BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, July 25, 2010

MANA BOLEH MUFTI BOHONG..!

ITU MUFTI YANG TAK TERGAMAK NAK BOHONG..MUFTI YANG BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM..
TAPI YANG INI HARU$$ANI LEBIH KE UFTI..KERANA MASYUK DAN KEMARUK KUASA..BUKAN SETAKAT BOHONG,TIPU,TEMBERANG JADI BALACI UMNO NAK PUJUK AP DAN ADUN PERAK MASUK GENG DIA (UMNO)..

WA ADA BERSAMA ALLAHYARHAM YB ROSLAN..DAN DIBERITAKAN OLEH BELIAU BAGAIMANA UST AHMAD AWANG DIAJAK BERSAMA UMNO OLEH SIHARU$$$$$$@UFTI.

5DUIT TAK PERCAYA CAKAP SIUFTI INI..WALAU PUN BENAR HASSAN ALI PERNAH BINCANG ATAU TIDAK..TAPI CAKAP UFTI INI TAK BOLEH DIPAKAI LANGSUNG DAN JANGAN DIJADIKAN RUJUKAN...CISSSS.

Kenyataan Hassan dedah Harussani berbohong
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails