BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, July 19, 2010

Penjara Lebih Selamat dari Bebas..?

semenjak dua menjak ini..MACAM-MACAM PESYEN BERLAKU DALAM NEGARA MALAYSIA INI..hinggakan ada rakyat dah mula merasai terancam kalau hidup bebas,jadi kena buat pilihan tinggal dalam PENJARA...aduhhh aduhhh aduhh...apa nak jadi Malaysia ini...

Gagal dapat perlindungan, Tharmendran pilih penjara
Jul 19, 10 4:17pm
Bekas Sarjan TUDM, N Tharmendran membatalkan ikatjamin terhadap dirinya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.

Tharmendran memfailkan permohonan perintah perlindungan di sebuah balai polis berhampiran.

Kehadiran dua pegawai TUDM yang berada di perkarangan mahkamah mengusarkan peguam-peguam Tharmendran yang bimbang anak guamnya itu akan 'ditahan.'

Berikutan pembatalan ikatjamin itu, Tharmendran akan kembali ke Penjara Sungai Buloh - dua minggu selepas dibebaskan dengan ikatjamin RM50,000.

Tharmendran berdepan dengan tuduhan mencuri dan bersubahat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.
Peguam utamanya, N Surendran berkata Tharmendran membuat permohonan tersebut kerana dia bimbang akan dibawa oleh pegawai TUDM yang sedang menunggu di luar dewan mahkamah.

"Ini menunjukkan bahawa orang yang pernah diseksa sebelum ini, tidak mahu diseksa lagi," kata Surendran mengenai dakwaan pelanggannya diseksa oleh pegawai perisik tentera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails