Kes Aminul: Saksi ditekan, tak dapat cam. ooooo macam ini punya kes..apa perlunya kawad cam..takkan Polis takde rekod siapa pegawai yang bertugas,rekod keluar masuk pistol dan peluru,rekod forensik peluru dari pistol yang mana satu..ini macam kes rompak aje..kawad cam muka perompak..ayyyyooooii..patutle le PiiieM takut tngk kartun sebab memang dah sah Pentadbiran 1malaysia lebih kartun dari buku kartun zunar.... nampakgaya..nak dapat keadilaan......emmmmhampeh.. | |||
Azamuddin Omar, saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah, didakwa telah 'ditekan' oleh pihak berkuasa menyebabkan beliau tidak dapat mengecam anggota polis yang terbabit. "Peguam perlu ada di samping dia setiap masa untuk setiap urusan melibatkan polis untuk pastikan siasatan ini adil dan telus. "Tambahan pula dia masih di bawah umur," katanya dalam satu sidang media di pusat khidmat ahli parlimen Shah Alam petang ini. Dakwanya lagi, adiknya itu juga dimarahi pegawai polis ketika kawat cam tersebut kononnya "melambat-lambatkan tugas polis." Kat Beliau juga khuatir polis sengaja bertindak demikian untuk untuk mengelakkan kes tersebut daripada dibicarakan. "(Azamuddin) ditekan seolah-olah dia ini penjenayah sedangkan dia adalah saksi utama. Hak dia untuk diwakili peguam juga diketepikan (ketika kawad cam)," katanya lagi. Sementara itu, seorang wakil PIBG sekolahnya Monaliza Mokhtar berkata beliau mendengar pegawai polis menengking Azamuddin ketika kawad cam tersebut yang berlangsung di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam. Tambahnya, apabila beliau masuk ke bilik kawat cam tersebut, barulah pegawai polis tersebut melayan Azamuddin dengan baik. "Saya dengar pegawai polis tersebut menjerit-jerit dan memarahi Azamuddin," kata Monaliza dalam sidang media sama. "Kemudian saya minta untuk tenangkan Azamuddin. (Azamuddin) kata dia tertekan sebab dia tidak nampak (suspek pada malam kejadian), jadi dia tidak boleh cam," katanya lagi. Katanya, beliau hadir ke situ untuk menemani Azamuddin memandangkan peguam tidak dapat hadir bersama pelajar tersebut kerana dimaklumkan pada saat terakhir. |
No comments:
Post a Comment