BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, July 31, 2010

Negara 1Malaysia....satu macam punya fening..

edar lapuran perubatan jubur pun kena tangkap..ha ha ha ha ha ha..jubur punya hal apa mau malu ha..

Dua Anggota AMK Didakwa Edar Laporan Perubatan Saiful

Oleh Norasikin Samsi

AMPANG 31 Julai - Dua anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan mengedar risalah laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Kedua-dua mereka yang berusia 21 tahun itu,Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli diwakili peguam, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Mereka ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis pada 12 Mac lalu.

Sebelum itu, dua anggota AMK Gombak itu ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Mereka dikehendaki hadir ke mahkamah selepas dimaklum oleh pihak polis, Selasa lepas.

Mereka ditemani rakan yang juga penasihat Hulu Klang Youth Club, Yazid Alias.

Turut hadir dalam perbicaraan pagi tadi, anak Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Urwah Saari, merupakan Setiausaha kelab yang sama, tidak ketinggalan Timbalan Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed.

Dalam laporan beliau, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails