kesimpulan nya 54 menyokong,44 peratus anggap UMNO parti rasuah..jadi jumlah yg menyokong 98 peratus..apa toyo nak buat,+- kut mana pun kalau boleh dapat 55%..sampai bila toyo nak boleh duit..hehe hehe hehe hehe ..duit yg dok ada pun tak tahu nak simpan dimana..?
54 Peratus Golongan Muda Selangor Sokong Pakatan Rakyat, 44 Peratus Yakin Umno Parti Rasuah
Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 11 Julai - Pada umumnya pengundi muda yang ditemui dalam satu kajiselidik di Selangor berpuashati dengan penyediaan keperluan asas oleh kerajaan negeri seperti pemberian air percuma tetapi masih tidak berpuashati dengan tahap perkhidmatan yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.
Selain itu, kira-kira 42 peratus pengundi muda yang berusia antara 21 hingga 30 tahun yang sepatutnya layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.
Manakala rata-rata responden yang ditemui turut melahirkan rasa tidak berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh wakil rakyat mereka samada dari Pakatan Rakyat mahupun Umno-Barisan Nasional.
Itu antara rumusan yang diberikan oleh Dekan Fakulti Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman iaitu ketua penyelidik satu kajian yang bertajuk 'Pola Pengundian Pengundi Muda Dalam Pilihanraya Kecil selepas Pilihanraya Umum ke 12, 2008'.
Selain Dr Mohammad Redzuan, dua lagi pembentang kajian berkenaan ialah Amer Saifude Ghazali dari Jabatan Geografi UM dan Dr Zulkarnain Abdul Rahman, pensyarah Jabatan Sejarah universiti berkenaan.
Menurut Dr Mohammad Redzuan, kajian itu dijalankan terhadap 1,410 responden dipilih secara rawak dari seluruh negeri Selangor dengan menyasarkan pekerja swasta, kakitangan kerajaan, pelajar, bekerja sendiri dan suri rumah.
Dalam pembentangan beliau, Dr Mohammad Redzuan menjelaskan pelbagai persepsi di kalangan golongan muda Melayu di Selangor terhadap pencapaian kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Antara yang dinyatakan sebanyak 54 peratus golongan muda menganggap Pakatan Rakyat masih mempertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan agama Islam manakala 44 peratus lagi percaya Umno sebuah parti yang mengamalkan rasuah.
Secara kesimpulannya beliau menyatakan golongan muda melayu di Selangor merupakan golongan yang bersimpati dan menyokong dasar Pakatan Rakyat tetapi pembangkang memerlukan pendekatan yang lebih berkesan untuk menarik sokongan mereka.
"Dari segi perspektif kesejahteraan rakyat, umumnya majoriti responden berpuashati dengan penyediaan keperluan asas. Tak timbul umpamanya isu jalan dan sebagainya kerana di sini telah selesai termasuk soal pemberian air yang dianggap menimbulkan.
"Dalam aspek pembangunan sosial ramai responden tidak berpuashati dengan perkhidmatan oleh PBT seperti pengutipan sampah, pembersihan longkang dan perparitan. Ketiga dari aspek politik, kebanyakan responden masih tidak berpuashati dengan prestasi wakil rakyat masing-masing dan umumnya mereka masih belum mengenali wakil rakyat mereka," kata Dr Mohammad Redzuan.
Katanya lagi, kebanyakan pengundi muda tidak mendapat maklumat berkenaan kerajaan Negeri Selangor dan banyak bergantung kepada maklumat yang disiarkan menerusi media arus perdana.
"Bilangan responden 42 peratus tidak mengundi dan sebahagian besar responden berada dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 40 tahun yang sepatutnya layak mengundi tetapi masih belum mengundi. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian," ujar beliau lagi.
No comments:
Post a Comment