ha ha ha ha.ambil kau orang..mana tv 3/4.rtm.umeloya,b,haruan dan sewaktu dgnnya.
.jom bongkarkan siapa siPencuri Besar itu...ada berani ke woooi..takkan sebab ada pertalian ..buat taktahu kut..macam mana boleh Pasir dieksport ke Singapura..siapa Pelesennya..
.ha ha saja gatai nak jadikan Isu besar..nak heboh PR tak pandai memerentah sedangkan siKetua Pencuri duduk dalam selimut..kan gitu..?
MB S'gor: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir | |
Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.
"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi kegiatan ini.
Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan.
"Sebab dalam berita dia kata 'bila kita tahu siapa terlibat, kita akan tangkap.' Jadi sekarang kita telah beri maklumat ini kepada beliau.
"Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula," katanya dalam satu sidang media selepas persidangan DUN Selangor hari ini. |
|
No comments:
Post a Comment