BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, July 22, 2010

Ennadeyyy.macca..mau kasi Turun itu Samy ke..?

ini misti..itu samy ada kurang percaya MIC punya Ahli...nanti kalo..itu tahun urti urti murugiah ada boleh jadi Presiden...ke..?

MIC sahkan terima Murugiah dipecat PPP


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah, yang dipecat dari Parti Progresif Penduduk (PPP) pada 16 Mei tahun lalu, kini sudah menyertai MIC.

Ia disahkan oleh Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

MIC mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja pusatnya pagi ini.

Minggu lalu, Murugiah (gambar) berkata sedang menimbang kemungkinan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) — sama ada MIC atau Gerakan.

Keputusan itu bergantung kepada perbincangan yang akan diadakan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kata Murugiah.

Murugiah dipecat selepas beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri untuk mengadakan sidang akhbar yang mencemarkan imej dan nama baik parti serta mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap parti, majlis tertinggi dan pucuk pimpinannya.

Turut dipecat ialah Ketua PPP Selayang K. Tanggaraju, Exco Pemuda S. Kanesan, S. Saravanan, Jeyaratnam Manium dan bekas anggota MT R. Rajandran dan N. Shanmuganathan.

Pemecatan mereka diputuskan oleh majlis tertinggi PPP yang juga bertindak sebagai jawatankuasa disiplin parti itu.

Murugiah berkata walaupun secara dasar parti komponen BN mempunyai “persefahaman” bahawa sesebuah parti itu tidak boleh menarik atau menerima ahli dari parti komponen lain, namun dalam situasi kini, beliau tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails