BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, May 31, 2011

Polis atau Mahkamah..lebih berkuasa..?

rakyat pun teringin nak tahu...pelajar yang gagal menamatkan penggajian diuniversiti (swasta) dan gagal boleh dapat biasiswa ke..kalau jumpa Najib..?

Fitnah II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar

Naik Mahkamah..boleh le setakat sementara..!

TAPI INGAT RISIKO BESAR MENANTI PKR..sebab keadilan sekarang sudah menjadi barang dagang buat masa ini..sebarang keputusan yang dinilai secara tak adil..implikasi buruk buat PKR..dengan keadaan PRU13 yang semakin hampir...

Notis batal daftar, PKR ke mahkamah cabar RoS

May 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mei — PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan ini memberi kata dua parti itu akan dibatalkan pendaftaran berhubung satu kes disiplin ahlinya dipecat dua tahun lalu.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu juga akan memohon semakan kehakiman ke atas keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah dan dilakukan dengan niat buruk.

MENYUSUL LAGI

cari siapa Ulat disebalik kejadian INI..

KES KES MACAM INI MESTI ADA ULAT DISEBALIK SEMUA KEJADIAN INI....SIAPA ORANGNYA..CARI MEREKA DULU..kalau setakat hanya syarikat saja saja nak buat macam ini mungkin tak berani tanpa Ulat jahat disebalik mereka...siapa mereka...cari..?

'Majikan terbaik' cabuli peraturan kerja?

Bosan akibat dihantui dengan kebimbangan dihantar pulang serta sering kali diperas ugut kerana tidak mempunyai permit di Malaysia, pekerja migran Indonesia yang bekerja di syarikat gergasi elektronik Western Digital kini tampil menceritakan masalah mereka.

Kumpulan yang mendakwa mewakili pekerja yang tertindas itu pada Sabtu lalu menggantung kain rentang menunjukkan rakan-rakan mereka dalam keadaan digari dan menuntut pembelaan.

NONEBagaimanapun beberapa jam kemudian Western Digital menanggalkan kain rentang itu dan apabila ditanya mengapa mereka berbuat demikian sekumpulan lelaki yang memakai jaket syarikat berkenaan enggan mengulas.

Western Digital yang pernah memenangi anugerah 'Majikan Terbaik di Asia 2009' didakwa tidak menyediakan permit bagi sekurang-kurangnya 1,000 pekerjanya yang telah berkhidmat selama dua tahun di Malaysia.

Pada Mac lalu, penerbitan Indonesia Tempo Interaktif melaporkan pegawai syarikat berkenaan telah berjumpa dengan dengan perwakilan kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur bagi menjelaskan situasi membabitkan kira-kira 6,000 pekerja mereka.

Ia memetik pegawai kedutaan berkata syarikat itu sedang menyelesaikan masalah tersebut peringkat demi peringkat dan hanya menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan pejbat kedutaan.

Bagaiamanpun bagi seorang pekerja Ully Suryana (bukan nama sebenar, nama ditukar bagi melindungi identiti pekerja) semua itu tidak benar. Katanya pekerja diambil melalui sebuah agensi di Indonesia yang mempunyai perjanjian terus dengan Western Digital berhubung permit kerja.

“Mengikut perjanjian, Western Digital berkata syarikat akan menyimpan passport pekerja tetapi akan memberi mereka permit kerja agar mereka boleh bergerak bebas,” katanya.

Suryanti, yang berusia awal 20an mendakwa tidak lama dulu Jabatan Imigresen menyerbu salah sebuah asramaa dan menahan semua pekerja kerana tidak mempunyai permit kerja.

Kejadian terbaru, berlaku minggu lalu apabila lima pekerja yang berpakaian tidur ditahan atas alasan yang sama. Mereka dikurung selama tiga malam di lokap sebelum dibebaskan tanpa sebarang sebab.

Monday, May 30, 2011

boleh ke..berani ke..akan hadirke..?macam macam persoalan dalam kepala aku..

Najib Mungkin Dipanggil Beri Keterangan Skandal Scorpene



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin diminta memberi keterangan dalam siasatan pemberian komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan setelah siasatan Perancis menunjukkan terdapat dua lagi pembayaran terhadap pihak yang diragui statusnya.

Cynthia juga menyatakan perbicaraan ini boleh memberi lebih fakta berkaitan kematian penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikatakan terlibat dalam proses pembelian Scorpene pada 2006.

“Kes yang kami failkan ini spesifik kepada pemberian komisyen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang kita tahu dipegang oleh isteri Abdul Razak Baginda.

"Malah menurut peguam kami, dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisyen yang berkaitan dengan kes ini, sejumlah 30 juta Euro kepada Thales, sebuah syarikat perkapalan dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini, hari ini.

Badan Hak Asasi Manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada 2009 telah memfailkan aduan agar siasatan mengenai pembelian Scorpene dimulakan di Perancis.

Thales merupakan syarikat perkapalan yang memiliki Amaris, syarikat yang terlibat dalam pembelian tersebut bersama Perimekar dan Kementerian Pertahanan.

Menurut penjelasan kerajaan, kos pembelian termasuk pakej Bantuan Integrasi Lojistik dan latihan bernilai 969.15 juta Euro. Najib merupakan Menteri Pertahanan ketika itu.

Menurut Pengarah Suaram Dr Kua Kia Soong pula, pihak Perancis kini sedang rancak dan bersungguh-sungguh mengadakan siasatan bagi membanteras korupsi berkatian pembelian kapal selam yang melibatkan Perancis dan negara seperti Pakistan, Taiwan dan lain-lain.

Menurut Dr Kua lagi, kes Altantuya juga boleh disiasat kerana sebelum ini kes seumpamanya telah dibongkar oleh pihak sistem kehakiman Perancis.

"Malah, kematian Altantuya sebenarnya dianggap kecil jika dibandingkan dengan dua lagi insiden yang melibatkan penjualan senjata Perancis. Di Karachi 11 jurutera Perancis dibunuh kerana komisyen.

"Dalam penjualan kapal kepada Taiwan, sekurang-kurangnya dua terbunuh. Seorang bapa dan anaknya. Si bapa sedang menyiasat kes tersebut sebelum dibunuh," kata Dr. Kua.

Peguam Perancis, William Bourdon akan melawat Malaysia pada Julai untuk memberi taklimat berkaitan hal ini kepada awam.

Justeru, Suaram akan menganjurkan dua program jamuan makan malam sempena kedatangan beliau bagi mengumpul dana guaman Suaram pada 21 dan 23 Julai di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

DAH TERDESAK SANGAT LE UMNO...

'5 Kali Cuba Pujuk Nik Aziz, Tawar 3 Menteri'



KUALA LUMPUR 30 MEI : Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Tali barut.UMNO................


Puan Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi
AMK, BCK.YDP PERBANDARAAN..

siasat dulu..kalau betul didapati diTali barut UMNO ..pindahkan siMalaun itu menjadi Ketua Pengarah TongTaiik satu sg Petani..kerja jaga Taik Rakyat Sg Petani..khik khik khik..

17 ahli majlis Sg Petani mogok
Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

gmma committee pc 250608 simon ooi tze minSemalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.

Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi (kanan), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan.

"Walaupun insiden perobohan itu menyebabkan kami keluar dewan, kami turut sedar Rozaina gagal bekerjasama membawa banyak pembangunan ke Sungai Petani sejak sekian lama," kata Simon.

sungai petani city council logo"Apabila kami mencadangkan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan stesen bas dan pasar untuk orang ramai, tetap tiada tindakan susulan, maklum balas atau taklimat daripadanya sama sekali."

Simon yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen Singai Petani Datuk Johari Abdul berkata, kumpulan itu telah berunding dengan Azizan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli majlis daripada PKR memaklumkan pada ketua negeri berhubung tindakan mereka itu.

Sunday, May 29, 2011

KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Bhg 5

sebelum ini:KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Bhg 4.

Kejayaan Pulau Pinang.

1.Memberi Potongan RM100 setahun untuk bil air rakyat miskin.

2.Wakil Rakyat tidak dibenarkan memohon tanah,kerana Rakyat yang tidak bertanah diberi keutamaan.

3.Memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dan menambahkan peruntukkan Jabatan Agama Islam kepada RM 24.76 juta(2011).sebelum ini RM 12.5 juta (2008)

4.Memberi saguhati kepada hafiz Al-Quran dengan peruntukkan RM 1.5 Juta setahun (KMnya seorang berbangsa cina dan bukan Islam)

5.Menggalakan majlis Ilmu dimasjid dan surau surau.

6.melaksanakan tender terbuka hingga Projek JPS 100 peratus kepada bumiputra dan 98% nilai projek JKR juga kepada Bumiputra.(sedangkan ada pihak pihak canang sana sini bumiputra diabaikan).

7.Memberi saguhati RM100 kepada Guru Guru kafa sempena Maulidal Rasul 2011.

8.Semua exco digalak naik kapal terbang kelas ekonomi dan semua exco digalakkan menginap dihotel kelas biasa bila berurusan luar negeri .

SELEPAS INI BUKU JINGGA.bersambung

Naik seram..mengenang..kezaliman kezaliman

naik seram sejuk mengenang kezaliman dan macam macam Jenayah yang terbaru dan canggih di1Malaysia...kenapa..?Pihak keselamatan terlalu sibukke..bukannya semakin terkawal atau berkurangan tapi semakin hari semakin bertambah tambah..segala macam kejadian..

Mayat rentung tinggal abu


ANGGOTA polis memeriksa mayat dan kereta Proton Waja yang rentung di Gombak semalam.


GOMBAK - Keprihatinan seorang pemandu lori yang melihat sebuah kereta jenis Proton Waja yang terbakar, membongkar satu kes pembunuhan kejam membabitkan seorang individu yang mayatnya ditemui rentung dalam kejadian di Kilometer 20, Jalan Kuala Lumpur-Rawang di sini semalam.

R. Sivaraman, 40, memberitahu, dia menemui kereta itu pada pukul 12.45 tengah hari ketika melalui jalan tersebut untuk ke tempat kerjanya di sebuah kilang perabot tidak jauh dari lokasi kejadian.

Katanya, dia musykil kerana apabila ditinjau dari atas lori, dia mendapati ada satu objek seperti tulang manusia di tempat letak kaki penumpang belakang kereta yang telah hangus tersebut.

"Saya terus menghubungi rakan yang bekerja di Balai Polis Gombak dan menceritakan apa yang telah saya saksikan sebelum meneruskan perjalanan ke kilang.

"Bagaimanapun, sebaik saja melalui semula kawasan itu enam jam kemudian, saya dapati kereta tersebut masih berada di situ dan seolah-olah tiada tanda yang polis telah datang membuat pemeriksaan," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Tambahnya, dia kemudian menghu- bungi semula rakannya untuk memaklumkan penemuan mayat yang telah rentung itu.

KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Bhg 4.

sebelum ini bhg 3.klik disini

8. Menyediakan Tuisyen percuma setiap kawasan DUN.

9. Bantuan zakat kpd mereka yang layak tanpa mengira ideologi Politik

10. melancarkan sistem Mikro kredit miskin bandar (MiMBAR) kpd penduduk kawasan bandar diselangor yg mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM1500 sebulan ,mereka layak mendapat pinjaman maksimum RM5000.

11.Menyelasaikan masaalha rumah dan tanah yang terbengkalai angkara UMNOBN diBestari Saujana Puchong.

12. 300 Pemilik rumah terbengkalai diserahkan kunci di Ukay Bistari dan Saujana Puchong.

13.Menawarkan 1422 penduduk diBukit Botak rumah baru dengan harga rm99ribu berbanding harga pasaran RM170 ribu.

14. 100 ribu keluarga yang dianggap setinggan dan menumpang tanah kerjaan diberikan GERAN setelah sekian lama mereka hadapi masaalah.

15 melanjutkan pajakan tanah selama 99 tahun untuk 183 keluarga disekinchan dengan bayaran RM1 (satu ringgit untuk setiap kaki persegi.)

bersambung.Kejayaan Pulau Pinang kepada rakyat..

Himpunan Bersih di Bukit Gantang..?

Rehasel..sebelum turun padang pada 9hb Julai ini..tapi yang ini tanpa ditemani water canon dan Fru....Pemuda dan Petua Pas kawasan Bukit Gantang turun bersama Ust Idris Hj Ahmad mengedarakan risalah Barang Naik.
Masih ada lagi malau malaun yang tidak mau terima risaalah..dan ada satu dua malaun pegang aje risalah..dibuangnya ..hi hi hi hi..manusia Jenis tak sedar diri dipergunakan UMNOBN..utk memenuhkan poket mereka dan kroni..tapi rata rata masyarakat dah sedar dan hargai usaha kami..tak cukup satu minta lagi untuk dihulurkan kepada teman kenalan mereka...

Sementara itu diSekolah berdekatan Sekolah Menengah Tengku Menteri menjadi Port malaun UMNO untuk mengadakan mesyuarat UMNO Bukit gantang difahamkan perasminya Ahmad Mazlan dan juga diistiyarkan ada seramai 160 orang ahli Pas menyertai UMNO khik khik khik...
mungkin ahli pas pis pus kut...yang kami orang Bukit Gantang tahu 16 orang yang berekor masa Pilihan Raya 2008 itu le yang dah berapa kali masuk UMNO entahle..akhirnya siAhmad Mazlan diperbodohkan oleh UMNO Bukit Gantang diberi maklumat Palsu atau memang si Ahmad Mazlan menanti nanti maklumat cibai macam itu entah le..?
SEKALI LAGI SEKOLAH DIROGOL OLEH MALAUN MALAUN UMNOBN untuk mengadakan medan Politik mereka..






Dari cikgu beralih angin ke Pelakon..jangan tersesat jauh jauh..

'Tak sabar cuba bidang baru'

Laporan dan foto MOHD IDRIS SULAIMAN
pix_middle

PARIT: “Saya akhirnya ‘dilamar’ tetapi bukan daripada jejaka untuk dipinang, sebaliknya tawaran berlakon dalam sebuah telefilem,” kata ratu miming, Roshida Abd Aziz, 30, (gambar) atau dikenali sebagai Cikgu Shida yang kini popular di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web Youtube.

Cikgu Shida yang masih bujang dilamar sebuah syarikat perfileman baru-baru ini untuk berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk ‘Cikgu Shida Cari Jodoh’ yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri depan.

Telefilem 90 minit itu akan memulakan penggambaran Jumaat ini, dan paling menarik, Cikgu Shida akan tampil sebagai pelakon utama.

Cikgu Shida yang ditemui di kediamannya di sini semalam berkata, dia menerima tawaran itu dan menganggap ia rezeki buatnya, malah tidak sabar-sabar mahu mencuba bidang baru itu.


“Tajuknya menarik... Cikgu Shida Cari Jodoh, malah saya difahamkan telefilem itu berkisar mengenai seorang cikgu wanita yang gila-gila selain turut menyelitkan kisah suka duka dan kehidupan seorang cikgu.

Ini mungkin rezeki baru saya dan ‘lamaran’ ini cukup untuk mengubat segala duka saya sepanjang terbabit dalam hobi berkenaan. Saya mengakui tidak sabar-sabar mahu mencuba lapangan (telefilem) baru yang lebih mencabar itu,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka perangai gila-gilanya yang dipaparkan dalam klip miming itu menarik minat sebuah syarikat perfile man, seterusnya mengabadikannya di layar perak.

Cikgu Shida berkata, cubaannya menampilkan pelbagai ekspresi muka dan gaya serta solekan dan serta berlatarbelakangkan barangan terpakai yang dibuat untuk suka-suka akhirnya diterima masyarakat.

Mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang seni itu, guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri itu berkata, dia pernah dicerca, dihina dan tidak kurang dianggap menghidap sakit mental.

“Saya mengambil semua tohmahan itu sebagai sesuatu yang positif dan ia tidak melemahkan hasrat saya untuk mencari hiburan tersendiri, di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Facebook,” katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan hobinya kerana mereka sudah ‘masak’ dan faham perangai ‘gila-gila’nya.

“Begitu juga rakan sejawatan, malah mereka memahami jiwa dan watak saya yang suka mencari kelainan,” katanya.

Cikgu Shida satu-satunya anak perempuan pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, dan faktor itu mungkin menjadi kekuatan utama untuk dia menyerap semua tekanan dihadapi.

Terkini, klip mimingnya bertajuk ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali yang dimuat turun melalui laman Facebook menghampiri dua juta pelawat sejak lima bulan lalu.

Malah, miming itu juga menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan, selain mendapat pujian rakannya di luar negara termasuk Britain, Amerika Syarikat dan Australia.

Saturday, May 28, 2011

Melayu yang sakit OTAK...ramai dalm geng UMNO..

KALAU MACAM ITU SENANG AJE..KELUAR DARI BN.BERDIRI ATAS PARTI PERKAUMAN MELAYU SAHAJA..LEPAS ITU JOM KITA BERENTAP DIPILIHANRAYA...kita lihat siapa melayu sebenarnya...

Gaps: Hanya Melayu ada hak untuk biasiswa
Hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan, kata kumpulan pendesak yang berkaitan dengan Umno - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

NONE“Adakah sebenarnya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat biasiswa? Perlembagaan Persekutuan hanya mengariskan orang Melayu dan Bumiputera (sahaja) mempunyai hak untuk menerima biasiswa,” kata presiden Gaps Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan.

“Perlembagaan ini di buat oleh Suruhanjaya Reid, bukan oleh pemimpin Melayu,” katanya dalam usaha cuba memindahkan kesalahan itu kepada lima anggota panel Komanwel yang menggubal perlembagaan negara pada tahun 1965.

Hamidzun mengulas kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berkata, “MCA meminta perdana menteri supaya memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara meskipun Putrajaya mendakwa tidak membuat sebarang janji seumpama itu.”

Sambil menuduh “sesetengah ahli politik parti pemerintah dan pembangkang yang sangat bersifat perkauman dan chauvanistic”, Hamidzun membidas Chua, khususnya dan mencabar ketua parti komponen BN yang kedua terbesar itu meminda perlembagaan jika tidak bersetuju.

gaps protest 20101205 banner 05“Kalau (Chua) Soi Lek tak setuju, dia kena pinda perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid ini. Soi Lek wajar bersikap lebih objektif dalam kepimpinannya.

“Soi Lek juga kena belajar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia, bukan menjadi jaguh untuk bangsanya sahaja,” kata pemimpin Gaps itu.Cukup la...

Hamidzun juga membidas parti-parti komponen BN yang katanya setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta Umno akan menjadi juara kaum masing-masing.

“Gaps melihat isu ini harus diselesaikan secara tuntas agar ianya tidak menjadi polemik tahunan yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya sambil menambah pemimpin BN perlu bertanggungjawab mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya di negara ini.

NONE“Cukup lah Do Xiang Zhong (sic), PERKASA dan Hindraf menjadi jurucakap bangsa masing-masing. Mereka cemerlang dalam bidang itu,” katanya.

Bagaimanapun bercanggah dengan dakwaannya hanyak orang Melayu dan Bumiputera yang layak diberi biasaiswa, pada akhir kenyataannya Hamidzun menulis “Pemimpin parti politik harus berjiwa besar membina negara bangsa. Mereka harus berani mempertahankan kepentingan semua kaum berdasarkan asas undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan.”

Siapa yang buat ulasan soal RASUAH..?

yaaa dah tentu..tapi kepalanya ..terus kepala besar...bukan setakat dalam Bola..tapi semua urusan negara...itu sebenarnya KEPALA RASUAH yang perlu dihapuskan...SELAMAT 1 MALAYSIA...?sooo siapa orang itu..?

Ada ekor, tentu ada kepalanya'

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memandang serius laporan mengenai dakwaan kes rasuah membabitkan pegawai dan pemain skuad bola sepak kempen Piala Presiden Negeri Sembilan dengan menuntut siasatan dilakukan sehingga dalang komplot itu ditangkap.

"Kita mesti lihat punca kejadian ini, pada saya jika ada ekornya mesti ada kepalanya, jadi tidak guna hanya mengejar ekor sahaja sebaliknya kepala atau dalang kegiatan ini terlepas,'' tegas beliau pada pemberita selepas perasmian Program Y Avenue sempena Hari Belia Negara 2011 di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan tindakan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis selepas memperoleh bukti mengenai komplot pegawai dan pemain khususnya skuad Piala Presiden negeri itu mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.

khik khik dah terdesak sangat le tu..

kembali lah semula supaya ditipu lagi dan lagi...awatnya ingat semua ahli UMNO otak lembu ke woooi..sekali sekala Lembu mengamuk terburai perut buncit hangpa..jgn lupa..

Merajuk, kecil hati kembalilah semula

Posted by admin on May 27th, 2011

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi (gambar) meminta ahli UMNO yang rasa terpinggir ataupun yang merajuk dengan parti melupakan kisah silam dan kembali untuk membantu menjayakan proses transformasi politik dan kerajaan yang sedang dijalankan.

Jelas beliau tenaga mereka diperlukan bagi membantu dan menyokong Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO yang sedang bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di sini hari ini.

Tambahnya lagi Perdana Menteri mempunyai pendekatan yang berbeza dengan pemimpin terdahulu, dan kerana itu ahli yang rasa terpinggir, tidak dikehendaki, merajuk dengan parti atau pernah digantung, selain yang keluar parti dan menyertai pembangkang, patut kembali kepada UMNO.

“Ada juga daripada mereka kecil hati tidak terpilih sebagai calon. Selepas kalah pada pilihan raya umum 2008 di Perak di mana UMNO kalah tujuh kerusi, kita buat kajian dan didapati 100 peratus disebabkan rasa tidak puas hati ahli UMNO. Ada yang sabotaj,” katanya.

BN bagi elaun Minyak utk Pengundi..

PRU 13 jangan lupa tuntut elaun minyak dari BN kerana kata wakil BN duit yg diberi adalah ELAUN PENGANKUTAN..sooo jangan lupa tuntut..TAPI UNDINYA MESTI PR....elaunnya mesti dituntut dari BN...wooookay..
Wakil BN: Jika tak bayar, mereka tak keluar undi

ADUN Tamin, Joseph Mauh Ikeh menafikan dakwaan berlakunya pembelian undi semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Jelas beliau, bayaran yang diberi kepada pengundi itu adalah sebagai 'elaun pengangkutan' dan sekiranya tidak diberi penduduk tidak akan keluar mengundi.

joseph mauh ikeh tamin mp 270511Selain elaun pengangkutan, sesetengah pengundi juga dibayar bagi kerja-kerja seperti pemasangan poster kata Joseph yang juga adalah naib presiden Parti Rakyat Sarawak.

"Ini perkara biasa. Ini bukan membeli undi. Kita bayar pengundi supaya mereka boleh membeli petrol kerana mereka keluar mengundi atas perbelanjaan sendiri, jika tidak mereka tidak akan keluar mengundi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Jika tidak bayar wang, tidak ada orang yang akan keluar mengundi, jadi siapa yang akan dipilih sebagai YB (ADUN)?" soal wakil BN itu.

Kenyataannya itu merujuk kepada kenyataan Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) semalam yang mendakwa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya berkata wang tunai RM50 dibayar pada 14 April, dua hari sebelum hari mengundi.

Friday, May 27, 2011

khik khik apahal siPangkor mari..melalak ..bila jiran jauh berbicara..?

Dey thambi kutty..lu ada ingat ke..macam mana lu jadi MB...jangan jadi Mamak Mudah Lupa..woooi..lu ada berani kalu apa hal tak bubar hari itu bila semua orang tuduh lu masuk ikut Pintu Jamban..??why why why..?

Zambry selar Guan Eng


IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri yang tidak perlu dibubarkan setelah pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.

Zambry berkata, masalah sedemikian tidak pernah timbul sebelum ini dan semua negeri termasuk Kelantan akur dengan pembubaran tersebut tanpa sebarang masalah selain tidak pernah membincangkan mengenai perkara tersebut.

Menurut Zambry, kenyataan Guan Eng itu yang dibuat secara tiba-tiba dilihat sebagai sesuatu yang agak menghairankan.

“Persoalan saya, kenapa tiba-tiba dia buat kenyataan? Mereka tahu dan seperti yang lain mereka juga membaca dan mungkin kali ini mereka yakin mereka tak boleh menang (pada PRU 13).

“Mereka juga berkata ‘this should be the time’ berdasarkan kenaikan harga barang. Maka ikutlah, (jika pembubaran Parlimen dibuat).

“Tapi bagi konsep kita, kita akan bersedia pada bila-bila masa jika PRU diumumkan kerana apa yang penting bagi saya ialah teruskan berkhidmat untuk rakyat daripada bercakap soal lain.

“Bagi saya, kenyataan itu hanyalah untuk sedapkan hati biarpun hati sudah haru-biru,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Sementara itu, Zambry berkata, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) mampu untuk memenangi 33 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagaimana yang tersiar dalam akhbar tempatan semalam.

Jangan rasuah sikit sikit..bahaya.....woooooi

khik khik yang rasuah RM350 disumbat dalam jel..yang rasuah juta juta ..bermaharajelela..siap buat filem production dengan kawalan ketat..boleh ke masjid siap dengan baju kalis peluru..aduh aduh..

Dua konstabel rasuah dipenjara 24 bulan

27/05/2011 3:52pm

KUALA LUMPUR - Dua konstabel polis, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menerima suapan wang tunai RM350 daripada seorang warga Indonesia, empat tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Ariffin turut memerintahkan penjara tambahan enam bulan setiap seorang terhadap Mohd Ridzuan Zulkifli, 29, dan Md Azale Md Yusof, 27, jika mereka gagal membayar denda. - Bernama

Mamuuu..lagi baik lu pegi wange wange..

kahk kahk boleh mamu ini cakap umno tidak akan terlibat kerja kerja macam ini..khik khik khik..sekilas pandang ku tahu mana jantan mana betina..setaip kali kerja kerja dajjal ku tahu siapa ketua DAJJAL NYA...KHIK KHIK

PAS terlibat edar video ‘Anwar’?

Posted by admin on May 27th, 2011

Pengedaran video seks yang didakwa membabitkan pemimpin tertinggi pembangkang secara berleluasa seperti dilaporkan berkemungkinan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan. Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata tuduhan pihak tertentu yang mengatakan UMNO melakukan perkara itu sebagai suatu yang tidak berasas.

“Apa sahaja yang berlaku membabitkan Anwar Ibrahim, semua pihak akan menuding jari kepada UMNO, mereka kata semua itu adalah perancangan UMNO, konspirasi UMNO untuk jatuhkan Anwar.

“Sehingga kini, semua pihak masih tidak tahu siapa yang lakukannya termasuk pihak polis, mungkin juga mereka yang melakukan perkara ini mempunyai kepentingan tertentu untuk memburuk-burukkan Anwar.

“UMNO tidak akan melakukan kerja seperti ini, banyak perkara yang lebih berfaedah perlu dilakukan UMNO, bukannya perkara yang tidak berfaedah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung pengedaran video seks itu secara berleluasa dan UMNO dituduh menjadi dalang kepada pengedaran video berkenaan oleh pembangkang.

Musa berkata, kemungkinan juga mereka yang mengedar video berkenaan mempunyai hubung kait dengan pemilihan pucuk pimpinan Pas bulan depan yang dikatakan pertembungan antara kumpulan pro Anwar (Endorgan) dengan pro ulama.


“Sekarang orang heboh bercakap mengenai pemilihan Pas, mereka kata ada ada pertembungan antara kumpulan pro Anwar dengan pro ulama. dan tidak mustahil perkara ini dilakukan oleh pihak tertantu yang menyokong salah satu kumpulan terbabit.

“Mereka ini lakukan untuk memalukan pihak tertentu, dalam hal ini mereka yang mempunyai kepentingan akan sanggup melakukan apa sahaja, lepas itu tuduh pihak lain yang lakukan,” katanya.

Menurutnya, beliau merasa sedih dengan apa yang berlaku itu kerana membabitkan aib seseorang, sepatutnya perkara itu biarlah pihak berkuasa menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan kemelut dan bukannya kita sendiri yang membuat keputusan.

“Dalam kita ingin mencapai sesuatu, tidak perlu kita melakukan sesuatu sehingga boleh memberi keaiban kepada orang lain, dalam perkara ini UMNO tidak terbabit lansung,” katanya.

Musa berkata, sudah menjadi lumrah politik negara ini apa sahaja yang membabitkan Anwar dan pihak pembangkang, UMNO yang menjadi mangsa dengan tujuan supaya rakyat bendi kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Gerhana Matahari..?..Gerhana cincin

Gambar dirakam di Taiping sekitar jam 11.45 pagi....
lagi gambar diFB:klik disini



ha ha ha ...baru ada kick..

sebelum ini cikgu aje dok kena..nak sekarang murid pulak ditibai geng cikgu...fuhhhyoo kemajuan yang baik dari guru 1 malaysia..

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru


LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.


HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.

Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.

“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.

Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.

Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.

Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.

STATUS nya;;TUNGGU ARAHAN KE..?

Keluarga: ‘Kami nak tahu apa status kes Sarbaini’

May 27, 2011
Mayat Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara 7 April 2011.
















KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu dua bulan lalu.

Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.

“Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini.

“Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Bapa lima anak itu meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh dari bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.

Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan “hilang” begitu sahaja.

“Sebab itu kami mahu polis dedahkan perkembangan terkini dalam kes ini, jangan senyap sahaja,” katanya.

“Polis buat macam tak tahu sahaja, yang paling kasihan kami sekeluarga sebab masih menanti perkembangan terbaru,” kata anggota tersebut.

Jelasnya, keluarga Ahmad Sarbaini sudah tidak mahu menunggu lagi dan mahu mengetahui perkembangan hasil siasatan dengan segera.

“Kami nak tahu apa yang berlaku, apa status... jangan senyap macam ini.

“Jangan biarkan kami tertanya-tanya, nak kami tunggu sampai bila? Sudah hampir dua bulan sejak kejadian, tak akan tiada apa-apa perkembangan?” katanya.

Balu Ahmad Sarbaini telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini kerana terdapat kesangsian ketika berbual dengan salah seorang pegawai kanan Kastam.

Maziah Manap dalam laporannya awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya — Ghani — telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

Minda ..sebelum Merdeka..diParlimen Bukit Gantang


Masih ada sekumpulan manusia yang minda beku disekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang.
Ogang ke Bulan ekau dimana..?
Mengikut Jadual Dato Seri Nizar selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang akan bersolat jumaat dimasjid kg Padang Besar Dun Changkat Jering,dan satu perbincangan dengan jemaah dan kenalan sama ada DS menjadi Imam atau baca khutbah atau pun sekadar ucapan alu aluan sebagai Ahli Parlimen,dan selepas itu menyampaikan sedikit bantuan kepada penduduk miskin.

Tetapi yang sedihnya AJK masjid telah mengadakan satu perjumpaan khas dan keputusannya dimaklumkan kepada Imam bertugas bahawa DS tidak dibenarkan menjadi Imam atau membaca Khutbah hatta tidak juga dibenarkan untuk bersolat diMasjid itu...aiiiii macam itu pulak.. pagi tadi bergegas siImam talipon dan maklumkan keputusan itu dan minta bawa DS kemana-mana masjid lain untuk solat Jumaat..
ha ha ha ada lagi AJK mangkuk retak macam ini..dah tentu siMB metalik akan cadang diberi Pingat atau apa-apa yang difikirkan patut.

Thursday, May 26, 2011

Polis semakin samseng..kenapa..?

bila bela badan dan keluarga dengan sumber sumber haram..otak menjadi beku dan zalim..akhirnya tidak dapat menilai yang mana benar dan yang mana palsu...

Cops beat me, told me to die’

G Vinod | May 26, 2011

A 20-year-old student claims that he was assaulted and verbally berated after knocking into a policeman's motorcycle.

PETALING JAYA: “The policemen kept beating me and called me ‘keling’. They also shouted at me, saying I should just die so that they can close the case.”

A 20-year-old student was allegedly beaten up and verbally berated when he knocked into a policeman’s motorcycle at a roadblock in Rembau, Negri Sembilan, during the wee hours of the morning.

After the Monday incident, S Ganesan was also warned against lodging a complaint before he was put into an ambulance and sent to the Tuanku Jaafar Hospital.

However, Ganesan summed up the courage to lodge a report with the Chembong police station on the same day.

In the report, he stated: “I want the authorities to take action against the errant policemen. I don’t understand why they treated me like an animal although I repeatedly apologised for the accident.”

Ganesan said that he fell to the ground when his motorcyle collided with the policeman’s bike, and an officer identified only as Hisham allegedly started raining blows on him.

“Soon, several other officers joined him to beat me up,” he added.

Ganesan claimed that he was kicked in his stomach, arms and back. The policemen, who also used a helmet to assault him, then allegedly tore his shirt, threw him into a drain and stomped on him.

Apart from the beating, the student claimed that the policemen had also hurled racial insults, among others, calling him “keling” (a derogatory term used on Indians).

“They also said I should just die so that they can close the case,” he alleged.

Despite several attempts, FMT failed to reach Negeri Sembilan CID chief ACP Hamdan Majid for comments.

‘Put an end to this now’

Commenting on the matter, Indian-based NGO Aastivaram Foundation said it was high time for the government to set up the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).

“The commission is long overdue. Currently, the police themselves investigate cases of police abuse and I believe they tend to cover up such cases,” said its vice-president R Sri Sanjeevan.

Citing the example of a lorry driver’s assistant in Bahau being allegedly threatened and beaten by policemen, he said the police had not been able to provide any updates to the victim to date.

On April 13, S Devan was handcuffed and beaten by several plainclothes individuals claiming to be policemen after they failed to locate his friend, known as Thiagu.

One of them had allegedly shoved a gun into Devan’s mouth.

Sanjeevan called upon Home Minister Hishammuddin Hussein and Inspector-General of Police Ismail Omar to put an immediate end to such brutality.

“If left unchecked, it may bring the downfall of the (Barisan Nasional) government,” he warned.

apa kerja sprm....KES INI BELUM LAGI SELESAIKE..?

KASI PANGGIL MAI KE IBU PEJABAT SPRM..HABIS CERITA..CEPAT DAN SEGERA SELESAI KES..TAPI SIASAT MAU KASI ITU TINGKAT 14..BARU ADA KICK SIKIT.....aiiiyaaaa..lu orang makan nasi atau makan lain lain..kes kecil macam ini pun mau kasi gempar..sebab dia menantu MB kelantan..

Nik Aziz : Jangan kaitkan saya dalam siasatan kes menantu

May 26, 2011

"Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul," katanya.


KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Katanya beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

“Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Abdul Ariffahmi dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa bertugas di PMBK.

Kes berlarutan

Nik Abdul Aziz berkata adalah berdosa jika pihak berkuasa sengaja membiarkan sesuatu kes berlarutan dan disebarkan secara meluas sehingga boleh mengaibkan seseorang untuk muslihat tertentu.

Beliau berkata siasatan SPRM hendaklah hanya melibatkan Abdul Ariffahmi sebagai individu dan tidak kena mengena dengan dirinya.

Pada akhir 2009, SPRM membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO pada 20 September 2009.

Pelantikan itu mencetuskan kontroversi berlaku amalan nepotisme dalam PAS selain kemelut dalaman PMBK yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan sehingga menuntut SPRM membuat siasatan.

Susulan itu, Abdul Ariffahmi dinasihat melepaskan jawatannya oleh Nik Abdul Aziz.

Yes..........calon Naib Preiden

Nizar isytihar tanding naib presiden
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mengesahkan penyertaannya bagi pertandingan naib presiden PAS menjadikan tujuh tokoh bertanding untuk jawatan itu.

Nizar (gambar) ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, pihaknya telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding jawatan itu ke Pejabat Agung PAS sekejap tadi dan memaklumkan hanya akan bertanding naib presiden sahaja.

Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memnberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang esok. Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan.

Selain Nizar, yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang menyandang jawatan itu sekarang di samping Datuk Husam Musa, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Nik Mohd Amar dan Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Naib presiden sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau akan bertanding timbalan presiden dalam muktamar kali ini.

Nizar datang ke pejabat Harakahdaily untuk rakaman program 'Persepsion' bersama TVPAS yang akan disiarkan dalam Harakahdaily Jumaat ini.

Nizar berbicara soal 'Perak dalam pilihan raya umum ke 13'.

Semalam, Mohamad Hata Wahiri, Presiden NUJ membuat rakaman untuk rancangan 'Persepsi' terbitan TVPAS untuk Harakdaily.

Hata, wartawan Utusan Malaysia yang baru sahaja dipecat berbicara soal Utusan Malaysia dan Umno dalam siaran kali. Rancangan ini juga akan disiarkan mulai petang Jumaat ini di Harakahdaily.

KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Bhg 3.

Bgh 2 klik disini:

Kejayaan Selangor untuk Rakyat.(1)

1. Air percuma utk rakyat selangor dapat menjimatkan rm137 setahun (lepas bayar yuran tahunan 1 anak sekolah rendah).

2. Sumbangan Rm1000.00 setiap anak dari keluarga miskin yg berjaya memasuki Universiti..

3. Tabung warisan anak selangor (TAWAS) menyediakan tabung permulaan RM100 bagi setiap bayi kelahiran selangor.RM1500 boleh dikeluarkan selepas umur 18 (lepas pendaftaran ke mana-mana IPTA).

4. Gaji guru KAFA dinaikkan kepada RM1300 manakala gaji penyelia KAFA dinaikkan RM1500.00 sebulan.

5. Paras kemiskinan tegar ditetapkan ditetapkan pada RM1500 sebulan supaya lebih sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

6. Perlindungan Takaful sebanyak RM2500.00 kepada waris warga emas 9umur 60tahun keatas) yang meninggal tanpa mengira fahaman politik ,agama dan bangsa.

7. Cadangan mewartakan tanah simpanan orang asli sebanyak 7000 hektar yang kini diduduki oleh masyarakat orang asli diseluruh negeri.

bersambung lagi 8 perkara..

Naib Presiden..JADI..tak Jadi..??????

JADI TAK JADI,JADI TAK JADI..zzzzzzzzzzzzzzzzzzz..JADIIIIIIIIII...
Naib presiden PAS: Nizar terus berteka-teki
Tindakan Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang masih enggan menyatakan pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden PAS hingga ke saat-saat akhir mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Ini kerana, seramai 13 lagi yang dicalonkan telah membuat keputusan sama ada untuk bertanding atau menolak hasrat daripada 146 kawasan PAS itu.

azlan"Saya belum membuat keputusan. Saya hendak menunggu tiga atau empat fakta (untuk pertimbangan). Saya akan fakskan kepada ibu pejabat parti sebelum jam 5 petang.

"Jadi saya ada (lebih kurang) lima jam lagi untuk (menunggu) tiga, empat maklumat untuk diambil kira," katanya ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari.

Jawatankuasa pemilihan yang diketuai ahli parlimen Pengakalan Chepa Datuk Abdul Halim Abd Rahman menetapkan jam 5 petang hari ini merupakan waktu akhir bagi semua calon yang layak untuk menghantar borang penerimaan pencalonan.

Nizar bagaimanapun dilihat berminat turut bersaing ke jawatan itu kerana menjadi kebiasaan bagi pemimpin PAS menolak pencalonan awal-awal lagi sekiranya tidak berminat.

Tindakan Nizar itu dilihat bagi menyusun percaturan dan membuat perkiraan terakhirnya, di samping melihat kekuatan lawannya buat masa ini.

Bencana..Kebakaran meragut 1 Nyawa kanak kanak.. Bhg 2

Berita sebelum ini klik disini:

Kebakaran 24 mei di Kg Aman Pokok Assam sebelum ini mengorbankan anak Yunus yang berumur 5 tahun,sekali lagi Yunus sekeluarga sedih dengan kehilangan adik Yunus...Zulkifli yang berumur 24 tahun,orang yang cuba menyelamatkan anak Yunus tempoh hari.

Zulkifli yang terbakar hampir 80 -90 % badan dimasukkan ke hospital selepas kejadian ..meninggal dunia pagi tadi 26hb Mei 2011 dihospital Daerah Taiping sekitar jam 9.30 pagi dan dikebumikan diTanah Perkuburan KG Jambu Taiping sekitar jam 12 t/hari selepas disembahyangkan disurau KG Aman berdekatan dengan rumah Yunus.

Kalau boleh keluarkan VDC

memandangkan Pengedaraan VCD Lucah semakin mendapat perhatian dan UMNO telah tembusi pasaran disekitar sekolah dan mana-mana ajensi kerajaan..sooo eloknya cuba usahakan penerbitan VCD secara borong..hihihi
SKANDAL SEKS AHLI PARLIMEN SABAH







Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

UMNO yang dikatakan menjadi dalang dan heboh dengan Skandal Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang terkejut dengan dakwaan seorang wanita yang mengakui mengandung anak hasil hubungan sulitnya setelah diperdaya seorang Ahli Parlimen daripada UMNO.

Wanita berkenaan menghubungi Sabahkini.net dan menunjukkan hasil DNA anaknya yang sama dengan profail DNA Lelaki 'S' iaitu seorang Ahli Parlimen UMNO daripada Sabah.

Sabahkini.net sedang mendapatkan pengesahan pihak yang mengeluarkan keputusan DNA tersebut dan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah berhubung status anak wanita berkenaan yang dibinkan kepada seorang lelaki lain.

Dimaklumkan keluarga wanita terbabit telah membuat laporan polis tetapi kes berkenaan ditutup begitu sahaja kerana pengaruh Ahli Parlimen berkenaan.

Baik Punya berita..cepat dan Tangkas...mesti ada yang taram dah ni..

Pelacur tak pakai seluar dalam


SEBAHAGIAN daripada 40 pelacur yang ditahan dalam serbuan Ops Sayang di Jalan Pudu semalam.


KUALA LUMPUR - Macam-macam taktik pelacur warga asing yang tidak pernah serik mencari pelanggan di sekitar medan selera di Jalan Pudu di sini apabila mereka kini tampil dengan gaya tidak memakai coli dan seluar dalam ketika mencari pelanggan.

Pelacur warga asing yang terdiri daripada kalangan warga China, warga Myanmar dan Indonesia itu dengan berpakaian seksi akan memberi kesempatan kepada pelanggan yang dihampiri menyentuh bahagian sulit mereka sebelum pelanggan itu ditarik ke hotel-hotel bajet di sekitar Jalan Pudu.

Rahsia pergerakan pelacur yang berumur belasan dan bawah 40-an itu terbongkar apabila polis menyerbu kawasan sekitar di sebuah hotel bajet di sini pada pukul 11.45 pagi semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, polis menahan 40 wanita melibatkan 34 warga China, Myanmar (5) dan Indonesia (1).

Kesemua pelacur yang ditahan itu sedang berpeleseran di sekitar hotel itu untuk mencari pelanggan.

Jangan Lupa saranan Cuhi Cawla

SOAL PENDAFTARAN JANGAN RISAU CUHI CAHWLA AKAN URUSKAN,,SEBAB DIA AMAT TAK SENANG SEBARANG BENCANA BERLAKU SEBELUM DIDAFTARKAN KEPADA K`JAAN BN..KALAU BOLEH DITAKKAN BENARKAN SEBARANG KEMATIAN PUN SEBELUM DAFTAR

Tapak baru rumah anak yatim dikenalpasti

Posted by admin on May 25th, 2011

Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti sebidang tanah yang sesuai untuk dibina premis baru bagi menempatkan kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, selepas bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat supaya mencari tapak baru yang lebih selamat di sekitar kawasan berkenaan untuk didirikan premis atau bangunan untuk kemudahan anak-anak yatim dan kanak-kanak lain yang mahu mendalami ilmu agama.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menawarkan tapak baru yang akan dikenal pasti itu kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia untuk dibina premis baru.

“Kita akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah,” katanya.

Menteri Besar mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.

“Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerja sama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Mengenai anak-anak yatim di Madrasah al-Taqwa, Menteri Besar berkata, usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) menyumbangkan RM1,000 untuk mangsa dan keluarga manakala kerajaan negeri menyumbang RM5,000. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula menyalurkan sumbangan RM217,000 untuk diagihkan kepada semua mangsa dan keluarga.

Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga membiayai penempatan sementara ahli keluarga mangsa di Azwen Resort, sepanjang kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan.

Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor dan Yayasan Amal juga dihantar bagi membantu pihak berkuasa menjalankan kerja mencari dan menyelamat selain bantuan keperluan harian kepada semua pihak yang terlibat.

KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Bhg 2.

Bahagian 1:klik disini

Kejayaan DiKedah Untuk Rakyat:
1. Meningkatkan Hasil balak 205% ,sebelum 2008 hasil balak rm7-rm8 juta ,tahun 2009 Rm35 juta..Tahun 2101 Rm53 juta.

2.Kadar kemiskinan berkurangan daripada 7% pada tahun 2004 kepada 3% tahun 2008.

3.Skim Kafalah pengurusan kematian untuk keluarga miskin tanpa mengira kaum dan bangsa atau parti sebanyak Rm 500.

4.Batal Projek ZIPY (zon Industri Petroleum Yan) kerana menyelamatkan 4200 ekar sawah padi.Tujuan supaya kedah kekal sebagai Jelapang Padi.

5.Sejarah kedah melepasi defisit Rm 19 juta dalam bajet tahun 2010.

6.Cukai tanah diturunkan sehingga kerajaan kedah kehilangan RM50Juta setahun demi untuk Rakyat.

7. Merancang untuk menambahkan 10ribu hektar tanah untuk tanaman Padi.

8.Mendirikan Kolej Universiti Insaniah.

9.Memberi geran kepada 7 Felda dan 9 tanah Felcra.

bersambung

Bukan setakat India..Melayu pun kena juga...kecuali OKU (orang Kuat Umno)..boleh selalu

Tiada biasiswa: Arahan BN atau JPA
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA) amat kecewa kerana ramai pelajar lepasan SPM yang mendapat 8A+, khususnya yang bukan berketurunan Melayu, tidak mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sekiranya diberikan biasiswa, biasiswa yang ditawarkan itu hanyalah biasiswa dalam negeri (PIDN) dengan kursus-kursus yang ditawarkan tidak setaraf dengan kecemerlangan mereka.

Presiden MISA, Kishur Goonasaran (gambar) berkata, kejadian itu bertentangan dengan arahan Perdana Menteri dan Kabinet bahawa kesemua pelajar itu harus mendapat biasiswa JPA dengan kursus-kursus yang bersesuaian dengan pencapaian akademik mereka.

Menurut beliau, sepatutnya setiap arahan dari Perdana Menteri dan kabinet haruslah dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan dengan sepenuhnya.

Katanya, jadi timbul persoalan, mengapa lain yang disuruh lain yang dibuat dan apakah ini satu bentuk sabotaj dari pihak JPA terhadap semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Atau apakah ada satu bentuk arahan secara halus dari pihak Kerajaan BN untuk JPA?" katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat MISA, di sini, hari ini.

Disebabkan kejadian itu, MISA berpendapat tiada gunanya Kerajaan BN menubuhkan 'Talent Corp' untuk mengatasi masalah 'Brain Drain' di Malaysia dengan memberi insentif kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk pulang berkhidmat di Malaysia.

Katanya, jika pelajar cemerlang seperti itu yang sepatutnya disanjungi dan dihargai dengan pemberian biasiswa diabaikan, ia tentunya hanya akan menyumbang kepada statistik 'Brain Drain'.

"Kita harus mengatasi punca utama masalah tersebut, bukannya hanya bertindak setelah semuanya sudah terlambat seperti kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya," katanya.

Dengan itu, katanya, JPA ternyata telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya secara adil tanpa diskriminasi terhadap para pelajar kita yang bakal menjadi tonggak negara.

"Ini juga adalah satu kegagalan yang jelas dari pihak kerajaan yang memperjudikan masa depan anak muda Malaysia. Kami amat kesal kerana perkara ini berulang setiap tahun tanpa ada jalan penyelesaian yang mutlak," katanya.

Pada masa yang sama, MISA juga inginkan supaya setiap pelajar cemerlang lepasan SPM tahun 2010 diberikan pembiayaan biasiswa daripada agensi kerajaan yang lain seperti BNM dan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kami ingin menyeru kepada kerajaan supaya tidak lagi berdolak-dalik dalam hal ini. Janganlah memperjudikan masa depan anak-anak kita untuk kepentingan politik sempit. Kami di MISA inginkan supaya isu ini diselesaikan dalam kadar segera," tegasnya.

Pelajar-pelajar cemerlang yang diabaikan oleh kerajaan itu, menurut beliau, berjumlah 363 orang melibatkan kesemua bangsa termasuk India, Cina dan lain-lain bangsa dan kesemua mereka kini sedang membuat rayuan kepada JPA agar permohonan mereka itu dipertimbangkan kembali oleh JPA.

Sekiranya rayuan mereka itu tidak dipertimbangkan, MISA bercadang untuk mengadakan perarakan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin ini, 30 Mei, jam 11.00 pagi untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk mendesak Perdana Menteri campur tangan dengan segera dan membetulkan perkara itu.

"Selain itu, MISA turut menuntut agar nama-nama pemohon biasiswa JPA, nama-nama mereka yang berjaya dan nama-nama mereka yang gagal disiarkan di dalam akhbar utama di tanah air.

"Sekiranya pihak JPA tidak berkemampuan berbuat demikian kerana tiada wang untuk membayar kepada pihak akhbar bagi penyiaran senarai nama pemohon-pemohon, senarai nama pemohon yang berjaya dan senarai nama pemohon yang gagal, pihak MISA dan NGO-NGO India boleh membiayainya," katanya sinis.

Dalam hubungan ini, beliau hairan apabila pihak JPA enggan menyiarkan senarai nama mereka itu di akhbar, pada hal untuk menyiarkan senarai nama pelatih-pelatih PLKN, kerajaan tidak pula berfikir panjang walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

Selain itu, MISA turut menuntut Kerajaan BN agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja Biasiswa, bagi memantau proses temuduga oleh panel penemuduga terhadap para pemohon biasiswa JPA.

"Penubuhan Suruhanjaya Diraja Biasiswa itu amat penting, bagi membolehkan temuduga dan proses pemberian biasiswa bukan lagi dikuasai oleh GLC dan bukan juga menteri-menteri yang berkuasa penuh dalam hal ini," katanya.

MISA juga turut mendesak Kerajaan BN agar turut menyiarkan senarai nama panel penemuduga biasiswa JPA di akhbar, bagi membolehkan kesemua pihak menilai dengan adil prestasi dan kredibiliti mereka, demi keadilan kepada kesemua pihak.

Pada sidang media itu, MISA turut menampilkan seorang pelajar cemerlang berketurunan India dari Seremban, Negeri Sembilan, Heamanathaa d/o Padmanabalan yang mendapat 10A+, 1A dalam SPM tahun lalu yang didakwa telah menjadi mangsa diskriminasi berhubung pemberian biasiswa JPA.

Heamanathaa yang hadir bersama ayahnya bercita-cita untuk menjadi doktor dan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara, tetapi kini hanya ditawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) untuk peringkat diploma bermula 29 Mei ini, bagi menjadi guru mata pelajaran bahasa Inggeris.

Wednesday, May 25, 2011

Laporan.............Tindakannya dimana..?

KALAU DIKUTIP SEMUA LAPORAN BOLEH CUKUP MEMBUNGKUS NASI LEMAK UNTUK SEKAMPUNG....TAPI TINDAKANNYA DIMANA WOOOOI...
Laporan dipajak gadai lagi diberi perhatian..ada juga tokey cina siasat aduan kita..ini LAPORAN BERTIMBUN..tindakannya Hampeh...semakin menjadi jadi pengedaraan VCD Lucah..kenapa woooi..?

Pengedaran video seks semakin meluas

Abdul Rahim Sabri
Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

NONETerbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

NONEMenurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuatnaik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

NONE"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

NONEMohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.

Keselamatn Rakyat semakin terancam..dimana Pihak Keselamatan..?

KENAPA 1MALAYSIA JADI GINI..DIMANA PIHAK KESELAMATAN..KENAPA SIBUK DGN PERKARA-PERKARA MENGAMPU PIMPINAN UMNOBN..tapi diluar sini Rakyat semakin terancam..dalam kawasan sekolah pun dah tak selamat..!

Murid ditarik depan sekolah

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.


“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya.

Mereng..Pagi Rabu...dari seorang Naib Presdien.

Deyyy macah..Parti lu yang sebagai Naib presiden biasa ke bertanding atas nama parti kooo orang..ini sibuk dok suruh org lain apahal..?salah makan ubat ke..tambi...?

Zahid cabar DAP keluar Pakatan Rakyat hadapi PRU-13

May 25, 2011


BAGAN DATOH, 25 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata dengan bertanding atas “tiket sendiri” tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

“Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai ‘anak jantan’,” katanya dipetik Bernama Online malam tadi.

Menteri Pertahanan itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Lim Guan Eng semalam, mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah PR jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Zahid berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.

Tuesday, May 24, 2011

Kekadang sesuatu Trajedi diLuar kawalan Minda kita..

tak ku tuding siapa silap..tapi satu lagi trajedi..dimana kehebatan manusia manusia yang mengaku hebat ,kaya dan pandai..menjadi terlalu sombong..tetapi cuba baca dan hayati berita dibawah ini..apa hebatnya kita tanpa perlindungan Illahi..?dimana kita dan siapa kita..tanpa ilmu dan pedomen dari Illahi...?

nak hadiri upacara pengebumian saudaranya tetapi diri sendiri membawa seorang ahli keluarga yang bakal menjadi ahli kubur..dan tiada sebarang isyarat atau pengetahuan untuk diri beliau tentang kejadian yang bakal beliau lalui....apa hebatnya manusia?...renung renungkan..

Budak lemas dalam kereta bapa


ISHAK (kiri) bersama kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II melihat kereta Perodua Kancil yang menyebabkan Nor Izyan lemas di Tumpat kelmarin.


TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.

Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.

Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.

Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen.

Tabung Mangsa tanah Runtuh..

Harakah lancar tabung bantu mangsa tanah runtuh
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Tabung Kemanusiaan Harakah akan menyalurkan semua kutipan yang diterima mereka bermula hari ini sehingga 30 Jun akan datang, kepada penghuni serta mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada Sabtu lalu.

Perkara itu diumumkan Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaffar pada sidang media bersama Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat di Pejabat Agung PAS hari ini (gambar).

"Kutipan itu kita akan khususkan untuk membantu keluarga dan pembangunan sekolah dan madrasah yang terlibat," kata Kamarudin.

Sehubungan itu, bermula hari ini, tabung tersebut dibuka kepada semua pihak bersimpati sama ada syarikat, pertubuhan atau individu persorangan untuk memberi sumbangan.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Bhd 1406 9010 0212 98 atas nama Tabung Kemanusiaan Harakah.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden rumah anak-anak yatim itu sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah kahas bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu sememangnya dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

1Malaysia boleh !!! ( Rakyat Didahulukan, PencapaianDidahulukan ) Terima Kasih...!!!!



Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

Terima Kasih Muhyidin~! RAKYAT DIDAHULUKAN...

Tahniah Najib Razak,
Kerana berjaya memperbodohkan rakyat yang dah semakin cerdik !!!

kredit:M.Sabri.S

Rakyat Malaysia dihalau dari 1Malaysia..?

hebat siTok Uban..kalau ada yang dia tak suka..habis mana-mana kakitangan yang bergajikan wang rakyat akan menikus dan ikut arahan si Tok Pek Kong....Rakyat malaysia yg menjadi pemantau Pilihan Raya disarawak ditangkap dan kemungkinan dihalau keluar dari sarawak..kenapa..?sarawak pak dia punya ke..atau sebahagian dari Malaysia..?

Penyelaras pemantau p'raya ditahan di Kuching
Penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong dibawa ke pejabat Imigresen Kuching hari ini, selepas dia ditahan ketika mengunjungi sebuah kampung dekat bandar tersebut.

NONEOng, juga dikenali sebagai Organic Ong, yang masih berada di
pejabat Imigresen Kuching, memberitahu Malaysiakini bahawa dia ke Sarawak Sabtu lepas untuk ker-kerja pemantauan selepas pilihan raya Sarawak.

Pagi ini, Ong (kiri) dan dua rakannya pergi Ampangan Bengoh - kira-kira setengah jam pemanduan dari Kuching - untuk menemui beberapa penduduk kampung di situ.

Bagaimanapun, pada sekitar jam 11 pagi, kira-kira 10 pegawai Imigresen tiba dengan lima kenderaan dan membawanya pergi dari situ. Mereka membawanya seorang sahaja ke pejabat Imigresen Kuching.

Ketika dihubungi, Ong berkata dia tidak tahu mengapa pihak berkuasa membawanya ke situ.

“Mungkin mereka tidak suka apa saya lakukan pada masa lalu.”

Penyelaras badan pemantau pilihan raya Sibu, Wong Meng Chuo mendakwa Ong berdepan dengan kemungkinan diusir dari Sarawak.

Juga difahamkan bahawa Ong akan disoalsiasat oleh pihak berkuasa pada jam 2 petang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails