BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, July 1, 2010

bukan setakat Amaran saja...mesti ada ugutan punya..?

ini soal kecil saja..wahai Bilal dan Siak...janji kau orang boleh ampu tambah lagi kalau boleh nyanyi Lagu UMNO semasa nak khutbah...kira settle 100% siap elaun naik dan boleh dapat Pingat..ah ah ah ..bayar elaun pun buat Majlis..ooo..jgn main-main..

Amaran kepada bilal, siak


IPOH - Semua bilal dan siak di negeri boleh dihentikan perkhidmatan dan elaun ditarik balik jika tidak melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Penasihat Hal Ehwal Agama Menteri Besar, Kapten (B), Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz berkata, sebagai petugas penting dalam urusan masjid, bilal dan siak berperanan besar mengimarahkan surau dan masjid dan berkhidmat dengan keikhlasan dan rasa tanggungjawab.

“Jika ada aduan daripada pihak pengerusi serta ahli jawatankuasa masjid atau surau berhubung bilal atau siak yang tidak menjalankan tugas dengan baik, aduan dipersembahkan kepada Raja Muda dan akan dibawa dalam mesyuarat majlis bagi membincangkan tindakan berkenaan.

“Mereka akan dinasihati untuk memperbaiki prestasi kerja namun, jika mereka berterusan berdegil, mereka akan diberhentikan,” katanya kepada pemberita.

Najmuddin berkata demikian pada sidang media setelah menyempurnakan Majlis Penyampaian Elaun Bilal Dan Siak di Masjid Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Dianggarkan seramai 2,454 bilal serta siak dari seluruh negeri hadir pada majlis berkenaan.

Difahamkan semua bilal serta siak berkenaan bakal menerima RM200 sebulan, berdasarkan kepada nisbah dua bilal dan dua siak pada masjid atau surau.

Sementara itu, Najmuddin berkata, Kerajaan Negeri melewatkan sedikit pemberian elaun kepada para bilal dan siak ini berikutan mengalami beberapa masalah teknikal.

Katanya, pemberian elaun pada kali ini adalah bagi fasa pertama dan fasa kedua pula bakal menyusul selepas ini. :

“Elaun ini diberi secara berperingkat-peringkat kerana pihak kerajaan mahu bertemu dengan mereka (bilal dan siak) dan sekali gus memberi ruang kepada mereka untuk beramah mesra dan saling lebih mengenali.

“Selain itu, pihak masjid serta surau juga diharap dapat meneruskan pemberian elaun kepada mereka menerusi tabung masjid sebagai tanda penghargaan kepada golongan bilal dan siak ini,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails