BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, July 21, 2010

MACAM TAK PERCAYA..YAAA.SIKITTTTNYA...

ISI SIS IS..MACAM TAK PERCAYA...DAN MEMANG TAK PERCAYA..PADA ANGKA...KENA TANYA SOTONG PAUL..BETULKE ANGKA INI.....
190 penjawat awam terlibabt rasuah tahun lalu

Dewan Negara hari ini dimaklumkan seramai 190 orang penjawat awam telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah rasuah pada 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata jumlah itu adalah merangkumi 38 peratus daripada keseluruhan 500 tangkapan yang dibuat pada tahun berkenaan.

Malah, Liew berkata jumlah yang dicatat pada 2009, menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, iaitu seramai 282 daripada 605 atau 46.6 peratus, yang ditangkap adalah terdiri daripada penjawat awam.

"Oleh yang demikian, kenyataan yang dikeluarkan oleh Cuepacs adalah tidak tepat. Kenyataan ini tidak bertanggungjawab kerana pihak berkenaan tidak mengkaji dan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan.

"Saya harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah sebegini dan tidak mengelirukan orang awam di negara ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor di Dewan Negara hari ini.

Mohamad Ezam dalam soalannya meminta supaya menjelaskan sejauh mana dakwaan Cuepacs mengenai 41 peratus atau senarai 418,200 orang daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan jenayah rasuah.

Liew berkata perangkaan itu juga telah diperjelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara di mana sebenarnya ia melibatkan perbandingan jumlah tangkapan penjawat awam berbanding dengan jumlah keseluruhan tangkapan pelaku rasuah dan bukannya penglibatan 41 peratus daripada keseluruhan penjawat awam.

Sementara itu, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha membanteras jenayah rasuah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)seperti memperkenalkan Akta Perlindungan Data Peribadi bagi melindungi pemberi maklumat dalam sesuatu kes.

"Ini adalah komitmen kerajaan untuk pastikan rasuah dapat dikurangkan di kalangan masyarakat," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails