BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, July 10, 2010

Lanun bersama Berita Baik..

deyyyy mugabe,,sebelum ini dua bulan lepas ..cakap macam ini juga,,yg penduduk KG Baru Kuala sepetang..sulah manyak takut..lu orang kasi Taruk Notis..30 hari ..sekarang sulah macam macam cakap..semua cakap manyak baik punya...siapa Politik PR atau pun BN..?lu sondiri baca lu sondiri jawab le..oooi MB mahkamah.

berita sebelum ini..baca lagi

Berita baik menanti setinggan tanah rizab kereta api:: :macam slogan Nombor Ekor aje...
(sinar harian)

LUMUT - Kerajaan Pusat akan mengumumkan jalan penyelesaian kepad:a masalah dihadapi kira-kira 643 keluarga setinggan yang menduduki tanah rizab kereta api di Kuala Sepetang, Taiping tidak lama lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, mereka (setinggan) akan menerima berita gembira daripada Kerajaan Pusat dalam masa terdekat ini.

"Perkhabaran yang dinanti-nantikan sejak puluhan tahun itu secara tidak rasmi dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada saya baru-baru ini," katanya kepada media selepas majlis penyerahan kunci bagi Fasa 1 dan 2 Pangsapuri Bukit Permata di sini, semalam, Dr Zambry berkata keluarga yang menduduki tanah seluas 94.5 hektar antara Taiping dan Kuala Sepetang itu diminta bersabar menunggu berita gembira berkenaan.

Januari lalu, Kerajaan Negeri Perak memohon supaya Perbadanan Aset Kereta Api (PAK) mempertimbangkan semula kadar RM38 juta bagi melepaskan hak milik tanah rizab kereta api itu kepada Kerajaan Negeri.

PAK selaku pentadbir tanah berkenaan diminta membuat pertimbangan untuk kemungkinan menyerahkan terus tanah yang tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi kereta api sejak 1941 itu kepada kerajaan negeri tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Pelepasan tanah yang pernah menjadi lokasi landasan kereta api pertama negara itu akan membolehkan Kerajaan Negeri membangunkan kawasan itu bagi mengatasi masalah perumahan serta memelihara tapak bersejarah berkenaan.

Pembinaan landasan bermula 1882 itu bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan Kuala Sepetang yang dulunya dikenali sebagai Port Weld.

Dalam perkembangan lain, Dr Zambry membidas pihak tertentu cuba mempolitikkan isu pembangunan kedua-dua kawasan berkenaan. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails