalam suatu sidang media di lobi Parimen, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kenyataannya itu adalah suatu hak sebagaimana menurut pada aturan mesyuarat 18.2, memandangkan Pandikar Amin acap kali mengetepikan usul-usul Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Menganggap hukuman yang dialami itu sebagai sesuatu yang tidak adil, beliau turut menyindir Pandikar Amin. "Barangkali Tuan Speaker perlu berehat," beliau menambah. Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berkata, sekiranya Pandikar bersikap adil dan menunaikan hak sebagaimana termaktub dalam Aturan Mesyuarat, kritikan ke atas beliau tidak akan berlaku. Beliau turut menyuarakan rasa simpati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Karpal. Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua mempersoal kredibiliti Pandikar Amin kerana menolak suatu usulnya pagi tadi di Dewan Rakyat. Ekoran itu, Dewan Rakyat menjadi kesoh. Kekecohan tersebut kemudiannya mendorong Karpal melabelkan Pandikar Amin sebagai diktator. Menyedari teguran itu, Pandikar Amin mencabar Karpal mengulangi kenyataannya itu. Karpal secara jelas mengatakan Pandikar Amin cuba menjadi seorang diktator di Dewan Rakyat. |
No comments:
Post a Comment