BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, July 1, 2010

Takut terbongkar dan Terburai ke..?

Peguam Negara..penasihat No 1 k`jaan UMNOBN...hah haha haha haha ..ini mesti kes takut terbongkar isi kandungan Laporan...apa nak ditakutkan kalau laporan audit dan perjanjian itu telus dan adil...dan dibuat demi kebaikkan rakyat.....takut jika Perjanjian itu hanya menguntungkan Pihak-pihak tertentu saja......botoi ke..?

Kementerian Dinasihat Rayu Keputusan Umum Laporan Audit Air

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dinasihat supaya membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Kerajaan Persekutuan mengumumkan laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatanganinya dengan kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Peguam Negara telah menasihatkan kementerian membuat rayuan supaya maklumat laporan audit dan perjanjian konsesi air tidak didedahkan secara umum, kata menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya bila rayuan itu akan dibuat.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah Kerajaan Persekutuan mengumumkan laporan itu yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor dan Syabas kepada orang ramai.

Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata pendedahan dokumen itu tidak bercanggah dengan kepentingan negara dan awam, sebaliknya ia akan memenuhi kepentingan awam kerana memaklumkan kepada mereka cara kerajaan berfungsi dan menggalakkan perbincangan tentang perkara berkaitan hal ehwal awam.

Hadhariah membuat keputusan itu bagi memenuhi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain agar semakan penghakiman dibuat berikutan tindakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik menolak permintaan mereka agar dokumen berkenaan didedahkan kepada orang ramai.

Pada 7 Nov 2006, mereka menghantar sepucuk surat kepada menteri itu memohon agar laporan audit dan butiran perjanjian konsesi berkenaan didedah kepada umum, tetapi ditolak kementerian berkenaan pada 4 Dis 2006 atas alasan dokumen terbabit telah diklasifikasi sebagai sulit dan rahsia.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails