buang masa dan duit kalau tangkap bawah ISA...nanti dia akan jadi lebih popular dari rais anak yatim.....kurung aje bawah TEMPURUNG..selama 90 hari diakan mamai dan lupa cerita-cerita hindustan yang dok hafal..ahah ahah katak mana ada orang tangkap ISA...cekup dgn TEMPURUNG buruk aje.....biulllllllllllll...terus banggang..ahhh ahhh ahhh aaaa wayang lebih le org tua ni..
Ibrahim Ali: Saya sedia ditahan ISA kali ke-3 kerana Perkasa
KUALA LUMPUR, 2 Julai — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — ekoran kenyataan beberapa pihak mendakwanya menerbitkan artikel berunsur hasutan dalam edisi sulung Suara Perkasa semalam.
“Saya bersedia untuk ditahan di bawah ISA bila-bila masa jika polis merasakan Perkasa ataupun saya menjadi mudarat kepada keselamatan negara,” kata beliau mengulas desakan agar disiasat oleh pihak berkuasa ekoran artikel dalam Suara Perkasa.
Edisi pertama akhbar itu muncul di pasaran semalam.
Ibrahim (gambar) kali pertama ditahan di bawah ISA selama dua tahun bermula 1974 dan kemudian selama 60 hari pada 1987.
“Saya pernah ditahan di bawah ISA dua kali meskipun saya menyokong kuat agar akta ini dikekalkan.
“(Ditahan) kali ketiga bermakna saya menerima (ijazah) PhD dari Amerika,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
No comments:
Post a Comment