BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, July 8, 2010

Mahkamah Tinggi...hanya dinama..?

lepas ini kalau buat rayuan di Mahkamah Persekutuan..hampei...terlepas nak rasa duit Pampasan..?

Mati dalam lokap:
Keluarga mangsa harap perbicaraan ditamatkan


Tamatkan perbicaraan 11 tahun yang sarat dengan penderitaan. Demikianlah harapan yang diluahkan oleh Suzana Md Aris, balu kepada mangsa kematian dalam tahanan polis. Suzana berharap peguam persekutuan tidak membawa kes ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi memutuskan pampasan RM1.4 juta kepada keluarga mangsa.

"Saya berterima kasih kepada penghakiman mahkamah, tetapi kini (mendapat tahu) kes ini mungkin dilanjutkan ke Mahkamah Rayuan. Kalau boleh, saya berharap kes ini boleh berhenti di sini, tidak dilanjutkan ke Mahkamah Rayuan. Kes ini telah mengambil masa yang panjang, terlalu banyak derita," katanya.

Suzana yang menahan sebak berkata, "Saya cuma seorang suri rumah tangga. Tak ada apa-apa pendapatan. Benar saya berharap, Mahkamah Rayuan tidak memanjangkan kes ini lagi. Saya juga berterima kasih kepada peguam saya, apa yang boleh dibantu, telah dibantu olehnya."

Peguam yang dimaksudkan adalah P.Uthayakumar, Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Malaysia (PAHAM). Pemimpin HINDRAF yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa apa yang dituntut oleh HINDRAF dan PAHAM adalah keadilan untuk mangsa, bukan seperti apa yang dilontarkan sebagai ektremis atau rasis.

Uthayakumar: Kes pertama yang dapat pampasan

Menurut Uthayakumar, mahkamah membuka lembaran baru dalam sejarah apabila membuat penghakiman agar kerajaan membayar pampasan untuk kes kematian dalam tahanan polis. Uthayakumar tidak menolak kemungkinan bahawa penghakiman ini dijadikan rujukan untuk kes lain yang sedang dan bakal dibicarakan seterusnya, lantas membawa harapan untuk keluarga mangsa kematian dalam tahanan.

Bagaimanapun, Uthayakumar menerima khabar daripada peguam persekutuan bahawa mereka akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk dikaji semula penghakiman tersebut. Sebelum ini, mahkamah membuat penghakiman pampasan sejumlah kira-kira RM130 ribu kepada keluarga mangsa. Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak berpuas hati dengan penghakiman ini, dan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

Uthayakumar berkata, keluarga mangsa kini berpuas hati dengan pampasan RM1.4 juta, ditambah dengan faedah 8% dari tarikh mangsa meninggal dunia. Namun demikian, seandainya peguam persekutuan tetap membuat rayuan, maka keluarga mangsa juga akan memfailkan rayuan untuk tuntutan pampasan yang lebih tinggi.

Uthayakumar berkata demikian dalam satu sidang media yang turut dihadiri ahli keluarga mangsa yang bernama Mohd Anuar Sharip, iaitu anak sulung Mohd Shaifullah dan anak bongsu Mohd Azrullah.

Latar belakang kes

Pada 10 Ogos 1999, polis menangkap Mohd Anuar Sharip tanpa waran penangkapan, atas tuduhan disyaki mengambil dadah. Seterusnya, polis mendapat kebenaran penahanan selama 14 hari, untuk menunggu hasil ujian kencing. Selepas beberapa hari, Mohd Anuar Sharip muntah darah, dan mengadu sakit perut. Beliau dibawa ke klinik untuk rawatan perut, tetapi akhirnya didapati meninggal dunia dalam lokap pada jam 1.30 pagi, 18 Ogos 1999. Beliau hanya berumur 31 tahun pada ketika itu.

Polis meninggalkan notis ringkas kepada keluarga Mohd Anuar Syarip pada keesokannya, untuk memaklumkan bahawa suami dan bapa mereka telah meninggal dunia, dan diminta tampil untuk mengenalpasti mayatnya. Mohd Shaifullah hanya berumur lapan tahun, sementara Mohd Azrullah berusia dua tahun ketika itu.

Mohd Anuar Syarip seorang penjaja daging ayam, juga seorang pesakit tuberculosis. Namun demikian, pemeriksaan mayat mendapati bahawa Mohd Anuar Syarip mungkin mati disebabkan bronchopneumonia. Suzana menemui kesan kecederaan di mayat suaminya, dan darah hidung pada mukanya. Suzana yakin suaminya dibelasah oleh polis, tetapi tiada anggota polis didakwa selepas siasatan polis.

Maka, Suzana menfailkan saman terhadap DSP Ishak Hussain, ACP Massari Hashim, bekas Ketua Polis Negara Norian Mai dan kerajaan Malaysia pada tahun 2000.

Pada 20 Oktober 2009, hakim Mahkamah Tinggi Kang Hwee Gee membuat penghakiman agar bekas Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan Malaysia membayar pampasan kepada keluarga mangsa kerana polis kurang cermat untuk memberi penjagaan yang sesuai kepada mangsa.

Bagaimanapun, saman terhadap dua orang polis ditolak kerana tiada bukti menunjukkan bahawa mereka bersalah. Kedua-dua pihak peguam persekutuan dan keluarga mangsa tidak berpuas hati terhadap penghakiman tersebut, lantas dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Pada 30 Jun 2010, Judicial Commissioner Lee Swee Seng mengumumkan bahawa bekas KPN dan kerajaan Malaysia perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Suzana, balu kepada mangsa memperolehi RM1 juta untuk Aggravated Damages dan Exemplary Damages, sementara kedua-dua orang anak mereka yang berumur 19 tahun dan 13 tahun mendapat RM200 ribu, masing-masing.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails