BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, July 11, 2010

Kes runtuh melarat ke Perak....apa hal..?

Tiga pelajar terbunuh, seorang cedera parah ditimba bangunan runtuh
sh

BATU GAJAH - Tiga pelajar sekolah terbunuh, manakala seorang cedera parah apabila sebuah bangunan lama bekas menyimpan bijih timah di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Changkat Tin, Tanjung Tualang, runtuh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad berkata mereka yang terbunuh ialah Ahmad Nuzol Ahmad Nawawi, 13, Muhamad Hisham Alias, 12, dan Muhamad Safwan Abdullah 13.

Ahmad Nuzol dan Muhamad Safwan pelajar Sekolah Menengah C.M Yusof manakala Muhamad Hisham pelajar Sekolah Kebangsaan Changkat Tin, kedua-dua sekolah terletak di Tanjung Tualang.

Najib berkata, mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah, Mohd Shahir Zairi, 13, juga pelajar Sekolah Menengah C.M Yusof dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan.

“Kesemua mereka berasal dari PPRT Changkat Tin, Tanjung Tualang di sini.

“Mangsa ditemui pukul 10 malam tadi di bawah runtuhan bangunan oleh keluarga dan penduduk kawasan berkenaan, kejadian hanya disedari oleh keluarga masing-masing apabila anak mereka tidak pulang selepas pukul 7 malam dan mereka mengadakan operasi mencari dengan bantuan penduduk kampung,” katannya

Najib berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian selepas kesemua mangsa ditemui di bawah runtuhan bangunan pada pukul 10 malam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails