BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, July 12, 2010

20 minit 400 naskah.

kalau 20 minit 400 naskah..sejam 1200 naskah..kalau kira masa bekerja 8 jam..fuuuh 9600 pengsan dibuatnya kaum puak toyo and the gang..

'KEADILAN' Mendapat Sambutan Luar Biasa

KUALA LUMPUR 12 Julai - Akhbar terbitan Angkatan Muda KEADILAN yang dikeluarkan secara tidak berkala menemui ahli dan penyokong KEADILAN pagi tadi apabila lebih 400 naskah diedarkan secara percuma di Stesen Masjid Jamek pagi tadi.

Anggota AMK yang diketuai oleh Ketua Penerangan, Lee Kai Loon mula mengedarkan mula mengedarkan akhbar 'KEADILAN' kepada ahli dan penyokong bermula pukul 8.45 pagi tadi.

Sambutan yang ditunjukkan amat menggalakkan apabila semua naskah habis diedarkan dalam masa 20 minit.

Malah ramai oramng ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut bertanya bagaiman untuk mendapatkan naskah percuma.

'KEADILAN' diterbitkan setelah Kementerian Dalam Negeri tidak mahu memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang tamat 30 Jun lalu.

Kai Loon berkata AMK akan terus berjuang menyampaikan maklumat penting kepada ahli, penyokong dak rakyat melalui penerbitan akhbar parti.

"Ini adalah hak kami sebagai sebuah parti politik yang sah. Tidak ada sesiapa boleh menafikan pihak ini hatta KDN sendiri," tegas beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails