BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, July 26, 2010

saman..JGN kasi chan..biar Lumat sampai jadi kertas TANDAS..

INI MASAALAHNYA KERJA MAKAN DUIT RAKYAT TAPI JADI PENGAMPU UMNO DAn kroni..
Tiada tempat duduk: LGE saman Utusan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, isu tiada tempat duduk satu majlis tidak pernah berbangkit dan itu hanya kenyataan palsu Utusan Melaysia.

Ekoran itu, beliau telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia (UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai.

Menurut Setiuasaha Agung DAP itu, UM dengan jahatnya menyatakan bahawa beliau marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

"Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas," katanya.

Sebaliknya, kata Lim Guan Eng, ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:-

1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan.

2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002.

3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung.

"Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai “Little Napoleon”," katanya.

Sehubungan itu, Lim Guan Rng kesal apabila Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti ’biadap’ dan ’dayus’ terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO.

"Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa.

"Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya," katanya.

Beliau juga kesal MCA dan Gerakan kini kuat membantu UMNO membela Little Napoleon dan mengecam beliau tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia yang tolak budaya Little Napoleon yang tidak sihat ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bercakap benar bila menyatakan MCA dan Gerakan hanya tumpang dekat UMNO semata-mata untuk memegang jawatan kerajaan tinggi, katanya.

"MCA dan Gerakan tidak berani meminta Datuk Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataannya tetapi berani mengecam saya dan membela Little Napoleon. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa yang betul berdasarkan fakta dan kebenaran," ujar beliau lagi.

2 comments:

Abang aji said...

Baru tak ada tempat dudul dalam sesautu majlis pun dah jadi isu,macam mana nak jadi PM kalau hati kecik macam tu.Kalau LGE nak jadi PM keanalah berhati waja,tidak sensetif dengan pekara2 remeh,barulah rakyat pandang dia ni low profile,macam Ahmadenijab dan Tn.Guru Nik Aziz mana ada kisah sangat ngan harta dunia ni!!!Ini baru kerusi tempat duduk majlis aja dah sibuk balaci2 dia tulis yang bukan2 kat laman pasforall yang mulia ni.Saya ni ahli PAS sejati macam tak rela kalau puak2 yang berak ni pakai tissue dimuatkan kat pasforall,diharap yang tolong tulis artikal ni bukalah orang yang seagama dengan saya.Kerana saya tahu beliau adalah musuh ISLAM.TAKBIR....

NoToBn said...

ABANG AJI BACA DGN TELITI KENYATAAN LGE...BARULE KOMEN...INI ASYIK SIBUK JAGA KAMBING..NAK DENGAR KOMEN ORANG TAK MAU..ASYIK DENGAR U.MELAYU DAN BERITA HARIAN DITAMBAH LAGI TV 3/4.
ADA HATI NGAKU..AHLI PAS...AHLI PAS APA..?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails