BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, July 23, 2010

Bukan Gaji naik saja..Duit Stem Pun naik Juga..

Bukan bayar gaji Pakai Duit PieeeeM..mamat ingat duit stem dah naik...semua gaji hangpa dibayar dengan duit RAKYAT..yang bagi kek itu tanda perli atau suka rakyat tanggung beban..rakyat itu termasuk kaum keluarga hangpa juga...ingatttt..

perabih lagi duit rakyat bagi kek kat PieeeeM...kalau duit itu gunapakai untuk bantu fakir miskin pun faedah dunia akhirat cukup banyak...

Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan posmen pada perhimpunan 100 warga posmen sebagai tanda terima kasih atas penstrukturan semula skim gaji baru di Putrajaya, hari ini. - Bernama

100posmen sampaikan kek, cenderahati kepada PM tanda penghargaan

July 23, 2010
PUTRAJAYA, 23 Julai — Seratus posmen hari ini menzahirkan rasa syukur dengan langkah penstrukturan semula gaji mereka dan kerani pos yang berkuatkuasa bulan ini, dengan menyampaikan sebuah kek serta cenderahati berupa potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lengkap dengan logo 1Malaysia sempena ulang tahunnya yang ke-57, kepada beliau di sini hari ini.

Mereka yang mewakili warga Pos Malaysia dari seluruh negara itu menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri terhadap pelaksanaan skim gaji yang memang dinantikan mereka sejak 18 tahun lalu.

Mereka sama-sama menyanyikan lagu Selamat Harijadi kepada Perdana Menteri sebaik sahaja Najib yang tiba pada kira-kira pukul 8.30 pagi di kawasan lobi tempat letak kereta pejabat Perdana Menteri, disambut oleh Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Aseh Che Mat.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Datuk Syed Faisal Albar.

Ahmad Radzuan Mohd Safri, 26, posmen yang bertugas di pejabat pos serahan Bandar Baru

Bangi, Selangor ketika ditemui pemberita berkata beliau gembira kerana dapat menyampaikan sendiri ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri.

Katanya pengstrukturan semula gaji itu membolehkan mereka menikmati skala gaji yang sama dengan kakitangan kerajaan yang lain, sekali gus akan mencetuskan semangat mereka untuk berusaha lebih keras bagi meningkatkan produktiviti.

April lepas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan penyusunan semula tangga gaji dan elaun posmen serta kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain, berkuat kuasa Julai.

Rais berkata langkah itu berikutan gaji pokok posmen dan kerani pos pada masa ini boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan, dan langkah itu membolehkan lebih 9,000 posmen mendapat kenaikan gaji 11 peratus. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails