tetap 4 ogos,kemudian tangguh,kemudian tetap satu tarikh yang lain ,kemudian tangguh lagi..kesudahannya zizie terberanak..haha hahha haha haha hahh ahah bung junior...kes masih camtu..tangguh,tangguh...? Rayuan kes poligami Bung Moktar - 4 Ogos ini | ||
|
Bung Moktar yang hadir di mahkamah dengan ditemani isteri keduanya pelakon Zizie Izette A Samad, diwakili oleh peguam Amli Embong sementara pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie Zusyarafain Md Yusof.
Amli ketika ditemui pemberita berkata mahkamah turut memerintahkan pihaknya memfailkan hujahan bertulis pada 12 Julai ini, dan pihak pendakwaan mengemukakan
hujahan balas seminggu selepas itu (19 Julai).
"Kedua-dua pihak akan berhujah di hadapan hakim secara lisan pada 4 Ogos ini, bagaimanapun hakim yang akan mendengar kes ini belum diketahui," katanya.
Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk pihak perayu (Bung Moktar) menyediakan hujahan bertulis dan kronologi kes.
Pad
Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bung Moktar memfailkan rayuan itu di sini pada 25 Mei lalu dan memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda.
Pada 19 Mei juga Bung Moktar turut didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana kesalahan bersubahat dengan Zizie Izette kerana berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.
Beliau membayar denda itu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment