ha ha ha ha LAWAK BETOI LE SI MANDUR spr....kaji punya kaji...duit rakyat juga hangus...? hasilnya..seperti biasale..kita akan teruskan dgn sisitem undi Pos kerana mendatangkan banyak kebaikkan dan kemenagan kepada calon BN..haha haha ?hahak hahak SPR kaji hapus undi pos |
Beliau berkata, SPR sedang mempertimbangkan pilihan tersebut kerana undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan, sekali gus menyebabkan lebih banyak undi rosak.
"Itu yang kita perhati sekarang supaya siapa yang boleh duduk dalam satu bangunan, dalam masa yang singkat, kita akan panggil dia (untuk) undi awal," katanya.
Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, Abdul Aziz menjelaskan kerumitan dalam melaksanakan undi pos telah menyebabkan banyak undi rosak seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini.
Katanya, penolakan kira-kira 200 kertas undi dalam pilihan raya itu antaranya kerana kesalahan memasukkan borang dan kertas undi ke dalam sampul yang salah.
Dijangka pada p'raya umum ke-13
Berlaku juga kesalahan dalam mengisi Borang 2 untuk dikepilkan bersama kertas undi, tambahnya.
Sehubungan itu Abdul Aziz berkata sekiranya cadangan undi awal itu menjadi kenyataan, ia akan berjalan seperti undi biasa.
"Harapnya (boleh) selesai banyak aduan," katanya penuh harapan.
"Tetapi (kalau) orang nak kata (juga), orang katalah."
Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa undi pos mahu digantikan kerana melibatkan banyak penipuan.
Abdul Aziz berkata, perkara itu tidak boleh berlaku kerana pengeluaran kertas undi direkodkan dengan sistematik.
Orang suka Isa Samad
"Nak tipu macam mana? Kamu beritahu saya," soalnya kembali.
"Kalau (jumlah) pengundi 5,000, datang 6,000 (kertas undi), ya, itu tipu.
Ditanya sama ada beliau tidak mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pengundian pos selama ini ekoran trend undi biasa sering tidak selari dengan keputusan undi pos, Abdul Aziz berkata perkara itu adalah sentimen semata-mata.
Katanya, pernah berlaku dalam pilihan raya sebelum ini di mana undi pos menyebelahi calon parti pembangkang.
"Contohnya di (pilihan raya kecil) Bagan Pinang. Semua saluran suka kepada (calon BN Tan Sri) Isa Samad. Dia (pembangkang) kata SPR main (politik), tidak! Orang suka Isa Samad...
"Kenapa BN kalah di sibu? Bukan sebab SPR tolong DAP, tetapi sebab orang suka DAP. (Mereka) mahukan perubahan. Bukan sebab SPR tolong."
No comments:
Post a Comment